2 Januari - Pangkalan data sosioekonomi pusat kebangsaan, Pangkalan Data Utama (PADU) dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.[3]
3 Januari - Tiga rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui daripada Persekutuan, iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024 dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024 diluluskan.[4]
5 Januari - Program 34 Je - Kita Suka mula bersiaran serentak di kesemua 34 saluran radio RTM termasuk siaran negeri dan daerah. Bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 3.40 hingga 4.14 petang. Pelancaran 34 Je - Kita Suka di Wisma Radio Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.[5]
8 Januari - 8TV meraikan ulang tahunnya yang ke-20.
Merdeka 118, menara tertinggi di Malaysia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.[6]
Kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dibom dengan bom petrol. Kejadian pada jam 2.50 pagi tersebut, menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham.[7]
11 Januari - Malaysia dan Singapura memeterai memorandum pesefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).[8]
17 Januari:
Nasi Lemak Kopi O kembali bersiaran di TV9 setelah dihentikan pada 4 Mac 2018 dan kini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 10.30 pagi selama sejam.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjadi penyampai berita di TV3 menerusi segmen Buletin Diraja.[9]
Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan Tan Meng Kheng, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan melukakan perasaan agama orang lain berdasarkan Kanun Keseksaan. Mereka mengaku tidak bersalah.[10]
19 Januari - Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 diadakan di Istana Negara.[11]
26-27Januari - Muzik Video Sayap nyanyian Elly Mazlein disiarkan menerusi saluran sementara (pop-up) dalam Astro. Penyanyi tersebut merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang berjaya memecahkan rekod 'Pelancaran Muzik Video Tanpa Henti Terpanjang di saluran TV Sementara (Pop-Up)' dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).
29 Januari - Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytihar harta.[14]
30 Januari - Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.[15]
31 Januari - Sultan Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.[16]
Februari
1 Februari:
Ulang tahun ke-50 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ulang tahun ke-50 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
2 Februari - Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan keputusannya memberikan pengampunan sebahagian kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak yang telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, mengurangkan separuh tempoh penjaranya daripada 12 kepada 6 tahun dan mengurangkan jumlah denda daripada RM 210,000,000 hingga RM 50,000,000. Berikutan pengampunan itu, Najib dijangka dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, jika denda itu tidak dibayar, setahun akan ditambah kepada hukuman penjara baharunya.[17]
13 Februari - Pesawat model BK160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC) terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor. Tragedi tersebut mengorbankan Daniel Yee Hsiang Khoon (30 tahun) dan Roshaan Singh Raina (42 tahun).[19]
19 Februari - Pelancong lemas di pantai buruk kuala terengganu.
20 Februari - Cuti umum Ulang Tahun Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali pertama buat negeri Melaka.
27 Februari - Himpunan bersih 2024 reformasi 100 peratus.
Mac
1 Mac - Sabitan hukuman merogol pembantu rumah warga Indonesia terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Perak, Paul Yong telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.[20]
2 Mac - Pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Silat Pra-Sukma Negeri Sembilan 2024 di Sikamat.[21]
6 Mac:
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dilepaskan dan dibebaskan daripada sembilan tuduhan rasuah membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.[22]
Dua pengunjung cedera dipercayai terjatuh daripada permainan “sotong ride” di sebuah pesta ria di Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu.[23]
7 Mac - Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima nota ugutan di depan rumah keluarganya di Ayer Tawar, Manjung.[24]
Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.[26]
11 Mac - Pasaraya Mydin Manjoi mengalami kerugian kira-kira RM50 juta akibat kebakaran.[27][28]
12 Mac - Seksyen 11 dari Taiping Selatan ke Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran negeri Perak dibuka kepada pengguna.[29]
13 Mac - Sebuah gambar yang menunjukkan toking yang tertera kalimah Allah, tuhan umat Islam di Malaysia pada stoking di KK Super Mart, Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya tular di media sosial.[30]
19 Mac - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung satu sidang media ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.[32]
21 Mac - Pemuda berusia 22 tahun yang membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian pada tahun 2017, kekal dipenjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Persekutuan.[33]
26 Mac - Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart serta pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang mencetuskan kemarahan umat Islam.[34]
28 Mac - Pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya menutup operasinya berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.[35][36]
30 Mac:
Bumbung bangunan Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, terbakar dipercayai akibat disambar petir.[37]
Dua pelajar Malaysia terkorban, manakala 3 lagi cedera dalam insiden kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand.[38]
Pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap, Kuantan, Pahang mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat apabila dibaling dengan molotov cocktail.[39]
Lima penjenayah dipercayai aktif kes samun bersenjata di Putra Heights, ditembak mati dalam serangan berbalas.[40]
31 Mac - Syarikat persendirian menurut syer, FGP Ventures didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah atas kesalahan menawarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam (iRPS) secara tidak sah.[41]
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, untuk mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun kepada tahanan di rumah.[42]
Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.[43]
4 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) untuk mencabar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan menutup premisnya.[44]
5 April - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu susulan kes penjualan stoking kalimah Allah di KK Super Mart.[45]
19 April - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.[47]
23 April - Seramai 10 orang maut dalam kejadian helikopter terhempas di stadium TLDM, Manjung, Perak.[48]
25 April - Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed mengaku tidak bersalah di empat Mahkamah Majistret KL atas tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dan dua dakwaan melakukan khianat.[49]
29 April:
Kilang cat Kossan di Meru, Kapar, Selangor musnah dijilat api dalam kejadian selepas solat Subuh pada jam 6:30 pagi.[50]
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.[51]
Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, ditahan polis kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong selepas kenyataannya dikesan dalam satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan beliau didakwa mempersoalkan tindakan YDPA bertemu pemilik kedai serbaneka KK Super Mart di Istana Negara.[53]
Mei
1 Mei - Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera dibahagian kepala selepas dipukul dan disamun oleh individu tidak dikenali di Terengganu.[54]
2 Mei - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.[55]
7 Mei – Sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, mengorbankan seorang dan mencedarakan dua lagi.[56]
17 Mei - Insiden Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 Anggota Polis maut manakala seorang cedera parah ditembak oleh lelaki bertopeng jam pukul 4.41 pagi.[58]
18 Mei - 2 Lelaki ditahan cuba menceroboh Istana Negara, Jalan Duta menggunakan senjata parang.[59]
27 Mei - SPM 2023 : Seramai 11,713 calon mendapat semua 'A' pada hari keputusan SPM.
30 Mei - Penyanyi, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki heroin.[61]
30-31 Mei - Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan diadakan di KDCA, Penampang, Sabah. Tema pesta Kaamatan tahun ini ialah 'Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan'.
31 Mei - Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan oleh polis di Puncak Alam, dan ditahan reman sehingga 7 Jun.[62][63]
5 Jun - Penceramah bebas, Don Daniyal Don Biyajid direhatkan sebagai pengacara rancangan Salam Baitullah di RTM berikutan kenyataannya tentang sejarah hidup Nabi Muhammad.[65]
7 Jun - Rumah atas air di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna dirobohkan atas faktor keselamatan.
8 Jun - Dua mangsa termasuk kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan maut akibat keracunan makanan selepas dikatakan termakan bihun goreng dan telur mata tercemar yang dibeli perkhidmatannya oleh JAIS untuk program amal islami di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Cincin.[66]
9 Jun - Dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah pada awal pagi Ahad.[67]
10 Jun:
Mahkamah Sesyen menetapkan 15 Julai 2024 untuk mengetahui status representasi dikemuka Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, untuk menarik balik semua pertuduhan dengan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.[68]
Kerajaan merasionalisasikan subsidi diesel dengan menarik balik subsidi bahan api di Semenanjung Malaysia, menyebabkan kenaikan harga diesel sebanyak 56%, daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter dan memberi subsidi hanya kepada kumpulan sasaran RM200 sebulan.[69]
Kebakaran berlaku di sebuah bangunan di taman tema luar Genting Skyworlds di Genting Highlands, Pahang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.[71]
Pelakon China Fan Bingbing tiba di Melaka, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Ab Rauf dan pegawai kerajaan negeri Melaka yang lain, memulakan hari pertamanya sebagai duta 'Visit Melaka 2024' dan memulakan sesi temu dan salam dan lawatan ke pelbagai tapak pelancongan dan warisan Melaka.[72]
15 Jun - Dua lelaki, salah seorang daripada mereka terlibat dalam hampir 40 kesalahan, telah terbunuh dalam tembak-menembak dengan polis, di luar pinggir bandar Johor Bahru.[73]
18 Jun - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naik terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer (KM) 155.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke Utara di Seberang Perai, Pulau Pinang.[74]
22 Jun - Apple Inc. membuka kedai pertamanya di Malaysia iaitu di The Exchange @ TRX.[75]
24 Jun - Pihak berkuasa mengumumkan penahanan lapan orang di empat negeri kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Negara Islam dan merancang menentang Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pegawai terkemuka lain.[76]
26 Jun - Dewan Rakyat meluluskan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerusi undian belah bahagian Ahli Parlimen. Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.[78]
28 Jun - Tiga kru helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) milik Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota Kluang, Johor.[79]
30 Jun - Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah dilanda banjir selain kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.[80]
Julai
1 Julai - Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjara satu bulan yang dikenakan terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Lokman Noor Adam kerana menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bon kelakuan baik.[81]
3 Julai – Mahkamah Tinggi menolak rayuan bekas Perdana Menteri Najib Razak supaya hukuman penjara atas kesalahan rasuah dijalankan di rumah.[82]
7 Julai - Dua beradik, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian dan adiknya Muhammad Luth dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim Kedah,[85] sebelum salah seorang daripada dua beradik tersebut meninggal dunia dua hari kemudian.[86]
8 Julai - Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Johor Bahru, atas dua kesalahan iaitu memasukkan dadah ke dalam badan dan memiliki dadah pada 2019.[87]
9 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin bagi mengambil dokumen berkaitan isu kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat bagi membantu siasatan.[88]
10 Julai:
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meraikan ulang tahun kelahirannya ke-99.[89]
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan jurujual kereta sewa, Nur Farah Kartini Abdullah dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi.[91]
12 Julai - Pasangan suami isteri pempengaruh popular, Aliff Teega dan isteri, Aisyah Hijanah direman selama empat hari mengikut Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.[92]
15 Julai:
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan kerana batuk.[93]
Mayat Nur Farah Kartini ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.[91]
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan diwasalkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak di Istana Negara.[94]
28 Julai – Malaysia secara rasmi memohon untuk menjadi ahli blok ekonomi dan organisasi geopolitik BRICS.[98]
30 Julai:
19 pelajar daripada 900 peserta dalam Kejohanan Akuatik MSSJ 2024, dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala termasuk muntah-muntah, demam serta kulit gatal dipercayai akibat pencemaran air dalam kolam renang dan kolam terjun di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin.[99]
Seladang diiktiraf sebagai spesies haiwan terancam yang mempunyai kepentingan negara.[100]
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dua minggu lepas dibenarkan pulang ke rumah.[101]
Penyanyi, Cliff Umar didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri, pada Mei.[103]
4 Ogos - Malaysia mengeluarkan amaran perjalanan menggesa rakyatnya tidak melawat United Kingdom kerana rusuhan ganas yang berterusan.[105]
5 Ogos - Sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun ditahan oleh polis di Chemor, Perak berhubung penemuan cebisan mayat mangsa kes bunuh, Istiqomah Ahmad Rozi.[106]
6 Ogos - Warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, bersama isteri, Ara Abdul Hamid, dan cucu, Noradriana Nor Hasyim, dibunuh sebelum rumah mereka dibakar dan dalam keadaan rentung, di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar.[107]
8 Ogos - Remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.[108]
10 Ogos:
Dua lelaki termasuk seorang warga asing ditahan oleh pihak polis selepas berjaya membongkar stash dadah di sebuah kedai ubat tradisional dan menemui 209.65 kilogram dadah di Taman Desa Petaling, Selangor.[109]
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meraikan ulang tahun kelahiran ke-77.[110]
11 Ogos - Sebuah kapal dinaiki sembilan penumpang termasuk dua tekong karam dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi selepas dipercayai dilanggar sebuah tongkang pada jarak tujuh batu nautika dari perairan Kuala Kemaman, Terengganu.[112]
12 Ogos:
Polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember 2023, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi.[113]
13 Ogos - Penyanyi, Nidza Afham dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.[117]
14 Ogos:
Dua pesawat TUDM diterbangkan ke Pangkalan Udara Al-Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.[118]
Mayat penyanyi, Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang selepas dilaporkan hilang.[119]
Suspek utama kes bunuh dan bakar rumah yang menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan, Muar berjaya ditahan polis.[120]
Dua bank gergasi negara, Maybank dan CIMB Bank dikenakan penalti Monetari Pentadbiran (AMP) melebihi RM 5 juta oleh Bank Negara Malaysia berikutan ketidakpatuhan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 disebabkan oleh gangguan perkhidmatan perbankan berpanjangan.[121]
Tujuh orang termasuk empat warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti melombong mata wang Bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di Sepang, Selangor.[123]
Petronas Meraikan ulang tahun jubli emasnya ke-50.
19 Ogos:
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dan ibu, Shamsidah Abd Rahman didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, atas empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.[125]
Rangkaian restoran nasi kandar terkenal telah bersetuju untuk membayar RM 221,773.20 kepada Astro susulan melanggar perjanjian langganan penggunaan siaran TV berbayar secara tidak sah.[126]
20 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menarik balik rayuannya untuk menarik balik hakim daripada mendengar perbicaraan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion 1MDB yang sedang berjalan.[127]
22 Ogos - Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.[128]
25 Ogos - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Pendekar karam di luar pantai Johor selepas melanggar objek bawah air yang tidak dikenali. Kesemua 39 kelasi di atas kapal diselamatkan.[129]
26 Ogos:
Persatuan Renang Amatur Terengganu memohon maaf atas kesilapan menghantar atlet wanita Islam dalam acara terjun ke kejohanan SUKMA Ke-21 Sarawak tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.[130]
Universiti Malaya menafikan satu artikel kononnya ditulus oleh pakar geologi universiti terbabit yang mendakwa ada gua kosong besar di bawah tanah Kuala Lumpur.[131]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi merobohkan struktur binaan haram yang dibina atas rizab jalan awam di sekitar Kampung Baru.[133]
28 Ogos - Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan dua eksekutif PetroSaudi masing-masing enam dan tujuh tahun penjara kerana menggelapkan lebih AS$1.8 bilion daripada firma pembangunan strategik Malaysia 1Malaysia Development Berhad.[134]
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menerima Sijil Gred Ke-8 dan Black Belt Kehormat Taekwondo daripada Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia.[135]
DBKL membatalkan Sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka sehari kemudian.[136]
30 Ogos:
Polis Terengganu menerima satu laporan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mempersendakan pakaian yang menjadi syariat wanita Muslim.[137]
Dua individu rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.[138]
Pemain badminton remaja kebangsaan, Samuel Lee yang tular memukul anjing peliharaannya jenis Husky pada Julai, didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang.[139]
Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada tahun 2019.[140]
31 Ogos:
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 diadakan secara besar-besaran di Putrajaya.
Sambutan Hari Sabah buat julung kali diadakan di Kota Kinabalu.
5 September - 38 penduduk dari Kampung Orang Asli Pasir Intan di Kota Tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dipercayai akibat pencemaran bahan kimia di kampung itu, manakala 27 murid Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya di Johor Bahru mengalami gejala pening dan muntah-muntah dipercayai akibat pencemaran bau yang berlaku di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal.[143]
6 September - Kerajaan Malaysia memperoleh kemenangan dalam kes tuntutan Sulu apabila Mahkamah Agung Belanda memutuskan keputusan itu memihak kepada Malaysia dan menolak sepenuhnya rayuan difailkan oleh Kumpulan Sulu.[144]
Penyanyi, Hafiz Suip menjalani hukuman bon berkelakuan baik susulan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos.[146]
9 September - Dua pekerja pembinaan warga Bangladesh maut selepas terbenam sedalam 0.3 meter dalam runtuhan tanah dan konkrit pembetung di Tapak Pembinaan Elmina Ridge.[147]
11 September - Polis menyelamatkan 402 remaja bawah umur yang disyaki didera secara seksual di rumah kebajikan Islam yang dikaitkan dengan Al-Arqam di Selangor dan Negeri Sembilan. ira-kira 171 suspek ditahan.[148]
12 September - Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.[149]
16 September - Sambutan Hari Malaysia ke-61 diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.
19 September – Nasiruddin Mohamad Ali, CEO Global Ikhwan Services and Business, ditahan bersama 18 yang lain sebagai sebahagian daripada siasatan kes penderaan seksual kanak-kanak melibatkan al-Arqam.[150]
23 September - Polis Diraja Malaysia telah membuka sisatan terhadap penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan dan diganti dengan bendera Sarawak dan Sabah yang berlaku di luar negara.
25 September - Seramai 101 murid dari Sekolah Kebangsaan Chepor, Perak mengalami keracunan makanan.
27 September:
Kerajaan Negeri Sarawak memuktamadkan perjanjian pembelian saham Affin Bank Berhad sekaligus menjadi pemegang saham terbesar dengan pengangan sebanyak 31.25%.[151]
Pendakwah selebriti, PU Azman telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun pada tahun 2022.[152]
30 September - Penyanyi, Khadijah Ibrahim cedera selepas kereta pacuan empat roda dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu sebelum terbabit kemalangan pada jam 5.28 petang berhampiran Taman Kinamas, Jalan Beaufort – Kota Kinabalu.[153]
Oktober
1 Oktober:
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) mula diazamkan.[154]
3 Oktober - Sebuah keluarga mengalami kerugian sebanyak RM 600,000 susulan kediaman mereka dimasuki sekumpulan penjenayah di Pandamaran, Klang.
6 Oktober - Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.[158]
8 Oktober:
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas peguam dan seorang lagi pekerja ladang kerana membunuh jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya pada tahun 2010.[159]
Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.[160]
9 Oktober - Nahas jalan raya UiTM Dungun: Tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun di Jalan Pantai di sini yang baru pulang daripada makan malam maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh seorang wanita dipercayai menghadapi masalah mental.[161]
10 Oktober - Nahas jalan raya UiTM Dungun: Seorang wanita pesakit mental yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar UiTM Kampus Dungun, Terengganu direman selama empat hari.[162]
12 Oktober - Dua lelaki ditahan oleh pihak polis susulan video tular mengenai insiden pergaduhan dalam sebuah bas ekspres di Terminal Bas Larkin.
15 Oktober:
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang.[163]
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan tidak sihat kerana mengalami masalah pernafasan serta batuk akibat jangkitan paru-paru sejak beberapa hari lepas, manakala perbicaraan saman fitnah isu ‘kutty’ oleh Mahathir terhadap Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan.[164]
Sebuah bas yang membawa pelancong Jepun berlanggar dengan sebuah trak di Taiping, Perak membunuh seorang dan mencederakan 12 yang lain.[171]
Video menunjukkan warga China mengibarkan bendera kebangsaan China semasa perarakan kebudayaan di Menara Condong Teluk Intan tular di media sosial.[172][173]
30 Oktober - Bekas Perdana Menteri, Najib Razak diarah membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.[174]
31 Oktober - Sembilan premis makanan membabitkan kedai makan dan restoran di daerah Bachok, Kelantan diarahkan tutup selama 14 hari berikutan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui pemeriksaan terhadap 58 premis makanan di Bachok.[175]
2 November - Seorang remaja lelaki, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, yang berusia 18 tahun, maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral padajam 6 petang.[178]
4 November:
Kontroversi pelaburan Khazanah-FashionValet: SPRM hari ini menyerbu pejabat FashionValet, susulan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB bernilai RM43.9 juta.[179]
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan dan lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand pada Jumaat ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan.[180]
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan bersama lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada Jumaat dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk prosiding reman.[181]
Kontroversi pelaburan Khazanah-FashionValet: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik suami isteri pengasas platform e-dagang Fashion Valet bernilai kira-kira RM1.1 juta.[183]
Kontroversi pelaburan Khazanah-FashionValet: SPRM merazia 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM200,000 selepas membongkar kediaman pasangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Vivy dan Fadzaruddin Shah.[184]
Kes buli UPNM: Pelajar senior UPNM, Amirul Iskandar Norhanizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet junior universiti itu dengan menggunakan seterika wap panas pada 21 Oktober.[186]
Kontroversi pelaburan Khazanah-FashionValet: Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya selepas lima jam dirakam keterangan.[187]
9 November - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan sempena Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-68 di Istana Iskandariah.[188]
10 November - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemukan maut selepas terjatuh dari biliknya di tingkat 16 sebuah kondominium di Farlim, George Town, Pulau Pinang pada jam 11:45 malam.[189]
11 November:
Kes buli UPNM: Polis merakam keterangan sembilan individu berhubung kes buli melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga retak tulang rusuk serta tulang belakang akibat dipijak senior pada 21 Oktober.[190]
Syarikat pengeluaran air minuman, Bubblebee didenda keseluruhan RM17,500 oleh Mahkamah Majistret atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pegawai polis, Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menghina kesopanan seorang lelaki tahun lepas.[191][192]
19 November - Seorang ibu maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh keretapi semasa sedang melintas landasan keretapi di hadapan Kampung Petagas, Putatan, Sabah.[193]
20 November:
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.[194]
Dua wanita hamil antara empat maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall.[195]
27 November – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan kes pecah amanah jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berhubung skandal 1MDB, memetik kelewatan prosedur. Bagaimanapun, mahkamah juga membenarkan pemfailan enam kes tambahan terhadap Najib dan setiausaha perbendaharaannya Mohd Irwan Serigar bin Abdullah kerana menyalahgunakan 6.6 bilion ringgit ($1.5 bilion) dana awam yang diperuntukkan untuk pembayaran penyelesaian 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu.[196]
30 November – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 122,000 yang lain kehilangan tempat tinggal berikutan banjir beberapa hari di sembilan negeri akibat hujan lebat.[197]
Disember
1 Disember - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut.[198]
3 Disember:
Suami kepada bekas pelakon dan model, Zahnita Wilson telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan selepas Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.[199]
Persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.[200]
5 Disember - Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan suami, Fadzaruddin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas dakwaan pecah amanah jenayah membabitkan RM8 juta, yang kononnya telah dipindahkan daripada akaun bank FashionValet kepada 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan lembaga pengarah syarikat itu.[202]
6 Disember - Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhi hukuman penjara 14 bulan kepada pendakwah selebriti, PU Azman kerana melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada tahun 2022.[203]
8 Disember - Putrajaya dilanda banjir kilat, menyebabkan 20 kenderaan tenggelam.[204]
9 Disember - Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma.[205]
12 Disember - Ahmad Muhaimin dan Minbappe, dua pemain elektronik sukan Malaysia berjaya menjulang Piala Dunia FIFAe buat pertama kali selepas menewaskan Indonesia di pentas akhir.[206]
20 Disember - Pelawak dan pelakon, Along Cham didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memiliki dadah disyaki ganja yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya.[208]
23 Disember - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, terhadap bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan, berhubung kenyataan pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2020.[209]
26 Julai - Siti Zaharah Sulaiman - Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Mantan Ketua Wanita UMNO dan Mantan Ahli Parlimen Paya Besar
^BERNAMA (20 Februari 2023). "Sarawak sah terpilih jadi tuan rumah Sukma 2024". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). Dicapai pada 21 Februari 2023. PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan negeri itu terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu mesyuarat mengenai penganjurannya baru-baru ini, dan Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.