Free Malaysia Today
The Free Malaysia Today (FMT) merupakan sebuah akhbar secara talian Malaysia yang ditubuhkan dan diterbitkan di Petaling Jaya pada 2009.[1] Ia merupakan salah satu laman web akhbar Malaysia yang paling popular secara talian, dengan lawatan tapak lebih daripada 20 buah negara, 100,000 pelawat dan 200,000 paparan laman setiap hari.
Jenis | Akhbar secara talian |
---|---|
Format | Terbitan lebar sehelai |
Diasaskan | 2009 |
Pemihakan politik | Barisan Nasional |
Ibu pejabat | Unit 1330 & 1332, 13th Floor, Blok A Damansara Intan, No 1, Jalan SS20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Pemilik | FMT Media Sdn. Bhd.(Media Prima) |
Pengarang | M.Menon |
Pengarang urusan | Nelson Fernandez |
Pengarang berita | Shahrom Shahrudin |
Laman sesawang | www |
Free Malaysia Today turut membantu Sarawak Report mengutip dana £30,000 daripada awam bagi menentang PAS. Pihak PAS telah Sarawak Report kerana membuat dakwaan bahawa RM90 juta dikatakan telah diberikan pada pemimpin atasan PAS. [2]
Kontroversi
suntingPada awal 2015, FMT disaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berikutan artikel yang menghina beliau bertajuk "Guan Eng has failed, says NGO" ("Guan Eng gagal, kata NGO").[3] Lim kemudian menang dalam kes tersebut dan akhbar itu diarah membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepadaya.[4]
Pada Mei 2016, Mahkamah Rayuan mengesahkan ganti rugi RM300,000 diberikan kepada Eng.[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Mtoday News Sdn Bhd at The Yellowpages of the Telekom Malaysia.
- ^ FREE MALAYSIA TODAY HELPING SARAWAK REPORT RAISE £30,000 TO FIGHT PAS[pautan mati kekal]
- ^ Imran Hilmy (20 January 2015). "Penang CM testifies in defamation suit". The Sun. Dicapai pada 11 August 2015.
- ^ Zalinah Noordin (4 August 2015). "Guan Eng wins RM300,000 in damages over defamatory article". The Rakyat Post. Dicapai pada 11 August 2015.
- ^ "Court of Appeal reverse verdict".