Ahmad Samsuri Mokhtar
Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Jawi: احمد سمسوري بن مختار , lahir 16 November 1970) yang lebih dikenali sebagai Dr Sam, merupakan Menteri Besar Terengganu yang ke-15 sejak 2018. Pelantikan beliau telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 10 Mei 2018 menggantikan Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.[1]
Ahmad Samsuri Mokhtar | |
---|---|
Menteri Besar Terengganu | |
Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 14 Ogos 2023 | |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh | Ahmad Razif Abd Rahman |
Digantikan oleh | dirinya sendiri |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P40 Kemaman | |
Menyandang jawatan 2 Disember 2023 | |
Didahului oleh | Che Alias Hamid |
Majoriti | 37,220 (2023) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Ru Rendang | |
Menyandang jawatan 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Abdul Hadi Awang |
Majoriti | 17,286 (2023) 6,028 (2018) |
Bendahari Agung Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 13 November 2020 – 11 Disember 2024 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Pengerusi Parti Perikatan Nasional Negeri Terengganu | |
Menyandang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Naib Presiden PAS | |
Menyandang jawatan 21 Jun 2019 Berkhidmat with Idris Ahmad dan Mohd Amar Abdullah | |
Didahului oleh | Iskandar Abdul Samad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Samsuri bin Mokhtar 16 November 1970 Jerteh, Besut, Terengganu, Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | To' Puan Seri Tuan Faizah binti Tuan Abdul Rahman |
Kediaman | Seri Iman (Kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu) |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda) Universiti Leeds (Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Akademik & Jurutera |
Penggal Kedua Pemerintahan
suntingDato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan kini menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua. Beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut pada Ogos 15, 2023 dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Balairong Seri Istana Syarqiyyah, Chendering, di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pelantikan beliau sebagai Menteri Besar disusuli dengan perkenan Sultan Mizan untuk melantik 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), termasuk seorang wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Latar Belakang Politik
suntingAhmad Samsuri merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu dan Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 10 Mei 2018, selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri itu.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu 2023, Ahmad Samsuri sekali lagi dipilih sebagai Menteri Besar selepas Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)[1], menandakan kemenangan mutlak gabungan itu di negeri Terengganu.
Dalam PRN tersebut, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang dengan majoriti 17,286 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman. Keputusan rasmi menunjukkan beliau memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi hanya memperoleh 3,641 undi.
Sebelum menceburi politik secara aktif, Ahmad Samsuri pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu selama Beliau memegang jawatan itu selama 10 tahun (2008-2018) sebelum bertanding dalam PRU14 di DUN Ru Rendang dan menang dengan majoriti 6,028 undi.
Pendidikan
sunting- Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroenjin, Kegagalan Mesin Altitud Tinggi), Universiti Of Leeds, United Kingdom (2001)
- Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Pembakaran dan Tenaga), Universiti Of Leeds, United Kingdom (1996)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1993)
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1983-1987).
Kerjaya
sunting- Menteri Besar Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
- Ahli Parlimen Kemaman (2 Disember 2023 hingga kini)
- ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
- Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
- Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
- Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008
- Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006
- Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008
- Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995
- Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994
Kebajikan dan Kemasyarakatan
sunting- Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 :- TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm
- Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi, (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) : Feb 2007-Jan 2009
- Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009
- Ketua Delagasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency)
- Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) International Conference. Washington, 2006
Politik
sunting- Naib Presiden Pas (21 Jun 2019 - Kini)
- Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
- Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
- Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
- Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
- Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini)
- Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
- Yang Dipertua Pas Kawasan Marang
Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
suntingKetika Menteri Besar dan 10 EXCO Terengganu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Husein Awang tidak menamakan siapa Menteri Besar dan EXCO terbabit. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pihak media boleh mengetahuinya sekiranya pandai mencarinya selepas majlis angkat sumpah yang mungkin mengambil masa hingga dua jam.[2] Sebelum ini dilaporkan bahawa PAS mencongak tiga nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar termasuklah Dr Ahmad Samsuri. Khabar angin nama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak 2008 bertiup kencang dalam kalangan kepimpinan parti itu sebelum ini. Ahmad Samsuri yang juga bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar aeroangkasa terpilih antara calon Menteri Besar dalam usaha parti itu menampilkan generasi kepimpinan baharu di negeri itu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama. Akhirnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu setelah mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pilihan raya
suntingTahun | Kerajaan | Undi | Pts | Pembangkang | Undi | Pts | Buang Undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) | 13,851 | 53.30% | Nik Dir Nik Wan Ku (UMNO) | 7,823 | 30.10% | 22,728 | 6,028 | 87.40% | ||
Zarawi Sulong (AMANAH) | 729 | 2.80% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Pembangkang | Undi | Buang Undi | Majoriti | Keluar |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) | 20,927 | Suhaimi Sulaiman (PH) | 3,641 | 24,773 | 17,286 | 75.37% |
Tahun | Calon | Parti | Undi | Majoriti | Keputusan Lepas | Keluar mengundi |
---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS | 64,998 | 37,220 | Ustaz Che Alias Hamid (PAS)
27,179 |
141,790
(65. 76%) |
Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor | BN | 27,778 |
Anugerah
suntingRujukan
sunting- ^ Ahmad Samsuri MB Terengganu baru
- ^ MB, Exco Terengganu angkat sumpah malam ini
- ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N19 RU RENDANG Terengganu". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
Pautan luar
sunting- Ahmad Samsuri Mokhtar di Facebook
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Instagram
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Telegram
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Twitter
- Ahmad Samsuri Mokhtar di YouTube
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu 2018 – kini |
Penyandang Kemudian |
Ahmad Razif Abd Rahman | Penyandang |