Menteri Besar Perak
Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Menteri Besar Perak | |
---|---|
Kerajaan Negeri Perak | |
Lapor kepada | Dewan Negeri Perak |
Bidang kuasa | Perak |
Dilantik oleh | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Perak Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz |
Dibentuk | 1 Februari 1948 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang daripada kalangan bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.
Menteri Besar terkini ialah Dato Seri Saarani Mohamad yang mengangkat sumpah pada 10 Disember 2020.
Senarai Menteri Besar
suntingBerikut merupakan senarai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak:[1]
No | Nama | Mula | Tamat | Parti & Gabungan |
Tempoh |
---|---|---|---|---|---|
1 | Dato Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz | 1948 | 1957 | NAP (Bebas) |
9 Tahun |
2 | Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi | 1957 | 1960 | UMNO (Perikatan) |
3 Tahun |
3 | Dato Seri Shaari Shafie | 1960 | 1964 | UMNO (Perikatan) |
4 Tahun |
4 | Dato Seri Ahmad Said | 1964 | 1970 | UMNO (Perikatan) |
1 Penggal 1 Tahun |
5 | Dato Seri Kamaruddin Mohd Isa | 1970 | 1974 | UMNO (Perikatan) dan (BN) |
4 Tahun |
6 | Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi (kali kedua) | 1974 | 1977 | UMNO (BN) |
4 Tahun |
7 | Dato Seri Wan Mohamed Wan Teh | 1977 | 1983 | UMNO (BN) |
5 Tahun |
8 | Tan Sri Ramli Ngah Talib | 1983 | 1999 | UMNO (BN) |
3 Penggal 1 Tahun |
9 | Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali | 1999 | 2008 | UMNO (BN) |
2 Penggal |
10 | Dato Seri IR. Mohammad Nizar Jamaluddin | 2008 | 2009 | PAS (PR) |
1 Tahun |
- | Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir | 2009 | 2009 | UMNO (BN) |
- |
- | Dato Seri IR. Mohammad Nizar Jamaluddin (kali kedua) | 2009 | 2009 | PAS (PR) |
- |
11 | Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (kali kedua) | 2009 | 2018 | UMNO (BN) |
1 Penggal 3 Tahun |
12 | Dato Seri Ahmad Faizal Dato Azumu | 2018 | 2020 | BERSATU (PH) |
1 Tahun 10 Bulan |
13 | Dato Seri Ahmad Faizal Dato Azumu (kali kedua) | 13 Mac 2020 | 6 Disember 2020 | BERSATU (PN) |
8 Bulan 23 Hari |
14 | Dato Seri Saarani Mohamad | 10 Disember 2020 | 17 Oktober 2022 | UMNO (BN) |
1 Tahun 311 Hari |
15 | Dato Seri Saarani Mohamad (kali kedua) | 21 November 2022 | kini | UMNO (BN) |
Nota:
- * Kerajaan Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah diambil alih oleh Barisan Nasional selepas 3 ADUNnya keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
- ** Zambry Abdul Kadir dilantik oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur[2]
- *** Zambry Abdul Kadir kekal de facto menjadi Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi KL dan kemudian disahkan sebagai Menteri Besar.
Kontroversi
suntingDatuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar ke-11 setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Negeri Perak sekali lagi mengalami kontroversi apabila Pakatan Harapan memenangi 29 kerusi DUN, Barisan Nasional 27 kerusi DUN dan PAS 3 kerusi DUN. Hal ini menyebabkan tiada parti mendapat majioriti mudah meskipun PH memenangi kerusi terbanyak. Kemudian, bekas Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir yang juga pengerusi BN Perak, menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan mendapat sokongan 30 ahli DUN, pada petangnya, wakil-wakil PH pula menghadap Sultan Perak. Baginda seterusnya menitahkan BN dan PH agar membawa semua ADUN yang menyatakan sokongan terhadap parti masing-masing pada keesokan harinya sebagai bukti. Namun akhirnya, dua ADUN dari BN telah melompat parti untuk menyokong PH menyebabkan PH mendapat majioriti mudah 31 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Sultan Perak memperkenankan Pengerusi PH, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12
Mantan Menteri Besar Perak yang masih hidup
suntingNama | Tempoh menjawat | Tarikh lahir | Parti & Gabungan |
---|---|---|---|
Ramli Ngah Talib | 1983–1999 | 16 Mac 1941 (umur 83) | UMNO (BN) |
Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali | 1999–2008 | 6 November 1944 (umur 80) | UMNO (BN) |
Mohammad Nizar Jamaluddin | 2008-2009 | 17 Mac 1957 (umur 67) | PAS (PR) |
Zambry Abdul Kadir | 2009–2018 | 22 Mac 1962 (umur 62) | UMNO (BN) |
Ahmad Faizal Azumu | 2018-2020 | 10 Jun 1970 (umur 54) | BERSATU (PN) & BERSATU (PH) |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ MB PERAK SEJAK TAHUN 1950:
- ^ Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-27. Dicapai pada 11 Mei 2009.
Pautan luar
sunting- Portal YAB Menteri Besar Perak (Official site) (Melayu)