Muhammad Akhyar Abdul Rashid

(Dilencongkan dari Akhyar Rashid)

Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid (lahir 1 Mei 1999) adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Malaysia Terengganu dalam Liga Super Malaysia dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Akhyar Rashid
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid[1]
Tarikh lahir (1999-05-01) 1 Mei 1999 (umur 25)[1]
Tempat lahir Alor Setar, Kedah,Malaysia[2]
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Terengganu
(Pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim)
Nombor 33
Kerjaya remaja
2015–2017 Kedah B21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2018 Kedah 20 (3)
2019– Johor Darul Ta'zim 54 (9)
2024–Terengganu (pinjaman) 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2015 Malaysia B-17
2017–2018 Malaysia B-19 14 (6)
2017–2019 Malaysia B-23 24 (6)
2018– Malaysia 52 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mei 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2024

Kehidupan awal

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, Malaysia, Akhyar membesar bermain bola sepak dari usia muda, yang menyatakan sebelum ini penyertaan saudara lelaki dalam sukan itu mendorongnya bermain. Beliau juga dikenali sebagai Mat Yat oleh peminat Kedah.[3][4][5][6][7][8]

Kerjaya kelab

Kedah FA

Akhyar mula bermain dan menyertai akademi remaja Kedah ketika berusia 15 tahun. Dia diberi satu lagi pertukaran di kesebelasan muda Kedah. Dia menghabiskan masa di Piala Belia bermain untuk Kedah Bawah-19. Pada 16 Oktober 2017, beliau membantu Kedah B-19 memenangi piala pertama. Pada Januari 2015, beliau juga pernah menjalani latihan selama sebulan dengan Akademi Cardiff City di United Kingdom.

Pada 4 Mac 2017, Akhyar membuat penampilan sulung pasukan utamanya untuk musim 2017 sebagai pemain gantian kepada Syazwan Zainon pada minit ke-80 dengan kemenangan 4–0 di Stadium Darul Aman. Beliau menjaringkan gol seniornya pada 27 Julai 2017 dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Melaka United dengan kemenangan 6–2.

Pada 11 Februari 2018, Akhyar telah menjaringkan gol pertamanya pada pelawanan ke-7 untuk Kedah FA dalam Liga Super Malaysia menentang PKNP dalam kemenangan 0–1 di Stadium Negeri Pulau Pinang.

Johor Darul Ta'zim

Pada 29 Disember 2018, Akhyar telah menandatangi kontrak dengan Johor Darul Ta'zim.

Kehidupan peribadi

Abang Akhyar, Rafdi Rashid adalah bekas penyerang Kedah. Kakaknya Nurrashidah Rashid kini merupakan pemain sepak takraw kebangsaan Malaysia.

Pada 2 Mei 2024, Akhyar mengalami kecederaan di kepala dan kaki selepas dipukul dengan batang besi ketika melakukan samun di luar kediamannya di Terengganu.[9]

Statistik kerjaya

Pasukan

Sehingga 14 Jun 2024[10]
Penampilan dan gol mengikut pasukan, musim dan pertandingan
Pasukan Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Benua[c] Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Kedah 2017 Liga Super Malaysia 3 0 1 0 2 1 6 1
2018 17 3 1 0 2 1 20 4
Jumlah 20 3 2 0 4 2 26 5
Johor Darul Ta'zim 2019 Liga Super Malaysia 19 3 1 0 7 0 4 0 31 3
2020 5 1 1 0 6 1
2021 9 1 4 0 13 1
2022 7 1 1 0 3 2 1 0 12 3
2023 13 3 13 3
Jumlah 54 9 2 0 10 2 10 0 75 11
Terengganu 2024–25 Liga Super Malaysia 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah kerjaya 76 12 4 0 14 4 10 0 104 16

Antarabangsa

Sehingga 11 Jun 2024
Kemunculan dan gol mengikut pasukan dan tahun
Pasukan Tahun Kemunculan Gol
Malaysia 2018 13 1
2019 10 3
2021 5 1
2022 8 2
2023 9 3
2024 7 0
Jumlah 52 10
No Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 22 Mac 2018 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia   Mongolia 2–1 2–2 Persahabatan
2 7 Jun 2019   Timor-Leste 7–1 7–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022
3 11 Jun 2019 4–0 5–1
4 5 Oktober 2019   Sri Lanka 4–0 6–0 Persahabatan
5 6 Disember 2021 Stadium Bishan, Bishan, Singapura   Kemboja 2–0 3–1 Piala AFF 2020
6 23 Mac 2022 Stadium Nasional Singapura, Kallang, Singapura   Filipina 1–0 2–0 FAS Tri-Nations Series 2022
7 2–0
8 23 Mac 2023 Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Malaysia   Turkmenistan 1–0 1–0 Persahabatan
9 28 Mac 2023   Hong Kong 1–0 2–0
10 6 September 2023 Stadium Taman Sukan East Town, Chengdu, China   Syria 1–2 2–2

Malaysia bawah-23

No Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 5 Ogos 2018 Changzhou, China   China 0–1 2–1 Persahabatan
2 10 Ogos 2018 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Emiriah Arab Bersatu 2–0 2–0
3 15 Ogos 2018 Stadium Jalak Harupat, Bandung, Indonesia   Kyrgyzstan 1–2 1–3 Sukan Asia 2018
4 22 Mac 2019 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Filipina 1–0 3–0 Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2020
5 2–0
6 2 Disember 2019 Stadium Peringatan Rizal, Manila, Filipina   Timor-Leste 4–0 4–0 Bola sepak di Sukan Asia Tenggara 2019 - Lelaki

Malaysia bawah-19

No Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 4 September 2017 Stadium Aung San, Yangon, Myanmar   Laos 2–1 4–1 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2017
2 3–1
3 8 September 2017   Timor-Leste 0–1 0–3
4 8 November 2017 Stadium Paju, Korea Selatan   Indonesia 0–2 1–4 Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018
5 4 Julai 2018 Stadium Gelora Joko Samudro, Gresik, Indonesia   Kemboja 0–2 0–2 Kejohanan Remaja B-19 AFF 2018
6 8 Julai 2018   Timor-Leste 1–1 1–1

Anugerah

Pasukan

Kedah

Johor Darul Ta'zim

Antarabangsa

Malaysia bawah-19

Malaysia bawah-23

Malaysia

Individu

  • Penyerang Terbaik Liga Bola Sepak Malaysia: 2018
  • Sebelas Terbaik Liga Bola Sepak Malaysia: 2018, 2019
  • Pemain Paling Menjanjikan Liga Bola Sepak Malaysia: 2019

Rujukan

  1. ^ a b "Athlete profile". gms.kualalumpur2017.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-08. Dicapai pada 1 November 2017.
  2. ^ "10 pemain muda kedah 2017". semuanyabola.com. Dicapai pada 29 October 2017.
  3. ^ "Piala Belia 2017:Kedah muncul Juara". bharian.com.my. Dicapai pada 1 November 2017.
  4. ^ "Kedah juara piala belia". hmetro.com.my. Dicapai pada 1 November 2017.
  5. ^ "Kedah Juara Piala Belia 2017". sinarharian.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 1 November 2017.
  6. ^ "Kedah youth squad bags first ever FAM youth cup". nst.com.my. 16 October 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
  7. ^ "Kedah julang piala belia dengan jaringan di tempat lawan". semuanyabola.com. 16 October 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
  8. ^ "Piala Belia milik Kedah". peraktoday.com.my. 16 October 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
  9. ^ "Akhyar cedera dipercayai disamun". astroawani.com. 3 Mei 2024. Dicapai pada 17 Jun 2024.
  10. ^ "Akhyar Rashid Statistics". Soccerway.com. Dicapai pada 29 Oktober 2017.

Pautan luar