CIMB
CIMB Group Holdings Berhad (MYX: 1023) (Jawi: سي.اي.عيم.بي ݢروڤ هولديڠس برحد ) merupakan syarikat Perkhidmatan Kewangan yang kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB). Pada tahun 2004, CIMB memulakan proses membina sebuah bank sejagat yang kuat dan berdaya saing dengan ditunjangi Commerce International Merchant Bankers (CIMB), bank pelaburan yang terbesar di kawasannya. Bank CIMB merupakan hasil gabungan Bank Bumiputra-Commerce dan Southern Bank dengan CIMB, bank pelaburan paling banyak anugerah di Malaysia. Ini mengakibatkan penciptaan bank sejagat yang pertama di Malaysia.
Nama dahulu | Bumiputra-Commerce Holdings Berhad |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan didagangkan awam |
Didagangkan sebagai | MYX: 1023 |
ISIN | MYL1023OO000 |
Industri | Perkhidmatan Kewangan |
Ditubuhkan | Januari 2006 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif |
Keluaran | Perbankan Pengguna Perbankan Korporat Perbankan Pelaburan Perbankan Islam Pengurusan Aset Insurans & Takaful |
Hasil | ▲ RM14.672 bilion (US$4.8 bilion) (2013)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ RM4.54 bilion (US$1.38 bilion) (2013)[1] |
Jumlah aset | ▲RM508.2 bilion (US$125.1 bilion) (Sept 2014)[2] |
Bilangan kakitangan | 38,000[2] |
Syarikat induk | Khazanah Nasional |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
CIMB Group telah berkembang dari jumlah pekerja seramai 1,000 orang di Malaysia kepada 20,000 orang di 12 negara manakala pelaburan pasarannya telah meningkat dari RM6.3 bilion kepada RM33.0 bilion. Berdasarkan harga pasaran pada 13 Mei 2008, BCHB merupakan yang ketiga terbesar di belakang Public Bank dan Maybank. Jumlah aset Kumpulan pula bertambah dari RM14.7 bilion kepada RM155 bilion dengan tambahan RM18 bilion lagi yang merupakan dana pihak ketiga dalam pengurusan.
Di Indonesia, perniagaan perbankan CIMB ditawarkan melalui PT Bank Niaga yang merupakan bank yang ketujuh besar di Indonesia berdasarkan aset. Laporan semasa menunjukkan yang Khazanah Nasional (pemilik saham besar BCHB) akan menggabungkan PT Bank Niaga dengan PT Bank Lippo di bawah skop BCHB disebabkan pengenaan peraturan yang entiti tunggal tidak boleh memiliki lebih dari satu lesen perbankan pada masa yang sama.
Nama
suntingCIMB ialah singkatan bagi Commerce International Merchant Bankers.[3]
Kehadiran sedunia
suntingKumpulan CIMB mempunyai asal-usulnya sebagai sebuah bank pelaburan perdana dan sebuah bank pengguna dengan rangkaian yang terbesar setempat. Ibu pejabat Kumpulan CIMB terletak di Malaysia dan hadir di beberapa buah negara. Kumpulan CIMB kini telah menjejaki Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Bahrain, AS dan UK.
Pada 22 November 2006, CIMB melaksanakan sebuah cawangan yang lengkap di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, untuk menyediakan perkhidmatan perbankan pengguna, perkhidmatan perbankan pelaburan, dan perkhidmatan perbankan Islam.
Perniagaan
suntingPerbankan pengguna
suntingCIMB Group mempunyai perkhidmatan perbankan pengguna sepenuhnya di seluruh pasaran operasi utama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja. Bahagian-bahagian yang terdiri daripada Perbankan Pengguna adalah:
- Jualan dan Pengedaran Pengguna yang menyelia rangkaian jualan termasuk cawangan dan pasukan jualan mudah alih
- Perkhidmatan Kewangan Runcit yang bertanggungjawab untuk kebanyakan perbankan runcit serta produk perbankan perusahaan
- Perbankan Komersial yang bertanggungjawab untuk syarikat SME dan pertengahan
- Kad Kumpulan dan Pembiayaan Peribadi yang bertanggungjawab untuk perniagaan kad kredit dan portfolio pinjaman peribadi
Perbankan borong
suntingPerniagaan perbankan borong terdiri daripada dua bahagian: Perbankan Pelaburan dan Perbankan Korporat, Perbendaharaan & Pasaran.
Perbankan Pelaburan merangkumi Penyelesaian Klien Korporat, yang merangkumi pelanggan institusi dan korporat bank dan Pakar Sektor dalam hartanah dan agribisnis; unit perniagaan Penasihat yang terdiri daripada Kewangan Korporat dan Penasihat Projek; unit perniagaan Kumpulan Ekuiti yang terdiri daripada Pasaran Modal Ekuiti (ECM), Jualan Institusi, Penyelidikan, Ekuiti Runcit, Broker Niaga Hadapan dan Perkhidmatan Sekuriti; dan unit perniagaan Pengurusan Aset Kumpulan yang merupakan cabang pengurusan dana runcit dan institusi bank.
Perbankan Korporat, Perbendaharaan dan Pasaran bertanggungjawab untuk perbankan korporat; perbankan transaksi; pasaran kumpulan, perniagaan jualan dan perdagangan dalam kadar faedah, kredit, pertukaran asing, komoditi, ekuiti dan derivatif mereka; pasaran modal hutang; pelaburan pendapatan tetap; dan operasi perbendaharaan dan dana untuk kumpulan itu.
Strategi Kumpulan dan Pelaburan Strategik
suntingStrategi Kumpulan dan Pelaburan Strategik terdiri daripada Strategi Kumpulan, Ekuiti Persendirian dan Pelaburan Strategik. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif bank di pasaran serantau yang penting.
Perbankan Islam
suntingCIMB Islamic adalah perbankan Islam dan francais kewangan global CIMB Group. Ia menawarkan pelengkap penyelesaian kewangan patuh Syariah, beroperasi selari dengan francais perbankan sejagat kumpulan.
Entiti jenama
sunting- CIMB Bank Berhad (CIMB Bank, bank pengguna)
- CIMB Investment Bank Berhad (CIMB, bank pelaburan)
- CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic, bank Islam)
- CIMB-Principal Asset Management Berhad (CIMB-Principal)
- CIMB-Mapletree Management Sdn Bhd
- CIMB-GK Pte. Ltd. (CIMB-GK, Singapura)
- CIMB Futures Sdn Bhd
- CIMB Private Equity
- PT Bank CIMB Niaga TBK (CIMB Niaga)
- CIMB Thai Bank Public Company Limited (CIMB Thai)
Anugerah
sunting- 2006 Bank of the Year for Malaysia by The Banker[4]
Rujukan
sunting- ^ a b "CIMB Group announces RM4.54 billion Net Profit for FY13". CIMB Group. 25 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2014. Dicapai pada 27 September 2014.
- ^ a b "Investor Relations". CIMB Group. 30 September 2017.
- ^ "Asiamoney, "Razak stakes CIMB's future on ASEAN"" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2019-01-13.
- ^ Eyes on the retail prize[pautan mati kekal]