Wikipedia:Perihal
Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa, dan jutaan orang telah melakukannya.
Tujuan Wikipedia ialah untuk memberi faedah kepad pembaca dengan mempersembahkan maklumat dalam semua cabang pengetahuan. Disemang oleh Yayasan Wikimedia, Wikipedia mengandungi kandungan boleh sunting yang bebas, dengan rencana-rencana yang kebiasaannya mengandungi sejumlah pautan untuk memandu pembaca kepada lebih banyak maklumat.
Ditulis secara kerjasama oleh para sukarelawan dikenali sebagai Wikipediawan, rencana Wikipedia boleh disunting oleh sesiapa yang mempunyai capaian internet, kecuali dalam kes tertentu yang mana penyuntingan disekat bagi mengelakkan gangguan atau laku musnah. Sejak penciptaannya pada 15 Januari 2001 dalam edisi Inggeris dan 26 Oktober 2002 dalam edisi Melayu, ia telah berkembang menjadi laman web rujukan terbesar dunia, menarik lebih ratusan juta pengunjung setiap bulan. Wikipedia kini mempunyai lebih enam puluh-empatan juta rencana dalam lebih 300 bahasa, termasuk 418,739 rencana dalam Bahasa Melayu, dengan 681 penyumbang aktif sepanjang bulan lalu.
Prinsip asas Wikipedia dirumuskan dalam lima tonggaknya. Dalam pada komuniti Wikipedia membangunkan banyak dasar dan panduan, penyunting baharu tidak perlu untuk tahu semuanya sebelum mula menyunting.
Sesiapa boleh menyunting teks, data, rujukan dan gambar Wikipedia. Kualiti kandungan lebih penting berbanding kemahiran sesiapa yang menyumbangnya. Kandungan Wikipedia hendaklah mematuhi dasarnya, termasuk menjadi boleh disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai yang telah terbit. Sumbangan berdasarkan pandangan peribadi, kepercayaan, atau pengalaman peribadi, penyelidikan yang belum diulas, bahan fitnah, dan pelanggaran hak cipta tidak dibenarkan, dan akan disingkirkan. Perisian Wikipedia menjadikan ia mudah membalikkan kesalahan, dan memberi pengalaman penyunting memantau dan meronda suntingan buruk.
Wikipedia berbeza daripada rujukan bercetak dalam cara yang penting. Sesiapa boleh dengan segera menambahbaiknya, menambah maklumat berkualiti, membuang maklumat salah, dan membaiki kesalahan dan laku musnah. Memandangkan Wikipedia secara berterusan dikemas kini, rencana berencyclopedia mengenai peristiwa besar terkini muncul dalam beberapa minit.
Untuk lebih 24 tahun, penyunting telah dengan sukarelanya menggunakan masa dan bakat mereka untuk mencipta sejarah ensiklopedoa palih menyeluruh dengan menyediakan rujukan dan sumber lain kepadapenyelidik seluruh dunia (lihat Researching with Wikipedia). Rumusannya, Wikipedia telah menguji kebijaksanaan orang ramai sejak 2001 dan telah didapati berjaya.
Untuk mula menyunting, ketik mudah butang Sunting atau Sunting sumber atau ikon pensel
di bahagian atas mana-mana laman atau seksyen yang tidak dilindungi.
![]() |
Wikikamus Kamus bebas |
![]() |
Wikibuku Buku teks dan manual bebas |
![]() |
Wikisumber Perpustakaan bebas |
![]() |
Wikiberita Sumber berita bebas |
![]() |
Wikipetik Koleksi petikan kata |
![]() |
Wikilayar Panduan perjalanan bebas |
![]() |
Commons Koleksi multimedia bebas |
![]() |
Meta-Wiki Penyelarasan projek Wikimedia |
![]() |
Wikidata Pangkalan pengetahuan bebas |
![]() |
Wikiversiti Bahan pelajaran bebas |
![]() |
Wikispesies Panduan spesies |
![]() |
MediaWiki Pembangunan perisian bebas |