Hamdan Ramli

pelakon dan pelawak Malaysia

Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan Ramli atau Hamdan Senario (1 September 1969 – 5 Januari 2024) merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang terkemuka di Malaysia.[1] Beliau juga merupakan salah seorang anggota Kumpulan Senario dan juga Kumpulan Aku Kaya [2].

Hamdan Ramli
Kelahiran
Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli

(1969-09-01)1 September 1969
Meninggal dunia5 Januari 2024(2024-01-05) (umur 54)
Sebab kematianJangkitan kuman dalam darah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Perak
Nama lainHamdan Senario
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1995–2024
PasanganNorhamalini Ahmed (k. 1993–2024)
Anak-anak4

Kematian

sunting

Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 2024 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.[3]

Kehidupan awal

sunting

Hamdan dilahirkan pada 1 September 1969 di Batu Gajah, Perak, Malaysia.

Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli yang merupakan anak kelahiran Batu Gajah, Perak ini mendapat pendidikan awal di sekitar Ipoh yang mana pada peringkat rendah, beliau telah belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta dan kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra.

Pada ketika Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli mencapai usia 18 tahun iaitu lebih kurang selepas tamat persekolahan, jangan anda tidak tahu yang anggota Senario ini pada mulanya aktif dalam bidang pemodelan. Namun ianya tidak bertahan lama dan kemudian Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli terus berhijrah ke Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai krew, sound dubbing engineer dan editor di Home Video Distributor (HDV) yang terletak di Damansara Utama.

Pada tahun 1988 sewaktu bekerja sebagai editor di Home Video Distributor (HDV), secara kebetulan pula Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli ditempatkan satu bilik dengan Azmeer. Encik Hamdan yang mana ketika itu hobinya amat suka menyanyi seringkali menyanyi dengan bersahaja di dalam pejabat sehinggakan suaranya didengari oleh pekerja di sana serta Azmeer.

Lantas oleh kerana itulah beliau telah ditawar oleh Azmeer untuk menyanyi di dalam sebuah lagu untuk telemovie RTM pada tahun 1989 yang bertajuk Aku Cinta Padamu. Inilah langkah dan kali pertama Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli menjejakkan kaki ke dalam bidang seni yang mana ia telah berlaku dengan secara tidak sengaja dan tidak disangka-sangka.

Setelah beberapa tahun merantau di Kuala Lumpur, Ahmad Hamdan mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Home Video Distributor (HDV) dan pulang ke Ipoh, Perak. Pada tahun 1991, Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli bekerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor yang berpusat di Taiping dan beliau ditempatkan di sebuah cawangan di Ipoh, Perak.

Kehidupan peribadi

sunting

Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli akhirnya bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Batu Kurau, Perak dan mereka telah bernikah pada tahun 1993. Di sinilah detik perkenalan Hamdan dengan Ilya serta Wahid yang mana mereka berdua adalah rakan sekerja buat isteri Hamdan sebagai artis kebudayaan di Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hamdan dan isterinya telah dikurniakan empat orang cahaya mata yang mana tiga daripadanya adalah lelaki manakala seorang lagi adalah perempuan. Pada tahun 1994, Hamdan sekali lagi bertukar kerjaya dengan berhenti kerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor dan bertukar kerjaya sebagai seorang car jockey di Hotel Syuen Ipoh.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1995 sekali lagi Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli bertukar kerjaya sebagai seorang penghantar barang dan surat untuk syarikat Nationwide. Laluan utama yang dikawal selia oleh beliau adalah merangkumi sekitar kawasan Ipoh sehinggalah ke kawasan Sungai Siput. Itulah laluan rutin harian beliau untuk mencari rezeki yang halal demi menyara keluarganya.

Kerjaya

sunting

Pada tahun 1995, terdapat satu program realiti televisyen yang mana ia amat popular di seluruh Malaysia dan ianya tidak lain tidak bukan adalah rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan. Sinaran Pasport Kegemilangan ialah sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan orang yang berbakat dalam bidang seni di seluruh Malaysia. Kali pertama disiarkan di TV3 pada tahun 1994 yang mana musim pertama dijuarai oleh Shamsul Ghau Ghau.

Fokus rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan berubah-ubah, di mana contohnya dalam dua musim pertama ia lebih memfokuskan kepada komedi, berbanding musim ketiga dan keempat yang lebih memfokuskan kepada nyanyian. Jadi sewaktu musim yang ke dua, Illya yang merupakan sahabat kepada Hamdan mengajak beliau untuk menyertai program realiti tersebut kerana kelebihan Hamdan yang pandai menyanyi.

Jadi mereka berdua merancang dan membuat keputusan untuk mencari seorang lagi individu untuk melengkapkan tiga peserta dalam satu kumpulan. Bermulanya disinilah terpilihnya Wahid yang menjadi pelengkap kepada mereka bertiga untuk membentuk satu kumpulan yang hebat. Ujibakat Sinaran Pasport Kegemilangan di kawasan Ipoh pada waktu itu diadakan di Hotel Syuen Ipoh. Sewaktu mereka bertiga datang menghadiri ujibakat, mereka dikehendaki untuk memberi nama kumpulan yang langsung tidak pernah mereka fikirkan sebelum ini.

Oleh yang demikian, nama kumpulan sebagai nama Serba Salah telah diberikan sendiri oleh Ahmad Hamdan apabila Illya dan Wahid terpinga-pinga mencari idea untuk nama kumpulan mereka pada hari ujibakat tersebut. Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli yang pada masa itu dalam keadaan Serba Salah terus memberi cadangan untuk meletakkan nama Serba Salah sebagai nama kumpulan mereka dan cadangan tersebut terus dipersetujui oleh Illya serta Wahid.

Berkat usaha gigih dan doa daripada keluarga, akhirnya mereka bertiga dari kumpulan Serba Salah telah berjaya menjuarai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995. Berapa lama ketika selepas itu, maka wujudlah kumpulan Senario yang mana ia adalah hasil gabungan daripada juara (Shamsul Ghau Ghau) serta naib juara (Lan Pet Pet) Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama dan juara Sinaran Pasport Kegemilangan ke 2 iaitu kumpulan Serba Salah.

Hari ini, Hamdan Senario masih lagi aktif berkecimpung dalam dunia seni dan berlakon. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang ramah dan senang untuk berbicara. Disebalik riangnya itu, ternyata banyak juga cabaran, rintangan dan dugaan yang tidak diceritakan kepada anda dalam usaha untuk memberikan hiburan yang bermanfaat dan punyai mesej kepada peminat setia Senario yang mana idea terpaksa diperah untuk sketsa baru setiap minggu.

Pada Tahun 2014, kumpulan Senario telah dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Aku Kaya The Movie Yassan / Lempayang / Penunggu Gua / Kunjisawa-san Filem pertama
2004 Aku No. 1 Yassan Penampilan khas
2005 Kemarau Cinta Baba
2006 Tipah Tertipu The Movie Pemandu Lori Ikan Penampilan khas
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita YB. Nasir
Salah Bapak Johan
2007 Zombi Kampung Pisang Ketua Polis Daerah Penampilan khas
2008 Senario The Movie: Episode 1 Bos Wahid Penampilan khas
2010 Ngangkung Bomoh Kuali Penampilan khas
Mantra Pak Long Eizam
Magika Hang Lekir Penampilan khas bersama Senario
2012 Hantu Air Ramli
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Pak Mansur
X Bapa Hafiz
2013 Gangster Celop Pak Abu Penampilan khas
2015 Kapsul Tunku Abdul Rahman
Keranda Tok Wan Terbang Tok Ketua Penampilan khas
2021 Marabahaya Underground Polis Trafik Penampilan khas
2022 Jaga-Jaga Senariounion Dato' Hamdan
Abang Long Fadil 3 YB Penampilan khas
2024 Saka Perawan Tok Abah Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995–1996 Sambal Re TV3 Drama pertama
1996–1998 Senario Pelbagai Sitkom
2009 Pemanduku Jutawan Aidil
Cinta Tikar Sejadah Jali Astro Oasis
2010 Da' Bomba Othman TV3
2011 Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 2) Wak Maun Astro Prima
2015 Pengembaraan Jason Murad Aminnudin TV9
2018 Shah & Zam Pak Hamdani TV3
2019 Aku Tak Raya Dirinya Sendiri Penampilan khas
Mama Papa Ekspres Megat
2020 Diari Ratu TV1
2020–2021 Potong Tok Ketua Astro Warna Penampilan khas
2021 Jom Mak, Raya KL Tuan Ilham TV3
Bujang Haji Che Kaz TV AlHijrah
Malaysian Ghost Stories Haji Zaki Astro Ria Episod "Rumah Sewa RM100"
Cikgu Abu Episod: "Penunggu Rumah Banglo"
Pak Mat Episod: “Buka Hijab”
2022 Dukun Diva Prof. Azweh Hj. Nawawi Astro Citra Pelakon undangan
Antara Ikhlas & Kaca Ayah Aishah/Tok Penghulu Awesome TV
Hidayah Ustaz Viral Pak Long Jamel TV AlHijrah Drama terakhir

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Aku Kaya Yassan VCD Telefilem pertama
2003 Cinta 2 Muka N. Nasir
Cinta Popular Prof Hamdan
Spyman Sifu Hamdan
Keranamu Ibu
Aku Cinta Padamu Noor
2004 Aku Kaya Giler Yassan
15 Puasa Rocky ntv7
Cinta Kinabalu Jimmy VCD
2011 Hantu Gigi Pak Bakar Astro Prima
2012 Duit Kau Duit Aku Inspektor TV1
2013 Wartawan Kampung Astro Warna
2014 Man Rider TV9
Si Wayar Putus Pak Nan
2015 Menantu Saat Adik Supiat Saat TV1
Calon Isteri Bos
Hantu Raya Tumpang Beraya Tok Moh Astro Ria
2016 Liga Masjid
Raya Tak Raya Pak Saad TV9
Lari Tok Ketua TV1
2017 Rasuk Pak Mat Astro Citra
Azrul Bendul Bakar TV9
2018 Misteri Tasik Biru Pak Ali Astro Citra
2019 Resort Berhantu Manap TV3 Telefilem untuk DBKL 2019
Kad Raya dan Rumah Raya Paling Cantik di Kampung Sepakat Jaafar TV1
2020 Heri Bota N. P. Nahab
2021 Hantu Sangkut 2.0 Pemilik Chalet Astro Citra
Sumpahan Orang Putih Megat
2022 Oh My Vaksin Pak Maun TV3
Korban Pak Tam Leman TV1
Sejenis Raya Senariounion Hamdan/Hamidun Astro Warna
2023 Sepahtu Rewang Kampung Kenangan Pak Din Telefilem terakhir

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1995 Sinaran Pasport Kegemilangan Peserta (Serba Salah) TV3
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Peserta (Hiro) Astro Warna
2013 Liga Lawak Superstar Peserta TV3
Kaunter Kaboom Peserta Astro Ria
2015 Qu Puteh Bintang bersama Bintang Tetamu Jemputan TV3
2016 Kelab Komedi (Musim 2) Tetamu Jemputan TV9
2021 Sepahtu Reunion Live 2021 Bintang Undangan Ep "Kerana Hati Mati" Astro Warna
Bintang Undangan Ep "Masih Lagi Sayang"
Maharaja Lawak Mega 2021 Peserta (Ori)
2022 Megalawak Tetamu Jemputan (SenarioUnion)

Konsert

sunting
Tahun Konsert Saluran TV
1998 Konsert Anti Lanun Senario TV3
2017 Konsert Komedi SenarioUnion Astro Warna
2020 Konsert Minggu Ini SenarioUnion TV2

Anugerah dan pencalonan

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Lawak Warna Anugerah Khas Pelawak Sepanjang Zaman (Senario) Menang
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Artis Komedi Popular (bersama Senario) Menang