Menara Condong Teluk Intan

menara condong yang terletak di Teluk Intan, Malaysia

Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara Condong Teluk Intan
Map
Maklumat umum
JenisMenara condongmenara airmenara jam Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaSeni bina Cina Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiTeluk Intan
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat4°1′31″N 101°1′9″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula1885 Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat ketinggian
Tinggi25.5 m Sunting nilai ini di Wikidata
Butiran teknikal
Bilangan tingkat3 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Fungsi

sunting

Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut:[1]

  • untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
  • dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan
  • untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
  • sebagai penjaga masa

Kegunaan

sunting

Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-28. Dicapai pada 2011-08-07.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting