Sirajuddin Suhaimee

Sirajuddin bin Suhaimee (Jawi: سيراجوددين بن سوهايمي; lahir 18 Oktober 1967) ialah pegawai agama Islam di Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah dilantik bermula 1 Oktober 2024.[1] Sebelum itu, beliau ialah timbalan ketua pengarah (dasar) JAKIM.[2]


Sirajuddin Suhaimee

سيراجوددين سوهايمي
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Memegang jawatan
1 Oktober 2024
Perdana MenteriAnwar Ibrahim (2022-kini)
MenteriMohd Na'im Mokhtar
Didahului olehHakimah Mohd Yusoff
Butiran peribadi
Lahir (1967-10-18) 18 Oktober 1967 (umur 56)
Selangor, Malaysia
Anak-anak2
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Universiti South Australia (UniSA).
PekerjaanPegawai agama Islam

Pendidikan

sunting

Sirajuddin ialah pemegang ijazah sarjana muda undang-undang syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.[3] Beliau juga memegang ijazah sarjana teknologi maklumat dari Universiti Teknologi MARA dan ijazah doktor falsafah (PhD) sains komputer dari Universiti South Australia (UniSA).[3]

Kerjaya

sunting

Sirajuddin memulakan kerjaya perkhidmatan awamnya sebagai penolong pengarah dakwah di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Januari 1992.[3] Beliau pernah dilantik sebagai pengarah kanan bahagian penyelidikan JAKIM,[4] pengarah bahagian pengurusan halal JAKIM dan setiausaha pertama (halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.[3]

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Bernama (2024-10-01). "Sirajuddin is new Jakim DG". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-10-01.
  2. ^ "JAKIM TERIMA KETUA PENGARAH BAHARU". ALHIJRAH ONLINE (dalam bahasa Inggeris). 2024-10-01. Dicapai pada 2024-10-01.
  3. ^ a b c d "Sirajuddin appointed as Jakim director-general effective today". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.
  4. ^ Amin, Manzaidi Mohd (2021-06-14). "Jakim umum penempatan baharu empat pegawai kanan". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.