Nabila Razali
Nur Nabila Mohd Razali (Jawi: نر نبيلة بنت محمة رزالي; lahir 13 November 1992)[1][2] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.[3] Beliau terkenal dengan lagu "Katakan Saja" dan "Cemburu" yang mendapat sambutan,[4] namun lebih dikenali menerusi lagu "Pematah Hati", juga mendapat sambutan positif, sekaligus menjadi penanda aras bagi kerjaya muziknya. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama televisyen dan telefilem. Antara kredit lakonan beliau ialah Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017), Pesan Pada Hati (2019) dan Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020).
Nabila Razali | |
---|---|
نبيلة رزالي | |
Kelahiran | Nur Nabila binti Mohd Razali 13 November 1992 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Senibina |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2013—kini |
Ketinggian | 162 cm (5 ka 4 in) |
Pasangan | Nik Iruwan bin Dato' Nik Izani (k. 2023) |
Ibu bapa | Shamsidah Abd Rahman (ibu) Mohd Razali Mura (bapa) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Seventeen Eleven Music (2016–2020) Nabila Razali Entertainment (2020–kini) |
Pengkarya berkait | The Lomas, Priscilla Abby, Keisya Levronka |
Kehidupan awal
suntingNabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang.[1] Anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.
Kerjaya
suntingNabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), sebaris dengan penyanyi seperti Faizul Sany, Hael Husaini, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[5] Berikut persembahan beliau di AF2013:
- Minggu 1: "Gemilang" nyanyian asal Ella
- Minggu 2: "Setia Ku Di Sini" nyanyian asal Ziana Zain
- Minggu 3: "Berlari" nyanyian asal Tomok
- Minggu 4: "Aku Yang Tersakiti" nyanyian asal Judika
- Minggu 5: "Wajah Rahsia Hati" nyanyian asal Ogy Ahmad Daud
- Minggu 6: "Lovefool" nyanyian asal The Cardigans
- Minggu 7: "Keliru" (duet bersama Alif Satar) nyanyian asal Ajai & Nurul
- Minggu 8: "Gelombang" nyanyian asal Salamiah Hassan
- Minggu 9: "Tentang Rasa" nyanyian asal Astrid dan "Permata Biru" nyanyian asal Ella
- Minggu 10: "Seandainya Masih Ada Cinta" nyanyian asal Dayang Nurfaizah dan "Katakan Saja" (lagu baharu) nyanyian sendiri
Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan".[6] Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.[7] Pada tahun 2015, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh Aisyah Aziz, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Kumpulan ini telah melancarkan dua single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9] Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.[10]
Nabila juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Berak (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.[11] Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat.[12] Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati"[13] dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.[14]
Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.[15][16]
Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.[17][18][19]
Pada tahun 2020, Nabila muncul dengan single terbaharu "Peluang Kedua" dengan menampilkan MK dari kumpulan K-Clique. Video muzik yang dimuatnaik ke YouTube ini meraih satu juta tontonan dalam sehari, yang dianggap berjaya kerana menampilkan alunan rap MK dalam video itu.[20][21]
Pada November 2020, Nabila mengumumkan telah menarik diri daripada Separuh Akhir Muzik Muzik 35 berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.[22][23][24] Bagaimanapun, lagu "Peluang Kedua" nyanyiannya dipersembahkan oleh Hael Husaini di SFMM35.[25] Dan pada Disember 2020, Hael mengumumkan di Twitter bahawa Nabila bakal beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 7 Februari 2021.[26]
Beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dalam drama rantaian Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak utama sebagai Nadia.[27][28]
Beliau juga telah dilantik sebagai duta jenama kecantikan Siti Nurhaliza, Beautessence dan duta produk minuman BeFine.[29] Single terbaharu beliau, "Putus" dikeluarkan pada November 2021.[30][31]
Beliau turut berkecimpung dalam bidang penulisan apabila melancarkan novel Kerana Cinta Itu Ada. Dilancarkan pada 16 Mac 2022, ia merupakan karya pertamanya bersama penulis novel, Sopphilea.[32][33][34][35]
Kehidupan peribadi
suntingNabila ialah seorang pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai.[36]
Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023,[37][38] selepas 3 bulan bertunang.[39][40]
Beliau kini hamil anak sulungnya dan dijangka akan bersalin pada Januari 2025.[41][42]
Diskografi
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2013 | "Katakan Saja"
|
|
2016 | "Cemburu"
|
Lagu runut drama Arluna |
2017 | Lagu Tema drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati | |
2018 | Duet bersama Priscilla Abby OST Lee Chong Wei: Rise of the Legend | |
2019 | ||
2020 | Lagu Tema drama Seindah Tujuh Warna Pelangi | |
2021 | "Putus"
|
|
2022 | "Tak Ingin Usai"
|
Duet bersama Keisya Levronka |
"Aku Terluka"
|
||
2023 | "Selagi Ku Ada"
|
Duet bersama Khai Bahar
Lagu runut drama Kerana Cinta Itu Ada |
"Tulus"
|
Duet bersama Adi Priyo | |
"Cerita Kita"
|
Duet bersama Insomniacks |
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Keluarga Iskandar The Movie | Linda | Filem pertama, pelakon undangan |
2023 | Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong | Pah |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Hikayat Cinta Si Pematah Hati | Wafeen Wardah | Astro Ria | Drama pertama |
2018 | Cintaku di Bumi Izmir | Fara | Unifi TV | |
Matahari Cerah Lagi | Suha | TV Okey | ||
Sunsilk #SISCUBA | Mawar | TV3 | Drama pendek | |
Cik Reen & Encik Ngok Ngek | Siti | Astro Ria | ||
2019 | Pesan Pada Hati | Zulaika | TV3 | |
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Aira Tihani | ||
Kebaya Kasut Kanvas | Suria Juliana | |||
Biar Mereka Cemburu | Nadia | Astro Ria | ||
2021 | Keluarga Epik | Syamira | TV3 | |
SMK (Musim 3) | Cikgu Izara | Astro Ceria | Pelakon undangan | |
2022 | Mem & Bibik Bibik | Bibik Dr. Adzira | TV3 | |
Wan Senja | Liya | |||
Lockdown 2 | Shasha | Astro Ria | ||
Kerana Cinta Itu Ada | Nabila Aulia | TV3 | ||
2023 | Luruhnya Bunga Cinta | Mysara | ||
2024 | Luruhnya Bunga Cinta 2 | |||
2025 | Cinta Wanita Johor Bahru | Syuhada | TV3 |
Drama web
suntingTahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Bawah Payung Awan | Widad | Viu | Drama pertama |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Bibik Aku Nak Kahwin | Sofea | Astro Ria |
2016 | Ustaz Baru Nak Start | Nabila | |
2018 | Pengantin Lari Culik Artis | Fammy | Astro Citra |
2019 | Lelaki Kelas Sebelah | Nona | TV3 |
Nana Dan Jam Atok | Cikgu Liza | ||
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Raya | Siti | Astro Ria | |
2020 | Cik Petir Putrajaya | Sapeah | TV3 |
2022 | Hantu Karaoke | Cumi | |
2023 | Rombongan Cik Kiah Ke AJL | Mira | tonton |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Akademi Fantasia (musim 10) | Peserta | Astro Ria | |
2016 | Hot TV | Artis Pilihan | TV9 | Akustik Hot |
2017 | Wanita Hari Ini | Tetamu Jemputan | TV3 | |
Bismillah Ad-Dhuha | Astro Oasis & Astro Maya HD | |||
2018 | Ketuk-Ketuk Ramadan | TV1 | ||
2019 | Senang Terhibur | Artis Jemputan | TV3 | |
O KIDS | Pengacara | Astro Ceria | ||
2022 | Lazada: Super Party | TV3 | ||
Ronda-Ronda Ramadan | Artis Jemputan | TV2 | ||
Pandai Masak Ke Tu? | TV9 | |||
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) | Natasha | TV3 | Episod: "Wali" | |
Dapur Panas | Artis Jemputan | |||
2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta (Teratai) | Astro Warna |
Iklan
suntingTahun | Iklan | Catatan |
---|---|---|
2018 | Nivea: Langkah Berkeyakinan | |
2021 | Wonder Dewi Catz Series | |
2022 | Lazada Raya: Bertambah-tambah di Hati | Bersama Syafiq Kyle & Nora Danish |
KFC Raya: Makanan Rasmi Balik Kampung | ||
Raya Keluarga Malaysia | Bersama Jalil Hamid, Wan Maimunah, Hasnul Rahmat sebagai Uda |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) | Pesan Pada Hati | Tercalon | ||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ a b Mohd Haikal Isa (1 Jun 2017). Nikmat peluang kedua Nabila Razali Diarkibkan 2017-07-06 di Wayback Machine Kosmo. Dicapai pada 1 Jun 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (27 Mei 2022). "Saingan positif". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2022.
- ^ Tiada niat mainkan perasaan - Nabila AF13 Diarkibkan 2017-12-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (12 Jun 2016). Dicapai pada 12 Jun 2116.
- ^ Najiy Jefri (26 April 2016). Nabila lebih bersedia Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2015.
- ^ Siapa bakal mara ke final? Diarkibkan 2020-11-27 di Wayback Machine Sinar Harian. 8 November 2013.. Dicapai pada 19 November 2013.
- ^ Kenneth Chaw (13 Jun 2017). Nabila Razali – singer, actress, architect Diarkibkan 2019-06-09 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 13 Jun 2017.
- ^ Nabila lebih bersedia Harian Metro (26 April 2016). Dicapai pada 26 April 2016.
- ^ Kemalia Othman (16 Oktober 2015). The Lomas kecewa sambutan dingin lagu 'Rindu' mStar Online. Dicapai pada 11 Disember 2015.
- ^ "Radio tidak bantu promosi". Utusan Malaysia. 26 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-27. Dicapai pada 13 Disember 2015.
- ^ Kamaruddin Razal (27 April 2017). "Nabila Razali akui lagu Cemburu lambat diterima pendengar". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2017.
- ^ Nabila teruja tapi takut Diarkibkan 2017-08-16 di Wayback Machine Utusan Online (17 Mei 2017). Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' mStar Online (20 Mei 2017). Dicapai pada 20 Mei 2017.
- ^ Aref Omar (6 December 2017). "(Showbiz) Singer Nabila Razali's Pematah Hati MV scores 2mil views in less than a week". New Straits Times. Dicapai pada 18 December 2017.
- ^ "Pematah Hati 'trending' dalam tempoh 24 Jam". Sinar Harian. 30 November 2017. Dicapai pada 18 Disember 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (9 Februari 2018). "Nabila Razali nyanyi lagu tema filem Lee Chong Wei". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2018.
- ^ Aref Omar (11 Februari 2018). "Showbiz: Singer Nabila Razali to record theme song for Lee Chong Wei biopic". New Straits Times. Dicapai pada 26 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Januari 2019). "Vroom Vroom capai sejuta tontonan". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (24 Januari 2019). "Kecoh 'no view' klip video Vroom Vroom". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ Mohd Haikal Isa (28 Januari 2019). "Nabila Razali sedar diri". Kosmo!. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ "Nabila Razali's 'confusing' song gets millions of views – and haters". Coconuts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 September 2020.
- ^ "Nabila Razali akui MK jadi 'pelaris' MV Peluang Kedua, cecah 1 juta tontonan sehari - "Saya percaya dia jadi faktor orang tonton berulang kali"". mstar.com.my. 20 Ogos 2020. Dicapai pada 13 September 2020.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (20 November 2020). Nabila Razali undur diri dari SFMM25 Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 November 2020.
- ^ Najiy Jefri (20 November 2020). Nabila Razali terpaksa tarik diri sari Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
- ^ Nabila Razali tarik diri dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Malaysiakini. 20 November 2020. Dicapai pada 9 Disember 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 November 2020). Hael Husaini ganti Nabila Razali? Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
- ^ Nur Emira Saizali (23 Disember 2020). Nabila Razali sah bakal beraksi di AJL35 Kosmo!. Dicapai pada 25 Disember 2020.
- ^ Maliah Surip (8 Disember 2020). Pertama kali bergandingan, comel juga Nabila Razali dan Aiman Hakim dalam Biar Mereka Cemburu Astro Gempak. Dicapai pada 9 Disember 2020.
- ^ Budiey (2 Disember 2020). Drama Biar Mereka Cemburu gandingan kali pertama Nabila Razali dan Aiman Hakim Ridza Astro Gempak. Dicapai pada 9 Disember 2020.
- ^ Mohd Haikal Isa (16 Disember 2020). Nabila berterima kasih kepada Hael Kosmo!. Dicapai pada 16 Disember 2020.
- ^ Hanisah Selamat (12 November 2021). "Tiada lagi peluang kedua, Nabila Razali 'Putus' cinta". Kosmo!. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ Najiy Jefri (1 Disember 2021). "Dulu asyik dikeji, kini Nabila Razali dipuji..." Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ Najiy Jefri (17 Mac 2022). "Nabila Razali abadikan kisah cinta silam dalam novel". Harian Metro. Dicapai pada 26 Mac 2022.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Mac 2022). "Nabila cerita semua dalam novel". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Mei 2022). "Nabila sukar cari hero gandingan?". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ Budiey (17 Mac 2022). "Kesinambungan Lagu Putus, Nabila Razali Lancar Novel KERANA CINTA ITU ADA". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mei 2022.
- ^ SS Kanesan (7 September 2018). "Oh, Nabila! A singer who cares for the environment". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-09. Dicapai pada 7 September 2018.
- ^ Najiy Jefri (18 November 2023). "Nabila Razali kini isteri Nik Iruwan". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2023.
- ^ "Nabila Razali bergelar isteri ahli perniagaan". Sinar Harian. 18 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
- ^ Hanisah Selamat (27 Ogos 2023). "Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan". Kosmo!. Dicapai pada 20 November 2023.
- ^ "Nabila Razali dah bertunang..." Berita Harian. 27 Ogos 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
- ^ "Nabila Razali hamil anak pertama, dijangka bersalin Januari 2025". mStar Online. 4 Oktober 2024. Dicapai pada 28 Oktober 2024.
- ^ Ain Norman (28 Oktober 2024). "Nabila Razali mahu rasa pengalaman mengidam benda pelik, sekarang cuma teringin makan burger Ramly". mStar Online. Dicapai pada 28 Oktober 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nabila Razali |