Affin Bank Berhad atau Affin Bank; (MYX: 5185) ialah bank di Malaysia yang dimiliki oleh Affin Group yang disenaraikan di dalam papan utama Bursa Malaysia.[3]

Affin Bank Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat kewangan awam
IndustriPerbankan dan kewangan
Ditubuhkan1975
Ibu pejabatLevel 19, Menara AFFIN, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188, WP Kuala Lumpur, Malaysia
  • Hotline Affin Bank : +603-2302 1000
Tokoh penting
  • YBhg. Dato’ Agil Natt (Pengerusi)
  • YBhg. Dato’ Abdul Aziz Bin Abu Bakar (Presiden dan CEO)
  • Encik Risham Akashah Bin Kamaruzaman (Ketua Pengarah Operasi)
Keluaran
  • Sistem perbankan konvensional
  • Pelaburan saham tempatan
  • Bantuan kewangan perumahan
  • Bantuan kewangan pendidikan
  • Bantuan khas kebajikan tentera dan polis
  • Produk kewangan untuk syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Produk-produk kewangan Islam
Syarikat indukAffin Group
Anak syarikatAffin Islamic
Tapak webAffin Bank
Facebook: AffinMy Twitter: AffinMy Instagram: affinmy LinkedIn: affinbankgroup Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perihal

sunting

Latar belakang

sunting

Affin Bank memulakan operasinya pada bulan Januari 2001 selepas berlakunya pengabungan di antara 2 bank iaitu Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada bulan Jun 2005, ia bergabung pula dengan Affin-ACF Finance Berhad[4]. Setakat ini bank ini mempunyai 115 buah cawangan seluruh negara[5]. Bangunan Ibu Pejabat yang dipanggil Menara Affin terletak di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

Affin Group of Companies

sunting
  • Affin Bank Berhad
  • Affin Islamic Bank Berhad
  • Affin Hwang Investment Bank Berhad
  • Affin Moneybrokers Sdn. Bhd.
  • Generali Insurance Malaysia Berhad
  • Generali Life Insurance Malaysia Berhad

Kesemua agensi kewangan dan agensi insurans yang disenaraikan di atas adalah merupakan rangkaian perbankan dan perkhidmatan insurans yang disediakan sepenuhnya oleh Affin Bank.

Hak pemilikan Affin Bank Berhad oleh Kerajaan Sarawak

sunting

Kerajaan Sarawak kini memuktamadkan perjanjian pemilikan hak perbankan serta pembelian saham utama Affin Bank Berhad, sekali gus menjadikan Kerajaan Sarawak sebagai pemegang sah saham majoriti terbesar, dengan pegangan saham sebanyak 31.25 peratus ke atas syarikat perbankan awam itu.[6]

Kerajaan Sarawak bakal memperluaskan pembukaan bank baharu Affin Bank Berhad di seluruh daerah di Sarawak, dengan mensasarkan sebanyak 50 buah bank cawangan baharu Affin Bank Berhad akan dibuka sepenuhnya di seluruh Sarawak menjelang tahun 2028. Oleh itu, sebagai permulaannya, sebanyak 17 buah bank cawangan baharu Affin Bank Berhad masing-masing bakal beroperasi di kawasan Kuching (8), Bau (1), Sri Aman (2), Betong (2), Sibu (2), Bintulu (1), dan Miri (1).

Pelaksanaan pembukaan bank cawangan baharu Affin Bank Berhad ini sekaligus dapat menggantikan sepenuhnya lima buah institusi perbankan yang sudah ditamatkan operasi dan perkhidmatannya di wilayah Sarawak, iaitu HSBC Bank, Citibank, Alliance Bank, Bank Islam Malaysia, dan Bank Utama Berhad.

Galeri

sunting

Berikut adalah logo penjenamaan bank yang sedang dan telah digunakan sepanjang operasi, dengan menggunakan bunga raya sebagai identiti:[7][8] [9]

Rujukan

sunting
  1. ^ "AFFINBANK perkenal identiti, logo baharu". Dicapai pada 16 September 2023.
  2. ^ "Affin Bank Memperkenalkan Penjenamaan Baru Yang Lebih Moden". Dicapai pada 16 September 2023.
  3. ^ "Affin Bank". Dicapai pada 16 September 2023.
  4. ^ "Tentang Kami". Affin Rewards. Dicapai pada 16 September 2023.
  5. ^ "Affin Our Story". Affin Group. Dicapai pada 16 September 2023.
  6. ^ Kerajaan Sarawak kini pemegang saham terbesar Affin Bank (Berita Harian, 27 September 2024)
  7. ^ "Affin Bank's New Look and Idendity". Dicapai pada 16 September 2023.
  8. ^ "New logo and tagline for Affin Bank". Dicapai pada 16 September 2023.
  9. ^ "AFFINBANK perkenal identiti, logo baharu". Dicapai pada 16 September 2023.

Pautan luar

sunting