Buletin TV9 mula bersiaran selama 50 minit, dengan waktu siaran masih sama sejak 1 Ogos 2021, iaitu jam 7.00 malam setiap hari.
Kerajaan Negeri Kedah tidak lagi mengeluarkan lesen terhadap perniagaan perjudian bermula 1 Januari, sekaligus menjadikan perniagaan perjudian dihentikan sepenuhnya di Kedah.[1]
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bertukar nama menjadi Melaka Corporation atau nama komersialnya MCorp.[2]
Wisma Jakel di Shah Alam terbakar, memusnahkan sebahagian besar bangunan.[3]
Bekas perdana menteri Najib Razak, yang telah dipenjarakan selama lebih empat bulan sekarang, memfailkan petisyen dengan Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) untuk memperoleh pembebasannya dari penjara atau perbicaraan semula kes SRC International-nya.[4][5][6]
Mahkamah Tinggi membebaskan Shahrir Abdul Samad daripada kes pengubahan wang haram atas dakwaan kegagalannya memasukkan cek RM1 juta daripada Najib Razak dalam pengisytiharan cukai pendapatannya, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk menghentikan kes itu.[7][8]
Sebuah kemelut politik tercetus dalam peringkat kerajaan Sabah berikutan penarikan sokongan para ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) terhadap ketua menteri Hajiji Noor.[9]
Goh Liu Ying bersara daripada sukan badminton selepas bermain selama 13 tahun.[17]
Perhimpunan Agung UMNO bermula bagi sesi 2022.[18]
Kemelut politik Sabah 2023: Ketua Menteri Hajiji Noor merombak kabinet. Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin, dalang utama kemelut, dikeluarkan daripada kabinet.[19]
Tunjuk perasaan anjuran para persatuan Islam diadakan di hadapan kedutaan Sweden di Kuala Lumpur sebagai protes ke atas insiden pembakaran Al-Quran oleh ahli politik kanan lampau negara itu, Rasmus Paludan.[21]
Bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Noh Omar dipecat, dengan sebilangan lagi orang-orang besar UMNO digantung keahlian dalam satu "pembersihan parti" melalui keputusan mesyuarat majlis ketua tertinggi atas pelbagai dakwaan pengingkaran terhadap parti dalam PRU tahun lepas.[22]
28 Januari
Atlet pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memecah rekod kebangsaan lari pecut 60 meter dalaman dalam kejohanan Terbuka Texas Tech 2023 dengan 6.63 saat, mengalahkan rekod Watson Nyambek pada 1998 (6.66 saat).[23]
30 Januari
Rombongan Anwar Ibrahim berangkat ke Singapura bagi lawatan negara selama sehari.[24]
Pemain skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana temasya antarabangsa selepas didapati bersalah kerana memuat naik ciapan Twitter berunsur rasis anti-India berkenaan konsert artis dan komposer India, A. R. Rahman pada 28 Januari.[27]
12 Mac - Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.[34]
16 Mac - Pelakon, Hafidz Roshdi didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu selepas dipercayai menumbuk isterinya, Nurul Shuhadah Mat Shukri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.[35]
20 Mac - Usahawan dan bekas pengacara TV, Norjuma Habib Mohamed diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.[36]
31 Mac
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.[37]
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Ab Rauf Yusoh dilantik dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 yang baharu.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang, Noraini Idris dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah yang baharu bagi sesi 2023-2026.[38]
SM Faisal SM Nasimuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isteri, Emilia Hanafi selepas bekas isterinya menarik balik kes.[39]
6 April - Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan polis di dua lokasi berbeza.[40][41]
Kemalangan basikal lajak Johor Bahru: Suspek utama, Sam Ke Ting dibebaskan daripada semua pertuduhan dalam perbicaraan peringkat Mahkamah Rayuan selepas penilaian semula dilakukan.[45]
Noor Hisham Abdullah bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan selepas lebih 30 tahun berkhidmat.[47]
Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan baharu menggantikan Noor Hisham.[48]
25 April - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di cerun bukit melibatkan kawasan seluas 1,115 meter persegi berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Duta.[49]
3 Mei - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down, Bella.[50]
19 Mei - Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim dilaporkan hilang sehari selepas beliau berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut).[53]
22 Mei - Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, sekali lagi terbakar selepas kejadian pertama pada Februari 2018.[54]
26 Mei - Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aerorangkasa Global IBR 2023. Anugerah itu diberikan untuk menghargai individu yang berdedikasi dalam mempromosikan industri aeroangkasa dan maritim serta telah membantu sektor ini ke tahap lebih tinggi sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan negara.[56]
5 Jun - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang merupakan antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.[58]
14 Jun:
Seorang penunggang ‘superbike’ jenis Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang. Kemalangan terbabit turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam video berdurasi 12 saat sehingga tular yang memaparkan kemalangan tersebut dipercayai akibat sebuah motosikal melawan arus.[59]
Pemain pertahanan Sabah FC, Mohd. Rizal Mohd. Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memukul teman wanitanya.[61]
Seorang OKU masalah mental mengaku tidak bersalah sebab kematian penunggang Ducati di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) pada Jun.[64]
Bekas Perdana Menteri, Mahathir bin Mohamad meraikan ulang tahun kelahirannya ke-98.
17 Julai - Bekas penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis.[65]
19 Julai -
Kes Kecurian Perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE): SPRM tahan seorang pegawai kanan MBI dan seorang pegawai wanita sebuah syarikat untuk membantu siasatan bagi kes rasuah dan salah guna kuasa.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dihadap ke mahkamah atas tuduhan menghasut.
15 Ogos - Presiden Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.[69]
26 Ogos - Presiden PAS, Abdul Hadi Awang disiasat oleh polis kerana mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan menerusi ceramahnya di Markas PAS Bakri, Muar.[71]
2 September - 6 beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan selepas kereta yang dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah lori pasir yang dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi lalu memasuki laluan bertentangan.[72]
20 September - Dua maut dalam kemalangan enam kenderaan di Putrajaya.
23 September - Jambatan Guai, Bera, Pahang telah bertukar nama kepada Jambatan Al-Sultan Abdullah.
27 September:
Ribut angin kencang di Timah Tasoh, Perlis.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI dan Profesor Adjung di Universiti UCSI.[73]
30 September
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim bersara menabur khidmat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun.[74]
7 November - Satu kejadian kepala air dan pokok tumbang berlaku di kawasan sungai di Bukit Kachi, Kedah berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM).
9 November - Ahli Parlimen Muar dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas semua pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan.[85]
11 November - Bakal bertunang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipandu remaja bawah umur kejadian di kilometer 1.9 di Jambatan Pulau Pinang.[86]
26 November - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan pada kongres Parti Keadilan Rakyat bahawa rakyat China dan India akan mendapat perjalanan tanpa visa mulai 1 Disember, membenarkan penginapan sehingga 30 hari dalam usaha untuk meningkatkan pelancongan.[87]
29 November - Penyanyi, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tiga pertuduhan dadah.[88]
5 Disember - Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun, seorang budak autisme bukan lisan, dilaporkan hilang dari kompleks Pangsapuri Idaman di Damansara Damai, Sungai Buloh; dia kemudiannya ditemui mati pada hari berikutnya sekitar 200 meter dari pangsapuri. Kesnya diklasifikasikan sebagai pembunuhan dan disiasat di bawah Seksyen 302 akta berkenaan Kanun Keseksaan.[90][91]
20 Disember - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kapal yang didaftarkan Israel, dan semua kapal asing yang menuju ke Israel, dilarang berlabuh di dalam pelabuhan mereka atau menerima kargo.[92]