Menteri Besar Terengganu

rencana senarai Wikimedia

Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.


Terengganu
Penyandang
Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Haji
Ahmad Samsuri Mokhtar

sejak 15 Ogos 2023 (2023-08-15)
Kerajaan Negeri Terengganu
Jenisrencana senarai Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Undangan Negeri Terengganu
KediamanSeri Iman, Jalan Batu Buruk, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
PusatTingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu
Dilantik olehSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Penjawat sulungNgah Muhamad bin Yusof
Dibentuk21 April 1925; 100 tahun yang lalu (1925-04-21)
Tapak webpmb.terengganu.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai Menteri Besar Terengganu

sunting

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925:[1]

Kunci warna (untuk parti politik):
      BEBAS       Barisan Alternatif       Perikatan/BN       PAS/Gagasan Sejahtera       PN

No. Potret Nama
(Lahir–Meninggal dunia)
Kawasan negeri
Tempoh perkhidmatan Parti[a] Pilihan raya Perhimpunan
Mula perkhidmatan Meninggalkan perkhidmatan Tempoh
1   Ngah Muhamad Yusof
(1878–1940)
21 April
1925
28 Jun
1940
15 tahun, 69 hari BEBAS
2   Tengku Omar Othman
(1884–1944)
15 Julai
1940
9 Disember
1941
1 tahun, 148 hari BEBAS
3   Da Omar Mahmud
(1892–1953)
10 Disember
1941
16 Disember
1945
4 tahun, 7 hari BEBAS
4   Tengku Mohamad Sultan Ahmad
(1899–1957)
17 Disember
1945
26 Disember
1949
4 tahun, 10 hari BEBAS
5   Kamaruddin Idris
(1904–1993)
27 Disember
1949
Jun
1959
BEBAS
6   Mohd Daud Abdul Samad
ADUN Setiu
(1925–1983)
29 Jun
1959
8 November
1961
2 tahun, 133 hari PAS 1959 Pertama
7   Ibrahim Fikri Mohammad
ADUN Kuala Nerus
(meninggal dunia 1973)
9 November
1961
3 September
1969
7 tahun, 299 hari Perikatan
(UMNO)
1964 Kedua
1969 Ketiga
8   Mahmood Sulaiman
(lahir 1929)
ADUN Ulu Trengganu Barat
1 Oktober
1969
3 September
1972
2 tahun, 339 hari Perikatan
(UMNO)
9   Nik Hassan Wan Abdul Rahman
(lahir 1927)
ADUN Batu Rakit
4 September
1972
2 Ogos
1974
1 tahun, 333 hari Perikatan
(UMNO)
BN
(UMNO)
10   Tan Sri Dato' Seri
Wan Mokhtar Ahmad
(1932–2020)
ADUN Cukai
1 September
1974
2 Disember
1999
25 tahun, 93 hari BN
(UMNO)
1974 Keempat
1978 Kelima
1982 Keenam
1986 Ketujuh
1990 Kelapan
1995 Kesembilan
11 Tan Sri Dato' Seri
Abdul Hadi Awang
(lahir 1947)
ADUN Ru Rendang
2 Disember
1999
25 Mac
2004
4 tahun, 115 hari BA
(PAS)
1999 Kesepuluh
12   Tan Sri Dato' Seri
Idris Jusoh
(lahir 1955)
ADUN Jertih
25 Mac
2004
25 Mac
2008
4 tahun, 0 hari BN
(UMNO)
2004 Kesebelas
13   Dato' Seri
Ahmad Said
(lahir 1957)
ADUN Kijal
25 Mac
2008
12 Mei
2014
6 tahun, 49 hari BN
(UMNO)
2008 Ke-12
2013 Ke-13
14   Dato' Seri
Ahmad Razif Abdul Rahman
(lahir 1965)
ADUN Seberang Takir
13 Mei
2014
10 Mei
2018
3 tahun, 363 hari BN
(UMNO)
15   Dato' Seri
Ahmad Samsuri Mokhtar
(lahir 1970)
ADUN Ru Rendang
10 Mei
2018
Penyandang jawatan 6 tahun, 356 hari GS
(PAS)
2018 Ke-14
PN
(PAS)
2023 Ke-15
  1. ^ Ruangan ini hanya menamakan parti Menteri Besar. Kerajaan negeri yang diketuainya mungkin merupakan gabungan kompleks beberapa parti dan parti bebas; mereka tidak disenaraikan di sini.

Kontroversi

sunting

Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[2], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[3], [4]

Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas. Ahmad Said dan Ghazali Taib bagaimanpun telah menyertai semula UMNO selepas beberapa hari dan keadaan itu menjamin kedudukan Ahmad Razif untuk kekal mentadbir kerajaan negeri.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Terengganu". WorldStatesmen.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2010. Dicapai pada 13 April 2011.
  2. ^ Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB.
  3. ^ Ahmad Said letak jawatan Menteri Besar Terengganu.
  4. ^ "Ahmad Said letak jawatan, pengganti angkat sumpah malam ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 2014-05-13.