Raja Zarith Sofiah

Raja Permaisuri Agong Malaysia & Permaisuri Johor

Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Jawi: راج زاريث صوفيا بنتي المرحوم سلطان إدريس شاه; diputerakan pada (1959-08-14)14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-17 dan Permaisuri Johor. Baginda adalah isteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden yang ke-5. Baginda juga adalah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Idris al-Mutawwakil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah dan Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.

Raja Zarith Sofiah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia XVII
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor
Raja Permaisuri Agong ke-17
Tempoh31 Januari 2024 - kini
Pertabalan20 Julai 2024
Didahului olehTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Permaisuri Johor
Tempoh23 Januari 2010 - kini
Kemahkotaan23 Mac 2015
Didahului olehSultanah Zanariah (sebagai Sultanah)
Isteri Tunku Mahkota Johor
pelantikan22 September 1982 – 23 Januari 2010
Didahului olehTengku Zanariah
Diikuti olehChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor
Canselor
Universiti Teknologi Malaysia
pelantikan1 Jun 2010 - kini
KeputeraanRaja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah
(1959-08-14) 14 Ogos 1959 (umur 65)
Hospital Batu Gajah, Perak, Malaya
PasanganSultan Ibrahim (k. 1982)
AnakandaTunku Mahkota Ismail
Tunku Tun Aminah
Tunku Idris Iskandar
Tunku Abdul Jalil (mangkat 5 Disember 2015)
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri
Tunku Abu Bakar
Nama penuh
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
Nama diraja
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
KerabatKesultanan Siak-Perak
(melalui kelahiran) Temenggong
(melalui perkahwinan)
AyahandaSultan Idris Shah II
BondaRaja Perempuan Muzwin
AgamaIslam Sunni

Pendidikan

sunting

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun.[1][2] Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Bachelor's of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Sarjana Sastera atau Master's of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[3][4]

Keluarga

sunting

Raja Zarith Sofiah merupakan anakanda ketujuh dan puteri ketiga kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II. Bonda baginda, Raja Perempuan Muzwin mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2011.[5]

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkahwin dengan baginda pada tahun 1982. Mereka dikurniakan lima orang putera dan satu puteri iaitu: Tunku Ismail (1984) (Tunku Mahkota Johor), Tunku Tun Aminah (1986), Tunku Idris Iskandar (1988), Tunku Abdul Jalil (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015), Tunku Abdul Rahman (1993) dan Tunku Abu Bakar (2001).

Gelaran diraja

sunting

Ketika menjadi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.

Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010, suami baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.

Bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri langsung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.

Kerabat dan keluarga

sunting

Raja Zarith Sofiah telah berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada tahun 1982. Baginda berdua dikurniakan dengan 5 orang putera dan seorang puteri.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur Kemangkatan Tarikh berkahwin Pasangan diraja Anakandanya
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail
(1984-06-30)30 Jun 1984 Johor, Malaysia 40 tahun, 5 bulan dan 26 hari - 24 Oktober 2014 Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam - YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
- DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
- YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim
- YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (1986-04-08)8 April 1986 Johor 38 tahun, 8 bulan dan 18 hari - 14 Ogos 2017 Dato' Dennis Muhammad Abdullah - Layla Sofiah
- Anak kedua (nama belum diketahui)
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor
Tunku Idris Iskandar Ismail
(1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 37 tahun dan 1 hari - - -
Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor
Tunku Abdul Jalil Iskandar
(1990-07-05)5 Julai 1990 Johor 5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25) Tidak pernah berkahwin
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri
(1993-02-05)5 Februari 1993 Johor 31 tahun, 10 bulan dan 21 hari - - -
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor
Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar
(2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 23 tahun, 6 bulan dan 26 hari - - -

Selain bahasa ibunda, baginda turut fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali.

Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Raja Zarith Sofiah telah dianugerahi "Ilustrator Terbaik" bagi kategori buku kanak-kanak. Raja Zarith Sofiah juga meneruskan penulisannya di ruang akhbar The New Straits Times Malaysia, setiap dua minggu di bawah tajuk "On Common Ground".

Raja Zarih Sofiah turut menjadi penaung kepada Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.[6]

Terasul dan gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Raja Zarith Sofiah
 
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 14 Ogos 1959 - 4 Januari 1963: Yang Mulia Raja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah
  • 5 Januari 1963 - 22 September 1982: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
  • 22 September 1982 - 31 Januari 1984: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor
  • 31 Januari 1984 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor
  • 23 Januari 2010 - 22 November 2010: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Paduka Suri Sultan Johor
  • 22 November 2010 - 23 Mac 2015: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah[7]
  • 23 Mac 2015 - 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
  • 31 Januari 2024 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XVII Raja Zarith Sofiah[8]

Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah :

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, D.K., D.M.N., S.P.M.J., S.M.I.J., P.S.I., D.K. (Perak), S.P.C.M.

Penghargaan

sunting

Penghargaan Johor

sunting

Penghargaan Persekutuan dan Negeri

sunting

Ijazah Kehormat

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Biography for Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah". SiloBreaker. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2011. Dicapai pada 5 Jun 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "D.Y.M.M Sultan Johor". Government of Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 5 Jun 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ http://syukury.blogspot.com/search/label/Johor
  4. ^ http://www.johordt.gov.my/kerajaan/page/dymm_sultan_johor/
  5. ^ http://www.bharian.com.my/articles/RajaPerempuanPerak_RajaMuzwinMangkat/Article/
  6. ^ http://www.panduputeri.org.my/anugerah/srikandi2002.php
  7. ^ "Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan gelaran "Duli Yang Maha Mulia" ke atas isteri baginda, Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah bersempena istiadat sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda ke-52". mStar. 22 November 2010.
  8. ^ "Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah". Harian Metro. 31 January 2024.
  9. ^ "Tunku Ismail heads 83 award recipients". New Straits Times. 30 March 2015. Dicapai pada 26 January 2020.
  10. ^ "TMJ ketuai senarai 83 penerima anugerah Sultan Johor" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 30 March 2015. Dicapai pada 26 January 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor" (dalam bahasa Malay). Harian Metro. 31 March 2015. Dicapai pada 26 January 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 5 Jun 2024. Dicapai pada 16 Julai 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Raja Permaisuri Agong diwasalkan Darjah Kerabat Perak" (dalam bahasa Malay). Kosmo!. 15 Julai 2024. Dicapai pada 16 Julai 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ [1]

Pautan luar

sunting