1431H
Tahun Hijrah
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1431H. Untuk tahun 1431, lihat 1431. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1431 (nombor).
Tahun hijrah |
1429H 1430H - 1431H - 1432H 1433H |
Zulhijah
sunting- 5 Zulhijah - Sukan Asia ke-16 bermula di Guangzhou, Republik Rakyat China.
- 3 Zulhijah - Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
- 2 Zulhijah - Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
Zulkaedah
sunting- 28 Zulkaedah - Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan lebih 150 orang dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
- 23 Zulkaedah - Dilma Rousseff (gambar) memenangi pilihan raya dan bakal menjadi presiden wanita pertama Brazil.
- 20 Zulkaedah - Tianhe-I di Tianjin, China, menjadi superkomputer terpantas di dunia.
- 19 Zulkaedah - Setiausaha Agung UNASUR dan bekas Presiden Argentina, Néstor Kirchner meninggal pada usia 60 tahun.
- 18 Zulkaedah - Satu gempa bumi dan tsunami yang terhasil di persisiran Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.
- 16 Zulkaedah - Perdana Menteri Barbados David Thompson meninggal dunia dan digantikan oleh Freundel Stuart.
- 13 Zulkaedah - Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru (gambar).
- 11 Zulkaedah - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008, merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan.
- 10 Zulkaedah - Taufan Megi (gambar), antara ribut terkuat pernah direkodkan, bertemu daratan di Filipina.
- 6 Zulkaedah - Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi, India.
- 5 Zulkaedah - Kesemua 33 pelombong yang terperangkap selama 10 minggu di lombong di Copiapó, Chile, diselamatkan.
- 3 Zulkaedah - Penyanyi opera Australia Joan Sutherland meninggal dunia pada umur 83 tahun.
- 2 Zulkaedah - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur.
- 2 Zulkaedah - Antillen Belanda (gambar bendera) dibubarkan, dengan Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda, manakala Bonaire, Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.
Syawal
sunting- 29 Syawal - Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel.
- 26 Syawal - Faisal Shahzad dihukum penjara seumur hidup kerana cubaan pengeboman kereta di Times Square, bandar raya New York, A.S.
- 24 Syawal - Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru (gambar) di Delhi, India.
- 23 Syawal - Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 20 Syawal - Maatia Toafa terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu buat kali ke-2.
- 18 Syawal - Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan Presiden Hugo Chávez (gambar) mengekalkan majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen Venezuela.
- 8 Syawal - Pembunuhan ahli politik Pakistan Imran Farooq di London mencetuskan keganasan di kampung halamannya Karachi.
- 2 Syawal - Pastor Terry Jones dari gereja Dove World Outreach Center, Amerika Syarikat membatalkan upacara membakar al-Quran setelah mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia.
Ramadan
sunting- 30 Ramadan - Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.
- 28 Ramadan - Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard membentuk kerajaan minoriti selepas pilihan raya persekutuan Australia berkeputusan parlimen tergantung.
- 24 Ramadan - Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Pulau Selatan New Zealand, menyebabkan kerosakan meluas di Christchurch (gambar).
- 24 Ramadan - Hurikan Earl bertemu daratan sebagai hurikan Kategori 1 di Maritimes Kanada, meninggalkan hampir sejuta orang tanpa bekalan elektrik.
- 20 Ramadan - Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
- 12 Ramadan - Pelari Kenya David Lekuta Rudisha memecahkan rekod dunia 13 tahun dalam 800 meter di kejohanan IAAF di Berlin.
- 4 Ramadan - Sukan Olimpik Belia pertama, Olimpik Belia Singapura 2010 bermula di Singapura.
- 1 Ramadan - Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.
Syaaban
sunting- 28 Syaaban - Paul Kagame terpilih semula sebagai Presiden Rwanda.
- 26 Syaaban - Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.
- 24 Syaaban - Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan.
- 23 Syaaban - Lebih 50 orang disahkan maut dan ribuan lagi terpaksa berpindah akibat kebakaran liar di Daerah Persekutuan Pusat Rusia (gambar asap).
- 22 Syaaban - 63 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
- 21 Syaaban - Kebakaran sebuah bangunan di Nigel, Johannesburg, Afrika Selatan mengorbankan 22 orang.
- 18 Syaaban - Ratusan orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir teruk di utara Pakistan.
- 17 Syaaban - Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- 16 Syaaban - Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad, membunuh semua 152 di atas pesawat dalam bencana udara terdahsyat dalam sejarah Pakistan.
- 14 Syaaban - Kang Kek Iew (gambar) dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- 13 Syaaban - Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- 7 Syaaban - Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
- 5 Syaaban - Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong, Vietnam, selepas membinasakan Filipina, meninggalkan 74 orang maut.
- 3 Syaaban - Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- 3 Syaaban - BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon (gambar).
Rejab
sunting- 29 Rejab - Switzerland menolak permintaan ekstradisi A.S. terhadap pengarah filem Roman Polanski untuk dijatuhkan hukuman kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur pada 1977 .
- 28 Rejab - Satu siri serangan bom di Kampala, Uganda, membunuh 74 orang.
- 28 Rejab - Piala Dunia FIFA (gambar bola) berakhir dengan Sepanyol menewaskan Belanda untuk kejuaraan pertamanya.
- 27 Rejab - Lebih sejuta orang membantah di Barcelona menentang sekatan terhadap autonomi Catalonia dalam Sepanyol.
- 26 Rejab - Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencderakan 120 lagi.
- 24 Rejab - Bekas diktator Panama Manuel Noriega dihukum tujuh tahun penjara kerana melabur wang haram di Perancis.
- 21 Rejab - Pemangku Presiden Poland Bronisław Komorowski (gambar) memenangi pilihan raya khas presiden, menewaskan Jarosław Kaczyński dalam pusingan kedua.
- 21 Rejab - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
- 20 Rejab - Lebih 230 orang terbunuh dan 196 lagi cedera dalam satu letupan sebuah lori minyak yang terbalik di Republik Demokratik Congo.
- 18 Rejab - Senegal berkabung 3 hari sempena kematian Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké, Marabut Agung Muridiyyah.
- 18 Rejab - Pierre Nkurunziza terpilih semula sebagai Presiden Burundi dalam satu pilihan raya presiden.
- 17 Rejab - Hurikan Alex (gambar imej satelit), hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.
- 17 Rejab - Christian Wulff (gambar) terpilih menjadi Presiden Jerman.
- 17 Rejab - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.
- 16 Rejab - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
- 15 Rejab - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baru yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.
- 15 Rejab - Senator Amerika Syarikat paling lama berkhidmat, Robert Byrd meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- 15 Rejab - Bekas Presiden dan Perdana Menteri Lithuania Algirdas Brazauskas meninggal dunia pada usia 77 tahun.
- 13 Rejab - Perwakilan G-20 negara industri bersidang di Toronto, Kanada.
- 13 Rejab - Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.
- 11 Rejab - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
- 11 Rejab - Julia Gillard (gambar) menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.
- 10 Rejab - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- 9 Rejab - Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- 9 Rejab - Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
- 7 Rejab - Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia selepas memenangi pusingan kedua pemilihan presiden Colombia, 2010.
- 6 Rejab - Banjir meluas di selatan China mengorbankan lebih 210 orang, dengan sekitar 110 lagi masih hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.
- 3 Rejab - Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.
- 2 Rejab - Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
Jamadilakhir
sunting- 30 Jamadilakhir - Kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun untuk mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
- 29 Jamadilakhir - Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.
- 28 Jamadilakhir - Piala Dunia FIFA 2010 bermula di Afrika Selatan.
- 26 Jamadilakhir - Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
- 25 Jamadilakhir - Benigno Aquino III (gambar) bakal menjadi Presiden Filipina setelah disahkan memenangi pilihan raya presiden.
- 24 Jamadilakhir - Mahkamah India menyabitkan tujuh lelaki bersalah kecuaian jenayah dalam tugas mereka semasa tragedi Bhopal 1984.
- 23 Jamadilakhir - Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
- 21 Jamadilakhir - Naoto Kan menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Yukio Hatoyama meletak jawatan.
- 21 Jamadilakhir - Pihak berkuasa kesihatan Nigeria mengumumkan yang 163 orang telah maut akibat keracunan plumbum di Negeri Zamfara sejak Mac.
- 20 Jamadilakhir - Lebih 110 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu kebakaran besar di Dhaka, Bangladesh.
- 19 Jamadilakhir - Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.
- 17 Jamadilakhir - Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa, membunuh lebih 10 orang.
- 17 Jamadilakhir - Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.
- 16 Jamadilakhir - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
- 14 Jamadilakhir - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.
- 13 Jamadilakhir - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak Naxal.
- 12 Jamadilakhir - Grebe Alaotra (gambar), sejenis burung endemik di Madagascar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
- 12 Jamadilakhir - Lebih 70 orang terbunuh dalam kekacauan di Kingston, Jamaica, apabila kerajaan cuba menahan raja dadah Christopher Coke.
- 10 Jamadilakhir - Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.
- 9 Jamadilakhir - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- 8 Jamadilakhir - Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore, India.
- 6 Jamadilakhir - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.
- 5 Jamadilakhir - Selepas dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang kem Baju Merah (gambar) di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- 3 Jamadilakhir - Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
- 2 Jamadilakhir - Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.
- 2 Jamadilakhir - Pasukan badminton lelaki China dan wanita Korea memenangi Piala Thomas & Uber 2010.
- 1 Jamadilakhir - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 266 cedera selepas tentera kerajaan Thai bertempur dengan pembantah Baju Merah.
Jamadilawal
sunting- 29 Jamadilawal - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (gambar) dilancarkan untuk misi berjadual terakhirnya, menghantar modul Rassvet ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 28 Jamadilawal - Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 27 Jamadilawal - Penerbangan 771 Afriqiyah Airways terhempas berhampiran Tripoli, Libya, cuma seorang yang terselamat.
- 26 Jamadilawal - David Cameron (gambar) dari Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri United Kingdom, mengetuai satu kerajaan campuran dengan Nick Clegg dari Liberal Demokrat sebagai Timbalannya.
- 25 Jamadilawal - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- 24 Jamadilawal - Angkatan tentera Amerika Syarikat, British Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- 22 Jamadilawal - ICANN memperkenalkan kod negara antarabangsa pertama, membolehkan nama domain ditulis sepenuhnya dalam skrip bukan-Rumi.
- 22 Jamadilawal - Pilihan raya umum United Kingdom berkeputusan parlimen tergantung, dengan Parti Konservatif mendapat kerusi terbanyak.
- 20 Jamadilawal - Tiga orang terbunuh di Athens semasa bantahan dan mogok (gambar) terhadap cadangan jimat cermat bagi menangani krisis hutang Greece.
- 20 Jamadilawal - Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua meninggal pada umur 58 tahun, dan digantikan oleh Goodluck Jonathan.
- 18 Jamadilawal - United Airlines dan Continental bersetuju untuk bergabung, membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia.
- 16 Jamadilawal - Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square, New York City.
- 15 Jamadilawal - Pesta Sedunia terbesar dalam sejarah Expo 2010 (gambar) dibuka di Shanghai, China.
- 11 Jamadilawal - Parti Presiden Omar al-Bashir memenangi pilihan raya Sudan 2010.
- 11 Jamadilawal - Raja Albert menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Belgium Yves Leterme, selepas kerajaannya runtuh.
- 6 Jamadilawal - 11 orang hilang dikhuatiri mati selepas pelantar minyak Deepwater Horizon meletup dan menumpahkan minyak di Teluk Mexico.
- 6 Jamadilawal - Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu pimpinan Presiden Mahinda Rajapaksa, memenangi pilihan raya umum Sri Lanka 2010, mendapat 144 daripada 225 kerusi parlimen.
- 3 Jamadilawal - Larian Live Earth diadakan serentak di 39 negara.
Rabiulakhir
sunting- 30 Rabiulakhir - Abu gunung berapi daripada letusan Eyjafjallajökull (gambar) di Iceland menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah.
- 29 Rabiulakhir - Ribut kuat melanda Bangladesh dan timur India, mengorbankan lebih 140 orang.
- 29 Rabiulakhir - Lebih 2,100 orang terbunuh dalam gempa bumi di Yushu, Qinghai, China.
- 28 Rabiulakhir - Pemimpin lebih 40 negara di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, D.C. bersetuju akan satu rancangan melawan keganasan nuklear.
- 27 Rabiulakhir - Sebuah kereta api tergelincir di Merano, Itali, akibat tanah runtuh menyebabkan 9 orang maut.
- 25 Rabiulakhir - Kemalangan pesawat berhampiran Smolensk, Rusia, membunuh kesemua 96 orang atas kapal, termasuk Presiden Poland Lech Kaczyński (gambar) dan 42 pegawai Poland lain.
- 25 Rabiulakhir - Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
- 24 Rabiulakhir - Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi, Vietnam.
- 22 Rabiulakhir - Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina.
- 20 Rabiulakhir - Space Shuttle Discovery dilancarkan (gambar) dalam misi STS-131 membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 14 Rabiulakhir - Perlanggaran antara dua pancaran proton 3.5 TeV di Pelanggar Hadron Besar CERN mencatat rekod dunia untuk pelanggaran zarah buatan manusia bertenaga tertinggi.
- 13 Rabiulakhir - Dua pengeboman di stesen Metro Moscow Lubyanka (gambar) dan Park Kultury membunuh 39 orang.
- 10 Rabiulakhir - Korvet Tentera Laut Republik Korea Cheonan tenggelam selepas satu letupan, menyebabkan 46 anak kapal hilang.
- 8 Rabiulakhir - Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
- 6 Rabiulakhir - Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China.
- 1 Rabiulakhir - Tapak Warisan Dunia Uganda Kuburan Kasubi (gambar), di mana raja-raja Buganda dikuburkan, musnah terbakar.
Rabiulawal
sunting- 26 Rabiulawal - Satu siri serangan bom membunuh lebih 70 orang di Lahore, Pakistan.
- 25 Rabiulawal - Di Kazakhstan, 40 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi dipindahkan selepas Empangan Kyzyl-Agash pecah.
- 24 Rabiulawal - Carlos Slim Helu (gambar) menjadi orang pertama bukan dari A.S. mengungguli senarai jutawan Forbes sejak 1994.
- 24 Rabiulawal - Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh, Arab Saudi.
- 22 Rabiulawal - Gempa bumi di Wilayah Elâzığ Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
- 21 Rabiulawal - The Hurt Locker memenangi enam Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik.
- 21 Rabiulawal - Serangan antara agama menyebabkan lebih 500 kematian berhampiran Jos, Nigeria.
- 14 Rabiulawal - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir (gambar penutupan) di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
- 13 Rabiulawal - Gempa bumi 8.8 Mw (peta gempa) melanda persisiran Kawasan Maule di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan tsunami.
- 6 Rabiulawal - Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- 6 Rabiulawal - Banjir dan tanah runtuh di pulau Madeira, Portugal membunuh 43 orang.
- 6 Rabiulawal - Kerajaan campuran Belanda pimpinan Perdana Menteri Jan Peter Balkenende runtuh kerana isu pembaharuan misi tentera negara itu di Afghanistan.
- 5 Rabiulawal - Kesatuan Afrika menggantung keahlian Niger selepas terjadinya rampasan kuasa tentera di negara tersebut.
- 5 Rabiulawal - Menara masjid (gambar) sebuah masjid di Meknes, Maghribi, runtuh ketika solat Jumaat, membunuh 41 orang.
- 4 Rabiulawal - Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger, menahan Presiden Tandja Mamadou, dan menubuhkan junta tentera.
- 4 Rabiulawal - Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan, menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
- 4 Rabiulawal - Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- 2 Rabiulawal - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- 1 Rabiulawal - Dua kereta api bertembung berhampiran Halle, Belgium (gambar peta), membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
Safar
sunting- 29 Safar - Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
- 28 Safar - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 28 Safar - Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 11 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- 28 Safar - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- 27 Safar - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- 27 Safar - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 (gambar pembukaan) bermula di Vancouver, Kanada.
- 26 Safar - NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- 23 Safar - Laura Chinchilla (gambar) terpilih sebagai Presiden wanita pertama Costa Rica.
- 18 Safar - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
- 15 Safar - Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut, manakala Togo dilarang menyertai dua kejohanan berikutnya.
- 13 Safar - Toyota mengumumkan penarikan balik 8.5 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pecutan tidak disengajakan dan pepijat perisian.
- 10 Safar - Avatar James Cameron menjadi filem dengan perolehan kasar tertinggi, mengatasi rekod Titanic pada 1997.
- 9 Safar - Ali Hassan al-Majid, digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati.
- 6 Safar - Sultan Johor dan bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada umur 77 tahun.
- 4 Safar - Gegar penghujung kuat berukuran 5.9 Mw melanda Haiti seminggu selepas gempa bumi menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince (gambar) dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- 4 Safar - Lebih 200 orang maut dalam rusuhan beberapa hari antara Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria.
Muharam
sunting- 29 Muharam - Gerhana matahari anulus (gambar) paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika, Lautan Hindi dan Asia.
- 29 Muharam - Banjir di Kenya meragut 38 nyawa dan memaksa 40,000 penduduk berpindah.
- 28 Muharam - Dua bas berlanggar berhampiran Lae, Papua New Guinea, membunuh lebih 40 orang.
- 27 Muharam - Gempa bumi 7.0 Mw melanda Haiti, mengorbankan lebih 70,00 orang dan menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince.
- 27 Muharam - Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan.
- 26 Muharam - Lukisan Pantai di Pourville oleh artis Impresionis Claude Monet yang dicuri pada 2000, ditemui di Poland.
- 26 Muharam - Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika, disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli, dipamerkan kepada awam.
- 26 Muharam - Chile menerima pelawaan untuk menjadi ahli Amerika Selatan pertama Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
- 22 Muharam - Serangan terhadap bas pasukan bola sepak Togo mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri dari Piala Negara Afrika 2010.
- 22 Muharam - Beberapa gereja di Malaysia dibakar dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian.
- 18 Muharam - Burj Khalifa (gambar), struktur tertinggi pernah dibina, dibuka kepada awam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- 15 Muharam - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat, Wilayah Sempadan Barat Laut, Pakistan.
- 15 Muharam - Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.
- 15 Muharam - Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Gabon, Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 13 Muharam - Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid meninggal dunia.
- 10 Muharam - Penemuan makam seorang pemimpin zaman Tiga Kerajaan di China, Cao Cao (gambar potret) diumumkan.
- 7 Muharam - Bekas Presiden Venezuela Rafael Caldera meninggal dunia.
- 1 Muharam - Sukan Asia Tenggara 2009 berakhir dengan Thailand mendapat pingat emas terbanyak.