Umaru Musa Yar'Adua (16 Ogos 1951 – 5 Mei 2010) ialah bekas ahli politik Nigeria yang berkhidmat sebagai Presiden Nigeria ke-13 dari 2007 sehingga kematiannya pada Februari 2010. Beliau dikenali sebagai Alhaji Umaru Musa Yar'Adua. Bedliau menjadi Gabenor di Katsina pada 29 Mei 1999 hingga 28 MNei 2007. Dalam Pilihan raya Presiden Nigeria 2007 pada 21 april 2007 yang penuh kontroversi itu, Umaru diisytiharkan sebagai pemenang dan dilantik pada 29 Mei 2007. Beliau mewakili Parti Rakyat Demokratik (PDP).

Umaru Musa Yar'Adua
𞤓𞤥𞤢𞤪𞤵 𞤃𞤵𞤧𞤢 𞤒𞤢𞤪'𞤀𞤣𞤵𞤢
عمر موسى يارادوا
Presiden Nigeria
Dalam jawatan
29 Mei 2007 – 5 Mei 2010
Naib PresidenGoodluck Jonathan
Didahului olehOlusegun Obasanjo
Digantikan olehGoodluck Jonathan
Gabenor Katsina
Dalam jawatan
29 Mei 1999 – 29 Mei 2007
Didahului olehJoseph Akaagerger
Digantikan olehIbrahim Shema
Maklumat peribadi
Lahir(1951-08-16)16 Ogos 1951
Katsina, Nigeria
Mati5 Mei 2010(2010-05-05) (umur 58)
KewarganegaraanNigeria
Parti politikParti Democratik Rakyat (1998–kini)
Gabungan politik
lain
People's Redemption Party (Sebelum 1989)
Social Democratic Party (1989–1998)
PasanganTurai Yar'Adua (1975–2010)
Hauwa Umar Radda (1992–1997)
Tempat belajarBarewa College
Ahmadu Bello University

Kehidupan awal

sunting

Yar'Adua dilahirkan dalam keluarga Fulani di Katsina.Ayahnya, seorang bekas Menteri Lagos , memegang gelaran kerajaan Mutawalli (penjaga harta) dari Emirat Katsina.

Bersekolah di Sekolah Rendah Rafukka pada tahun 1958.Kemudian berpindah ke Asrama Dutsinma Sekolah Dasar tahun 1962. Sambung belajar di Government College di Keffi (1965-1969). Pada tahun 1971, beliau menerima Higher School Certificate dari Barewa College . Seterusnya belajar di Ahmadu Bello University di Zaria (1972-1975) dan menjadapat ijazah BSc di bidang Pendidikan dan Kimia. Pada 1978 mendapat ijazah sarjana M. Sc dalam jurusan Kimia Analitik .

Meninggal dunia

sunting

Pada 5 Mei 2010, Umaru Yar’Adua meninggal dunia setahun sebelum pemilihan kepimpinan kerajaan diadakan.Penasihat keselamatan kebangsaan Nigeria, Aliyu Gusau mengumumkan pemangku presiden Goodluck Jonathan tentang kematian Umaru. Saluran televisyen swasta, Silverbird melaporkan Umaru berada di Jeddah, Arab Saudi untuk rawatan masalah jantungnya.