Freundel Stuart
Freundel Jerome Stuart (lahir c. 1951) merupakan Perdana Menteri Barbados yang ketujuh.[1][2] Beliau mengambil alih jawatan David Thompson yang meninggal dunia akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.[3][4] Beliau merupakan ahli Parti Buruh Demokratik (DLP).
Freundel Stuart | |
---|---|
![]() | |
Perdana Menteri Barbados | |
Menyandang jawatan 23 Oktober 2010 | |
Raja | Elizabeth II |
Gabenor Agung | Clifford Husbands |
Didahului oleh | David Thompson |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1951? Saint Philip, Barbados |
Parti politik | Parti Buruh Demokratik |
Tempat belajar | Universiti Hindia Barat |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Biografi
suntingKehidupan dan kerjaya awal
suntingStewart lahir di Saint Philip, Barbados.[5] Beliau merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan yang mengkaji sosiologi di kampus Universiti Hindia Barat di Cave Hill Campus di Barbados.[6]
Beliau sendiri juga merupakan lepasan Universiti Hindia Barat yang memegang ijazah sains politik dan undang-undang.[6] Beliau merupakan seorang peguam yang berpraktikkan undang-undang jenayah dan korporat.[6]
Kerjaya politik
suntingFreundel Stuart merupakan seorang penyokong setia Parti Buruh Demokratik yang pernah berkhidmat sebagai Presiden parti. Beliau mewakili kawasan parlimen St. Michael South.
Perdana Menteri
suntingStuart bertugas sebagai pemangku Perdana Menteri Barbados sejak Mei 2010 apabila David Thompson uzur akibat barah pankreas.[6] Thompson meninggal dunia akibat penyakit itu pada 23 Oktober 2010.[5] Para pemimpin Parti Buruh Demokratik mengadakan mesyuarat gempar di ibu pejabat parti di George Street, Bridgetown pada pagi hari pemergian Thompson, untuk melantik Stewart sebagai Perdana Menteri.[5]
Freundel Stewart mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Barbados yang ketujuh pada 23 Oktober 2010, di hadapan Gabenor Jeneral Clifford Husbands.[5]
Rujukan
sunting- ^ Staff writers (23 Oktober 2010). "Breaking News: Cabinet members to be re-confirmed this afternoon". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-11. Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters:
|pmd=
dan|trans_title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Staff writer (23 October 2010). "Stuart sworn in Prime Minister". Nation Newspaper (dalam bahasa English). Dicapai pada 23 Oktober 2010. Cite has empty unknown parameters:
|pmd=
dan|trans_title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal] - ^ Staff writer. "Urgent Barbados Death: Barbados Prime Minister David Thompson is dead" (dalam bahasa English). Caribbean News Agency (CANA). Dicapai pada 23 October 2010. Cite has empty unknown parameters:
|pmd=
dan|trans_title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "New Barbados PM to be sworn in". RJR News. 23 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 23 October 2010.
- ^ a b c d "Barbados' Seventh PM". Trinidad & Tobago's Newsday. 2010-10-25. Dicapai pada 2010-10-25.
- ^ a b c d "Meet Barbados' New Prime Minister". CaribWorldNews. 2010-10-23. Dicapai pada 2010-10-25.
Pautan luar
suntingJawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh David Thompson |
Perdana Menteri Barbados 2010–kini |
Pemegang jawatan kini |