Piala Negara Afrika 2010
Piala Negara Afrika 2010, juga dikenali sebagai Piala Negara Afrika Orange atas sebab tajaan, ialah Piala Negara-Negara Afrika ke-27, kejohanan bola sepak setiap dua tahun Afrika (CAF). Ia diadakan di Angola, di antara 10 Januari 2010 dan 31 Januari.[1][2]
Taça de África das Nações de 2010 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Angola |
Tarikh | 10 Januari – 31 Januari |
Pasukan | 15 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 4 (di 4 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Mesir (Kejuaraan Ke-7) |
Naib Juara | Ghana |
Tempat Ketiga | Nigeria |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 29 |
Jaringan gol | 71 (2.45 per perlawanan) |
Kehadiran | 543,500 (18,741 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Geddo (5 gol) |
Pemain terbaik | Ahmed Hassan |
Dalam pertandingan ini, tuan rumah Angola dijangka disertai dengan 15 negara yang berjaya melayakkan diri dari kalangan 53 pasukan kebangsaan Afrika. Bagaimanapun, penarikan diri Togo selepas serangan pengganas terhadap basnya ketika tiba di Angola menyebabkan hanya 15 pasukan menyertai kejohanan ini. Sejumlah 29 perlawanan dimainkan, kurang daripada 32 yang dijadualkan. Mesir memenangi pertandingan ini, gelaran PNA ke-7 mereka dalam sejarah dan mencatat rekod kali ketiga berturut-turut, menewaskan Ghana 1–0 dalam perlawanan akhir.[3]
Serangan terhadap pasukan Togo
suntingPada 8 Januari 2010, bas pasukan bola sepak kebangsaan Togo diserang oleh orang-orang bersenjata api di Cabinda, Angola semasa dalam perjalanan ke kejohanan ini. Jurucakap persekutuan bola sepak Togo menyatakan pembantu jurulatih Amalete Abalo dan pegawai akhbar Stanislaud Ocloo telah maut selain pemandu bas. Kumpulan pemisah FLEC mengaku bertanggungjawab. Pasukan Togo menarik diri keesokan harinya. Para pemain pada mulanya berhasrat terus bertanding untuk memperingati mereka yang terkorban, tetapi diarahkan pulang oleh kerajaan Togo.[4] Penyertaan Togo dibatalkan secara rasmi selepas tidak menghadiri perlawaan pembukaan Kumpulan B mereka menentang Ghana pada 11 Januari.
Pada 30 Januari 2010, CAF melarang Togo daripada menyertai dua kejohanan Piala Negara Afrika yang seterusnya dan mendenda mereka $50,000; CAF mendakwa hukuman ini dijatuhkan kerana penglibatan kerajaan dalam penarikan diri dari pertandingan. Togo tidak dapat bertanding sehingga edisi 2016.[5]
Lokasi
suntingBandar | Stadium | Kapasiti |
---|---|---|
Luanda | Estádio 11 de Novembro | 50,000 |
Cabinda | Estádio Nacional do Chiazi | 20,000 |
Benguela | Estádio Nacional de Ombaka | 35,000 |
Lubango | Estádio Nacional da Tundavala | 20,000 |
Perlawanan
suntingSemua waktu tempatan (UTC+1)
Peringkat kalah mati
suntingSuku Akhir | Separuh Akhir | Perlawanan Akhir | ||||||||
24 Januari – Luanda | ||||||||||
Angola | 0 | |||||||||
28 Januari – Luanda | ||||||||||
Ghana | 1 | |||||||||
Ghana | 1 | |||||||||
25 Januari – Lubango | ||||||||||
Nigeria | 0 | |||||||||
Zambia | 0 (4) | |||||||||
31 Januari – Luanda | ||||||||||
Nigeria (pen.) | 0 (5) | |||||||||
Ghana | 0 | |||||||||
24 Januari – Cabinda | ||||||||||
Mesir | 1 | |||||||||
Côte d'Ivoire | 2 | |||||||||
28 Januari – Benguela | ||||||||||
Algeria (s.m.t.) | 3 | |||||||||
Algeria | 0 | Tempat Ketiga | ||||||||
25 Januari – Benguela | ||||||||||
Mesir | 4 | |||||||||
Mesir (s.m.t.) | 3 | Nigeria | 1 | |||||||
Cameroon | 1 | Algeria | 0 | |||||||
30 Januari – Benguela | ||||||||||
Perlawanan akhir
suntingJuara
sunting Piala Negara Afrika Juara 2010 |
---|
Mesir Juara ketujuh |
Tempat ke-2 | Tempat ke-3 |
---|---|
Ghana | Nigeria |
Rujukan
sunting- ^ "Angola to host 2010 Nations Cup". BBC Sport. 2006-09-04. Dicapai pada 2006-09-27.
- ^ "Camino a la Copa Africana de Naciones Angola 2010". Fox Sport. 2009-02-20.
- ^ "Ghana 0–1 Egypt". BBC Sport. 2010-01-31. Dicapai pada 2010-01-31.
- ^ "Togo head home as Africa Cup of Nations gets under way". BBC Sport. 2010-01-10.
- ^ "Togo handed two-tournament Nations Cup suspension". ESPN Soccernet. 2010-01-30.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Piala Negara Afrika 2010 |
- Tapak rasmi
- Dossier on African Cup of Nations – Radio France Internationale
- African Cup of Nations Guide Diarkibkan 2009-12-27 di Wayback Machine
- African Cup of Nations Diarkibkan 2010-07-15 di Wayback Machine – (Arab)
- 2010 Africa Cup of Nations at ESPN Diarkibkan 2013-02-01 di Wayback Machine