Sukan Komanwel 2010
Sukan Komanwel 2010 adalah Sukan Komanwel kesembilan belas, dan kesembilan yang dianjurkan di bawah nama tersebut. Temasya ini berlangsung di New Delhi, India antara 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010, acara pelbagai sukan yang terbesar di Delhi dan khususnya India, yang sebelum ini pernah menganjurkan Sukan Asia pada 1951 dan 1982. Upacara pembukaan dan penutup diadakan di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi. Ia adalah kali pertama Sukan Komanwel akan diadakan di India dan kali kedua acara diadakan di Asia (selepas 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia). Seramai 6,081 atlet daripada 71 pasukan Komanwel bertanding dalam 21 sukan dan 272 acara.
Bandar tuan rumah | Delhi, India |
---|---|
Cogan kata | Come out and play |
Penyertaan negara | 71 kontinjen Komanwel |
Penyertaan atlet | 6,081 |
Acara | 272 acara dalam 21 disiplin |
Upacara pembukaan | 3 Oktober |
Upacara penutupan | 14 Oktober |
Pembukaan dirasmikan oleh | Putera Wales dan Pratibha Patil, Presiden India |
Pembaca ikrar atlet | Abhinav Bindra |
Queen's Baton Final Runner | Sushil Kumar |
Lagu kebangsaan | Jeeyo Utho Badho Jeeto (AR Rahman) |
Stadium utama | Stadium Jawaharlal Nehru |
Laman sesawang | cwgdelhi2010.org |
Pembidaan
suntingDua pembida utama untuk Sukan Komanwel 2010 datang dari Delhi, India dan Hamilton, Ontario, Kanada. Undian ahli diadakan di Perhimpunan Am Persekutuan Sukan Komanwel di Montego Bay, Jamaica pada November 2003. Delhi menang 46 undian berbanding 22 untuk mengesahkan kejayaan pertama India mendapat hak penganjuran Sukan Komanwel. Ini juga percubaan Kanada untuk menganjurkan temasya ini buat kali kelima.[1][2][3] Cogan kata bidaan India ketika itu adalah New Frontiers and Friendships (Sempadan dan Persahabatan Baru).[4]
India mendapat kelebihan di pusingan kedua proses mengundi dengan janji bahawa AS$100,000 akan dihulurkan kepada setiap negara peserta, di samping tiket dan khidmat penerbangan, penginapan dan pengangkutan[5]. Kejayaan Sukan Afro-Asia 2003 di Hyderabad juga menunjukkan bahawa India mempunyai sumber, prasarana dan pengetahuan teknikal untuk menganjurkan temasya sukan besar-besaran. India juga memberi penghargaan kepada Latif Butt, bekas naib presiden Majlis Olimpik Asia, atas sokongan yang diberikannya dalam kejayaan merangkul hak penganjuran Sukan Komanwel, dengan berucap, "Kamu telah memainkan peranan penting dalam peruntukan Sukan Komanwel 2010 kepada India. Usaha sebegini wajar dicontohi oleh semua yang berkenaan di Pakistan dan India. Tidak dinafikan bahawa jika kedua-dua pihak terus berpandukan impian sedemikian, suatu hari nanti generasi akan datang akan beroleh hasilnya dan bersyukur atas sesiapa yang melakukan sumbangan ini, iaitu semestinya kamu."[4] Kerajaan India menyatakan bahawa pihaknya akan menaja jamin perbelanjaan keseluruhan temasya.[6]
Penganjuran
suntingJawatankuasa penganjur
suntingJarnail Singh merupakan CEO manakala Suresh Kalmadi adalah ketua jawatankuasa penganjur.
Kos
suntingJumlah bajet rasmi dianggarkan untuk penganjuran temasya ini adalah ₹ 114,940,000,000 dan ini tidak termasuk pembangunan infrastruktur tidak berkaitan sukan dalam bandar raya seperti lapangan terbang, jalan dan infrastruktur lain.[7].
Lambang
suntingMaskot
suntingMaskot rasmi Sukan Komanwel 2010 ialah Shera, seekor harimau bersifat manusia.[8] Namanya berasal dari "Sher", yang bermaksud harimau atau singa dalam bahasa Hindi basahan.
Lagu rasmi
suntingLagu rasmi Sukan Komanwel 2010 Jiyo Utho Bado Jeeto digubah dan dipersembahkan oleh pemuzik India, A. R. Rahman.[9] Judulnya berasaskan slogan temasya, iaitu "Come out and play". Seni katanya ditulis oleh Mehboob dalam bahasa Hindi dengan sedikit kata-kata Inggeris. Lagu ini keluar pada 28 Ogos 2010. Video muziknya diarah oleh Bharath Bala, keluar pada 23 September dengan versi lagu yang lebih pendek.
Kalendar
suntingKalendar rasmi Sukan Komanwel 2010 adalah seperti berikut:[10]
● | Upacara pembukaan | ● | Acara pertandingan | ● | Upacara penutupan |
Acara sukan
suntingTerdapat 17 sukan dirancang untuk Sukan Komanwel 2010.
|
|
Pungutan pingat
suntingKed. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Australia | 74 | 55 | 48 | 177 |
2 | India | 38 | 27 | 36 | 101 |
3 | England | 37 | 59 | 46 | 142 |
4 | Kanada | 26 | 17 | 32 | 75 |
5 | Afrika Selatan | 12 | 11 | 10 | 33 |
6 | Kenya | 12 | 11 | 9 | 32 |
7 | Malaysia | 12 | 10 | 13 | 35 |
8 | Singapura | 11 | 11 | 9 | 31 |
9 | Nigeria | 11 | 10 | 14 | 35 |
10 | Scotland | 9 | 10 | 7 | 26 |
Jumlah Keseluruhan | 272 | 274 | 282 | 828[11] |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ New Delhi to host 2010 Commonwealth Games. The Age (2003-11-14). Retrieved on 2010-04-02.
- ^ 2010 Commonwealth Games. Commonwealth Games Federation. Diterima pada 2010-04-02.
- ^ The Report of the Commonwealth Games Evaluation Commission for the 2010 Commonwealth Games. Commonwealth Games Federation. Retrieved on 2010-04-02.
- ^ a b Commonwealth Games 2010 in New Delhi: Pakistan played important role. [[Daily Times (Pakistan)|]] (2010-04-13). Retrieved on 2010-04-23.
- ^ "Commonwealth Games: Corruption and Pride, a debate". Theworldreporter.com. 2010-09-29. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ India wins bid to host 2010 Commonwealth Games in New Delhi. The Press Trust of India Ltd (2003-11-14). Retrieved on 2010-04-23.
- ^ [1]
- ^ "Shera — the friendly tiger will be the mascot for the 2010 Commonwealth Games, Financial Express, 9 March 2006". Dicapai pada 2010-03-05.
- ^ "Jiyo, Utho, Bado, Jeeto..." Yahoo. Dicapai pada 2010-08-29.
- ^ "Competition Schedule". Organising Committee Commonwealth Games 2010 Delhi. Dicapai pada 16 April 2010.
- ^ "Official Medal table".
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sukan Komanwel 2010 |
- Official homepage of 2010 Commonwealth Games
- 2010 Commonwealth Games at the CGF website
- 2010 Commonwealth Games - What is it about the Commonwealth? Diarkibkan 2011-05-26 di Wayback Machine
Didahului oleh: Melbourne |
Sukan Komanwel Bandar tuan rumah Sukan Komanwel XIX |
Diikuti oleh: Glasgow |