Presiden Venezuela

Presiden Venezuela (Sepanyol: Presidente de Venezuela) merupakan ketua negara dan ketua kerajaan Venezuela. Sistem presiden semasa memperuntukkan tempoh 6 tahun bagi setiap penggal sehingga pilihan raya baru diadakan semula. Dalam pada itu pungutan undi boleh diadakan bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun presiden berkuasa.

Presiden
Republik Bolivarian Venezuela
Presidente de la República Bolivariana de Venezuela
Standard Presiden Venezuela
Meterai presiden
Penyandang
Nicolás Maduro
sejak 5 Mac 2013
GelaranMr. President
(Señor Presidente)
Yang Mulia
(Su Excelencia)
Anggota bagiCabinet of Venezuela (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaVenezuela Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiCabinet of Venezuela (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanLa Casona
PusatMiraflores Palace, Caracas
Dilantik olehPilihan raya undi popular
Tempoh jawatan6 tahun,
tiada had penggal
Penjawat sulungCristóbal Mendoza (Republik pertama)
José Antonio Páez (Negeri Venezuela)
Dibentuk13 Januari 1830
Timbalan/naibNaib Presiden
Gaji4,068 USB sebulan[1]
SenaraiList of presidents of Venezuela (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webpresidencia.gob.ve
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan presiden diberi kepada seseorang yang memenangi dalam pilihan raya sebagaimana deklarasi kemerdekaan selepas era pemerintahan penjajahan Sepanyol di Venezuela yang bermula 5 Julai 1811. Presiden pertama negara Venezela ialah Cristobal Mendoza.

Selepas kemerdekaan menerusi Peperangan Amerika Selatan dan selepas era Gran Colombia, ia dikenali sebagai Venezuela sekarang. Ada tempoh kekosongan antara tahun 1814 hingga 1819. Kongres Angostora telah melantik Simon Bolivar menjadi Ketua Pemerintah Republik Venezuela dari 1819 hingga 1830. Senarai dibawah termasuk tokoh pemangku jawatan presiden.

Senarai Presiden Venezuela

sunting

Kata kunci gabungan

sunting
Singkatan Nama parti (Inggeris) Nama parti (Sepanyol) Tahun
PC Parti Konservatif Partido Conservador 1830-1851, 1890-1892
PL Parti Liberal Gran Partido Liberal de Venezuela 1851-1858, 1859-1861, 1868-1869, 1870-1887, 1888-1890, 1892, 1898-1899
Tentera Angkatan Tentera Negara Republik Venezuela Fuerza Armada Nacional de la República de Venezuela 1858-1859, 1861-1868, 1869-1870, 1892-1898, 1899-1913, 1922-1929, 1931-1935, 1948-1950, 1952-1958
Ahli politik bebas Político independiente 1859, 1868, 1887-1888, 1913-1922, 1929-1931, 1935-1941, 1950-1952, 1958-1959
PDV Parti Demokratik Venezuela Partido Democrático Venezolano 1941–1945
AD Tindakan Demokratik Acción Democrática 1945-1948, 1959-1969, 1974-1979, 1984-1994
COPEI COPEI Comité de Organización Política Electoral Independiente 1969-1974, 1979-1984
Konvergensi Nasional Konvergensi Nasional Convergencia Nacional 1994-1999
MVR-PSUV Pergerakan Republik KelimaParti Sosialis Bersatu Movimiento Quinta República-Partido Socialista Unido de Venezuela 1999-sekarang

Presiden Venezuela sejak kemerdekaan (1830–sekarang)

sunting

Senarai di bawah termasuk "sementara" serta presiden berkhidmat tetap, dan presiden yang dilantik secara demokratik serta yang dilantik melalui cara lain (Contoh: Marcos Pérez Jiménez).[2][3][4][5][6][7][8][9]

Negeri Venezuela (1830–1864)

sunting
  Presiden Negeri Venezuela  
      Parti Konservatif (7)

      Parti Liberal (3)       Bebas (1)       Kerajaan tentera (3)

No.
[note 1]
Potret Presiden
(Lahir–Meninggal dunia)
Pilihan raya Mula Akhir Tempoh jawatan Parti politik
1   José Antonio Páez
(1790–1873)
1831 13 Januari 1830 20 Januari 1835 5 tahun, 7 hari Parti Konservatif
2   Andrés Narvarte
(1781–1853)
20 Januari 1835 9 Februari 1835 20 hari Parti Konservatif
3   José María Vargas
(1786–1854)
1835 9 Februari 1835 9 Julai 1835 150 hari Parti Konservatif
4   José María Carreño
(1792–1849)
27 Julai 1835 20 Ogos 1835 24 hari Parti Konservatif
(3)   José María Vargas
(1786–1854)
20 Ogos 1835 24 April 1836 248 hari Parti Konservatif
(2)   Andrés Narvarte
(1781–1853)
24 April 1836 20 Januari 1837 271 hari Parti Konservatif
(4)   José María Carreño
(1792–1849)
27 Januari 1837 11 Mac 1837 43 hari Parti Konservatif
5   Carlos Soublette
(1789–1870)
11 Mac 1837 1 Februari 1839 1 tahun, 327 hari Parti Konservatif
(1)   José Antonio Páez
(1790–1873)
1839 1 Februari 1839 28 Januari 1843 3 tahun, 361 hari Parti Konservatif
(5)   Carlos Soublette
(1789–1870)
1843 28 Januari 1843 20 Januari 1847 3 tahun, 357 hari Parti Konservatif
6   José Tadeo Monagas
(1784–1868)
1847 20 Januari 1847 5 Februari 1851 4 tahun, 16 hari Parti Konservatif
7   José Gregorio Monagas
(1795–1858)
1851 5 Februari 1851 20 Januari 1855 3 tahun, 349 hari Parti Liberal
(6)   José Tadeo Monagas
(1784–1868)
1855 20 Januari 1855 15 Mac 1858 3 tahun, 54 hari Parti Liberal
8   Pedro Gual
(1783–1862)
15 Mac 1858 18 Mac 1858 2 hari Parti Liberal
9   Julián Castro
(1810–1875)
18 Mac 1858 2 Ogos 1859 1 tahun, 137 hari Tentera
(8)   Pedro Gual
(1783–1862)
2 Ogos 1859 29 September 1859 58 hari Bebas
10   Manuel Felipe de Tovar
(1803–1866)
1860 29 September 1859 20 Mei 1861 1 tahun, 233 hari Parti Liberal
(8)   Pedro Gual
(1783–1862)
20 Mei 1861 29 Ogos 1861 101 hari Parti Liberal
(1)   José Antonio Páez
(1790–1873)
29 Ogos 1861 15 Jun 1863 1 tahun, 290 hari Tentera
11   Juan Crisóstomo Falcón
(1820–1870)
1864 15 Jun 1863 25 April 1868 4 tahun, 315 hari Tentera

Amerika Syarikat Venezuela (1864–1953)

sunting
  Presiden Amerika Syarikat Venezuela  
      Tindakan Demokratik (3)       Parti Konservatif (1)

      Parti Liberal (8)       Bebas (6)       Kerajaan tentera (6)

No.
[note 1]
Portrait President
(Lahir–Meninggal)
Pilihan raya Mula Akhir Tempoh jawatan Parti politik
(11)   Juan Crisóstomo Falcón
(1820–1870)
15 Jun 1863 25 April 1868 4 tahun, 315 hari Tentera
12   Manuel Ezequiel Bruzual
(1832–1868)
25 April 1868 28 Jun 1868 64 hari Bebas
13   Guillermo Tell Villegas
(1823–1907)
28 Jun 1868 20 Februari 1869 237 hari Parti Liberal
14   José Ruperto Monagas
(1831–1880)
20 Februari 1869 16 April 1870 1 tahun, 55 hari Tentera
(13)   Guillermo Tell Villegas
(1823–1907)
16 April 1870 27 April 1870 11 hari Parti Liberal
15   Antonio Guzmán
(1829–1899)
1873 27 April 1870 27 Februari 1877 6 tahun, 306 hari Parti Liberal
16   Francisco Linares
(1825–1878)
1877 27 Februari 1877 30 November 1878[note 2] 1 tahun, 276 hari Parti Liberal
17   José Gregorio Valera
(1826–1896)
30 November 1878 26 Februari 1879 88 hari Parti Liberal
(15)   Antonio Guzmán
(1829–1899)
1882 26 Februari 1879 26 April 1884 5 tahun, 60 hari Parti Liberal
18   Joaquín Crespo
(1830–1898)
26 April 1884 15 September 1886 2 tahun, 142 hari Parti Liberal
(15)   Antonio Guzmán
(1829–1899)
15 September 1886 8 Ogos 1887 327 hari Parti Liberal
19   Hermógenes López
(1830–1898)
8 Ogos 1887 2 Julai 1888 329 hari Bebas
20   Juan Pablo Rojas
(1826–1905)
1888 2 Julai 1888 19 Mac 1890 1 tahun, 260 hari Parti Liberal
21   Raimundo Andueza
(1846–1900)
1890 19 Mac 1890 17 Jun 1892 2 tahun, 90 hari Parti Konservatif
(13)   Guillermo Tell Villegas
(1823–1907)
17 Jun 1892 31 Ogos 1892 75 hari Parti Liberal
22   Guillermo Tell Villegas
(1854–1949)
31 Ogos 1892 7 Oktober 1892 37 hari Parti Liberal
(18)   Joaquín Crespo
(1841–1898)
1894 7 Oktober 1892 28 Februari 1898 5 tahun, 144 hari Tentera
23   Ignacio Andrade
(1839–1925)
1898 28 Februari 1898 20 Oktober 1899 1 tahun, 234 hari Parti Liberal
24   Cipriano Castro
(1858–1924)
20 Oktober 1899 19 Disember 1908 9 tahun, 60 hari Tentera
25   Juan Vicente Gómez
(1857–1935)
1908 19 Disember 1908 5 Ogos 1913 4 tahun, 229 hari Tentera
26   José Gil
(1861–1943)
5 Ogos 1913 19 April 1914 257 hari Bebas
27   Victorino Márquez
(1858–1941)
1914 19 April 1914 24 Jun 1922 8 tahun, 66 hari Bebas
(25)   Juan Vicente Gómez
(1857–1935)
1922 24 Jun 1922 30 Mei 1929 6 tahun, 340 hari Tentera
28   Juan Bautista Pérez
(1869–1952)
1929 30 Mei 1929 13 Jun 1931 2 tahun, 14 hari Bebas
(25)   Juan Vicente Gómez
(1857–1935)
1931 13 Jun 1931 17 Disember 1935[note 2] 4 tahun, 187 hari Tentera
29   Eleazar López
(1883–1973)
1936 18 Disember 1935 5 Mei 1941 5 tahun, 138 hari Bebas
30   Isaías Medina
(1897–1953)
1941 5 Mei 1941 18 Oktober 1945 4 tahun, 166 hari Parti Demokratik
31   Rómulo Betancourt
(1908–1981)
18 Oktober 1945 17 Februari 1948 2 tahun, 122 hari Tindakan Demokratik
32   Rómulo Gallegos
(1884–1969)
1947 17 Februari 1948 24 November 1948 281 hari Tindakan Demokratik
33   Carlos Delgado
(1909–1950)
24 November 1948 13 November 1950[note 2] 1 tahun, 354 hari Tentera
34   Germán Suárez
(1907–1990)
27 November 1950 2 Disember 1952 2 tahun, 5 hari Bebas

Republik Venezuela (1953–1999)

sunting

Venezuela mengambil nama Republik Venezuela (Sepanyol: República de Venezuela) dengan menerima perlembagaan 1953, yang ditulis oleh Dewan Perlembagaan yang dipilih pada November 1952. Presiden Venezuela di bawah perlembagaan ini (serta Perlembagaan 1961, yang mengekalkan nama) secara rasmi digayakan sebagai Presiden Republik Venezuela.

Tempoh sejarah Venezuela ini bermula dengan pemerintah diktator, Marcos Pérez Jiménez.[10][11] Selepas tempoh singkat ketidakstabilan politik berikutan pembuangan Pérez Jiménez pada tahun 1958, demokrasi telah dipulihkan di negara ini dengan pemilihan pemimpin Tindakan Demokratik, Rómulo Betancourt sebagai presiden pada tahun 1959. Ini menandakan permulaan zaman demokrasi, bermula dengan Pakatan Puntofijo dan yang dicirikan oleh kelaziman bipartidisme dua parti politik utama di negara pada masa itu, Tindakan Demokratik dan Copei.

Ketika Carlos Andrés Pérez menjadi presiden kali kedua pada tahun 1989 hingga 1993 telah menyaksikan krisis ekonomi yang mendalam, satu siri rusuhan besar yang dikenali sebagai Caracazo pada tahun 1989, di mana ratusan terbunuh oleh pasukan keselamatan, dua percubaan rampasan kuasa pada tahun 1992, dan pemecatan Pérez pada tahun 1993. Pada tahun yang sama, Rafael Caldera menjadi Presiden Venezuela pertama yang tidak tergolong dalam Tindakan Demokratik atau Copei dalam lebih 40 tahun, setelah dipilih di bawah panji Penumpuan Nasional. Bipartidisme berakhir pada tahun 2000 apabila perlembagaan baharu dikuatkuasakan.

  Presiden Republik Venezuela  
      Tindakan Demokratik (5)

      Copei (2)       Konvergensi Nasional (1)       Bebas (2)       Kerajaan tentera (1)

No.
[note 1]
Portrait Presiden
(Lahir–Meninggal dunia)
Pilihan raya Mula Akhir Tempoh jawatan Parti politik
35   Marcos Pérez
(1914–2001)
1952 2 Disember 1952 23 Januari 1958 5 tahun, 52 hari Tentera
36   Wolfgang Larrazábal
(1911–2003)
23 Januari 1958 14 November 1958[note 3] 295 hari Bebas
37   Edgar Sanabria
(1911–1989)
14 November 1958 13 Februari 1959[note 3] 91 hari Bebas
(31)   Rómulo Betancourt
(1908–1981)
1958 13 Februari 1959 11 Mac 1964 5 tahun, 27 hari Tindakan Demokratik
38   Raúl Leoni
(1905–1972)
1963 11 Mac 1964 11 Mac 1969 5 tahun Tindakan Demokratik
39   Rafael Caldera
(1916–2009)
1968 11 Mac 1969 12 Mac 1974 5 tahun, 1 hari Copei
40   Carlos Andrés Pérez
(1922–2010)
1973 12 Mac 1974 12 Mac 1979 5 tahun Tindakan Demokratik
41   Luis Herrera
(1925–2007)
1978 12 Mac 1979 2 Februari 1984 4 tahun, 327 hari Copei
42   Jaime Lusinchi
(1924–2014)
1983 2 Februari 1984 2 Februari 1989 5 tahun Tindakan Demokratik
(40)   Carlos Andrés Pérez
(1922–2010)
1988 2 Februari 1989 21 Mei 1993[note 4] 4 tahun, 108 hari Tindakan Demokratik
43   Octavio Lepage
(1923–2017)
21 Mei 1993 5 Jun 1993 15 hari Tindakan Demokratik
44   Ramón J. Velásquez
(1916–2014)
5 Jun 1993 2 Februari 1994 242 hari Tindakan Demokratik
(39)   Rafael Caldera
(1916–2009)
1993 2 Februari 1994 2 Februari 1999 5 tahun Konvergensi Nasional

Republik Bolivarian Venezuela (1999–sekarang)

sunting

Venezuela menjadi "Republik Bolivarian Venezuela" (Sepanyol: República Bolivariana de Venezuela) dengan menerima perlembagaan 1999 yang menamakan semula negara itu, dimana itu sebagai penghormatan kepada Simón Bolívar. Perlembagaan baharu telah diisytiharkan oleh Presiden Hugo Chávez, yang berkhidmat sebagai de jure dari 1999 sehingga kematiannya pada 2013. Perlembagaan baharu menambah tempoh jawatan presiden daripada lima tahun kepada enam tahun.

Jawatan presiden Chávez telah terganggu tidak lama pada tahun 2002 berikutan cubaan rampasan kuasa yang meletakkan Pedro Carmona memegang jawatan selama sehari. Selepas pasukan setia kerajaan menggulingkan Carmona daripada Miraflores, Naib Presiden, Diosdado Cabello mengambil alih kawalan eksekutif selama beberapa jam sehingga Chávez dapat dipulihkan. Pada tahun 2009, referendum perlembagaan meluluskan penghapusan had penggal, yang membenarkan Chávez dipilih semula pada 2012. Bagaimanapun, Chávez meninggal dunia pada Mac 2013, hanya tiga bulan dalam penggal keempatnya, dan digantikan oleh naib presidennya, Nicolás Maduro, yang dipilih pada bulan berikutnya untuk menamatkan penggal Chávez, menguatkuasakan majoriti dasar ekonomi Chávez.

Di bawah Maduro, Venezuela telah menyaksikan peningkatan dalam pengangguran, kekurangan barang, penutupan beberapa syarikat, dan kemerosotan produktiviti. Maduro – yang telah melihat penurunan mendadak dalam penilaian kelulusannya berhubung kaitan dengan kejatuhan ekonomi, dan menjadi subjek referendum penarikan balik 2016 untuk menyingkirkannya daripada jawatan dan kemudian digantung[12] – telah dikritik kerana apa yang dianggap oleh pihak lawan sebagai kemunduran negara ke arah rejim autoritarian sepenuhnya; ini membawa kepada krisis perlembagaan yang berterusan berpunca daripada keputusan Mac 2017 oleh Tribunal Keadilan Tertinggi (yang ahlinya sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong Maduro) yang menghapuskan imuniti untuk ahli Dewan Negara (termasuk mereka yang menentang Maduro),[13] dan kemudiannya membuat andaian ringkas mengenai kuasa perundangan daripada Dewan,[14][15] dan pilihan raya Dewan Perlembagaan telah mengakibat pembentukan Dewan Perlembagaan yang bertujuan untuk menulis semula perlembagaan 1999. Tindakan ini telah memburukkan lagi ketegangan dan mencetuskan keganasan semasa protes terhadap pentadbiran Maduro kerana kebimbangan bahawa Maduro akan menghapuskan dan menghakis dengan ketara kemerdekaan institusi demokrasi Venezuela dan mengalihkan negara ke arah pemerintahan seorang.

Proses dan keputusan Pilihan raya presiden Venezuela 2018 telah dipertikaikan secara meluas.[16][17] Majoriti pembangkang Perhimpunan Kebangsaan mengisytiharkan Maduro sebagai "perampas kuasa" jawatan presiden pada hari perlantikan Nicolás Maduro buat kali kedua dan mendedahkan rancangan untuk menetapkannya. Juan Guaidó sebagai pengganti pemangku presiden di bawah Perlembagaan Venezuela artikel 233.[17][18] Seminggu kemudian, Tribunal Keadilan Tertinggi mengisytiharkan bahawa jawatan Presiden Dewan Negara adalah "perampas kuasa" dan mengisytihakan badan itu tidak berperlembagaan.[17]

Beberapa minit selapas Maduro mengangkat sumpah sebagai Presiden Venezuela, Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) meluluskan resolusi dalam sesi khas Majlis Tetapnya yang mengisytiharkan jawatan presiden Maduro tidak sah dan menggesa melakukan pilihan raya baharu.[19] Mesyuarat khas OAS pada 24 Januari dan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 26 Januari telah diadakan tetapi tiada kata sepakat dicapai. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres menggesa dialog.[20] Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Negara-Negara Amerika ke-49 pada 27 Jun, jawatan presiden Guaidó telah diiktiraf oleh pertubuhan itu.[21]

Guaidó telah diisytiharkan sebagai pemangku presiden dan mengangkat sumpah pada 23 Januari.[22] Kerajaan Maduro telah menuduh Amerika Syarikat menganjurkan coup d'état untuk menyingkirkannya dan mengawal rizab minyak negara.[23] Guaidó menolak pencirian tindakannya sebagai rampasan kuasa, mengatakan bahawa pergerakannya disokong oleh sukarelawan yang aman.[24] Sehingga Jun 2019, Guaidó telah diiktiraf sebagai pemangku Presiden Venezuela oleh 54 negara.[25] Di peringkat antarabangsa, sokongan telah mengikuti garis geopolitik tradisional, dengan sekutu China, Cuba, Iran, Rusia, Syria, dan Turki menyokong Maduro; dan AS, Kanada, dan kebanyakan Eropah Barat menyokong Guaidó sebagai pemangku presiden.[26] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus mengiktiraf jawatan presiden Maduro sebagai wakil sah Venezuela setakat Disember 2019.[27][28]

Pada 22 Disember 2022, pembangkang Venezuela mengadakan undian awal untuk menyingkirkan kerajaan sementara Guaidó daripada kepimpinannya dan 3 daripada 4 parti politik pembangkang utama (Justice First, Tindakan Demokratik dan A New Era) meluluskan pembaharuan untuk membubarkan kerajaan sementara pada 30 Disember dan sebaliknya mewujudkan 5 ahli suruhanjaya untuk mengurus aset asing,[29][30] menyatakan kegagalan kerajaan sementara mencapai matlamat yang telah ditetapkan.[31] Pindaan itu telah diundi oleh pembangkang ketika timbalan menteri strategi bersatu menjelang pilihan raya presiden yang dijadualkan pada tahun 2024 dengan reformasi diluluskan dengan 72 undi menyokong, 29 undi menentang dan 8 undi berkecuali,[32] ini telah membubarkan kerajaan Guaidó berkuat kuasa mulai 5 Januari 2023.


  Presiden Republik Bolivarian Venezuela  
      Pergerakan Republik KelimaParti Sosialis Bersatu (2)
No.
[note 1]
Potret President
(Lahir–Meninggal dunia)
Pilihan raya Mula Akhir Tempoh jawatan Parti politik
45   Hugo Chávez
(1954–2013)
1998
2000
2 Februari 1999 5 Mac 2013 14 tahun, 31 hari Pergerakan Republik Kelima
(sehingga Oktober 2007)
2006
2012
Parti Sosialis Bersatu
2013
2018
2024
46   Nicolás Maduro
(lahir 1962)
5 Mac 2013[note 5] 11 tahun, 252 hari Parti Sosialis Bersatu
Dipertikaikan
sunting
  Presiden Republik Bolivarian Venezuela  
      Wasiat Popular (1)
No.
[note 1]
Potret President
(Lahir–Meninggal dunia)
Pilihan raya Mula Akhir Tempoh jawatan Parti politik
  Juan Guaidó
(lahir 1983)
23 Januari 2019
5 Januari 2023
(dipertikaikan)
3 tahun, 347 hari Wasiat Popular
(sehingga 2020)
Bebas
  1. ^ a b c d e Untuk tujuan penomboran, jawatan presiden ditakrifkan sebagai tempoh masa yang tidak terganggu dalam jawatan yang dilayan oleh seorang. Sebagai contoh, Carlos Soublette merupakan presiden ke-8 dan ke-10 dalam dua tempoh di mana beliau menjadi presiden yang tidak berturut-turut. Tempoh di mana seirang naib presiden sementara menjadi pemangku presiden di bawah perlembagaan dan bukanlah jawatan presiden, kerana presiden kekal memegang jawatan dalam tempoh tersebut.
  2. ^ a b c Meninggal dunia di pejabat.
  3. ^ a b Larrazábal meletak jawatan awal untuk mencabar Rómulo Betancourt pada pilihan raya 1958, meninggalkan Edgar Sanabria sebagai pemangku presiden sehingga akhir penggalnya, pada 13 Februari 1959.
  4. ^ Octavio Lepage, Presiden Kongres ketika itu, berkhidmat sebagai pemangku presiden dari 21 Mei 1993 dan sehingga 5 Jun 1993, apabila Ramón José Velásquez dipilih secara rasmi untuk menggantikan Perez sebagai presiden.
  5. ^ Dipertikaikan dari 23 Januari 2019 hingga 5 Januari 2023 antara Nicolás Maduro dan Juan Guaidó.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Shocking Gap Between Latin America's Presidential Salaries And Workers Minimum Wage". Latin Post.
  2. ^ CALDERA, Rafael. «De Carabobo a Puntofijo: los Causahabientes». Editorial Libros Marcados. Quinta Edición. 2008.
  3. ^ FERNANDEZ, Alfredo. «Venezuela: sus presidentes y constituciones». Organización Gráfica Capriles. 2006. Depósito Legal lf25220069002436.
  4. ^ CAMEJO, Armando. «Historia de Venezuela: documental y crítica». Ediciones Paz Pérez. 1965.
  5. ^ FERNANDEZ PAEZ, Carmelo. «Memorias». Ediciones de la Presidencia de la República. 1983.
  6. ^ GONZÁLEZ GUINAN, Francisco. «Historia Contemporánea de Venezuela TOMO XI». Ediciones de la Presidencia de la República. 1954.
  7. ^ RODRIGUEZ ITURBE, José. «Iglesia y Estado en Venezuela (1824-1964)». Universidad Central de Venezuela, Facultad de Derecho. 1968.
  8. ^ SALCEDO, Bastardo. «Historia Fundamental de Venezuela». Universidad Central de Venezuela. Ediciones de Biblioteca, Segunda edición. 1972.
  9. ^ USLAR PIETRI, Arturo. «Cuéntame a Venezuela». Editorial Lisbona S.A.. 1981-82.
  10. ^ Rohter, Larry (22 September 2001). "Marcos Pérez Jiménez, 87, Venezuela Ruler". The New York Times. Dicapai pada 20 Januari 2016.
  11. ^ Ledezma, Eurídice (21 September 2001). "Obituary: General Marcos Pérez Jiménez". The Guardian. Dicapai pada 20 Januari 2016.
  12. ^ "Venezuela Suspends Recall Campaign Against President Maduro". Fox News. 20 October 2016. Dicapai pada 21 October 2016.
  13. ^ "Venezuela 'coup': Alarm grows as court takes power". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-31. Dicapai pada 2017-03-31.
  14. ^ Casey, Nicholas; Torres, Patricia (2017-03-30). "Venezuela Muzzles Legislature, Moving Closer to One-Man Rule". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2017-03-31.
  15. ^ "Venezuela: Supreme court backtracks on powers bid". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-01. Dicapai pada 2017-04-01.
  16. ^ Bullock, Penn (10 January 2019). "Climate Change, U.S. Shutdown, Michael Cohen: Your Friday Briefing". The New York Times. President Nicolás Maduro was inaugurated for a second term after an election last year that was widely considered illegitimate — and despite a plummeting economy and skyrocketing violence, hunger and migration.
  17. ^ a b c "El Tribunal Supremo de Justicia de Venezuela declara "inconstitucional" a la Asamblea Nacional y anula el nombramiento de Juan Guaidó como su presidente". BBC. 21 January 2019. Dicapai pada 29 January 2019.
  18. ^ "Prensa de la AN rectifica comunicado que proclama a Juan Guaidó Presidente de la República". Efecto Cocuyo. 11 January 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2019. Dicapai pada 12 January 2019.
  19. ^ "La OEA aprobó la resolución que declara ilegítimo al nuevo gobierno de Nicolás Maduro" [The OAS approved the resolution that declared the new government of Nicolás Maduro illegitimate]. Infobae (dalam bahasa Sepanyol). 10 January 2019.
  20. ^ "UN political chief calls for dialogue to ease tensions in Venezuela; Security Council divided over path to end crisis". UN News. 26 January 2019. Dicapai pada 29 January 2019.
  21. ^ "México, Uruguay, Bolivia y Nicaragua respaldaron al régimen de Maduro e intentaron desplazar al enviado de Guaidó de la Asamblea de la OEA". Infobae (dalam bahasa Sepanyol). EFE. 27 June 2019. Si se convalidan las credenciales (por las del enviado de Guaidó) se reconoce un nuevo gobierno de Venezuela y Uruguay eso no lo puede aceptar
  22. ^ "National Assembly President Juan Guaido swears himself in as President of Venezuela". CNN. 29 January 2019. Dicapai pada 23 January 2019.
  23. ^ "Canciller Arreaza advierte que objetivo de plan golpista es el petróleo venezolano" (dalam bahasa Sepanyol). Gobierno Bolivariano de Venezuela. 29 January 2019. Dicapai pada 30 January 2019.
  24. ^ Borges, Anelise (18 February 2019). "'I'm ready to die for my country's future,' Juan Guaido tells Euronews". Euronews. Dicapai pada 18 February 2019.
  25. ^ Phillips, Tom (12 May 2019). "Guaidó says Maduro is 'sowing terror' against leaders who tried to oust him". The Guardian. Dicapai pada 13 May 2019.
  26. ^ Vasilyeva, Nataliya (24 January 2019). "Venezuela crisis: Familiar geopolitical sides take shape". Associated Press. Dicapai pada 25 February 2019.
  27. ^ "UN backs credentials of Maduro officials". EFE (dalam bahasa Sepanyol). 19 December 2019. Dicapai pada 20 December 2019.
  28. ^ "Report of the Credentials Committee". United Nations General Assembly. Dicapai pada 29 January 2020.
  29. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :111
  30. ^ Martínez, Deisy (2022-12-30). "AN de 2015 aprueba su extensión por otro año y elimina gobierno interino" [2015 NA approves its extension for one more year and eliminates interim government]. Efecto Cocuyo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2022-12-31.
  31. ^ "Mayoría de la AN-2015 ratifica disolución del Gobierno interino". Tal Cual (dalam bahasa Sepanyol). 2022-12-30. Dicapai pada 2022-12-31. Hemos tenido algo que pasó de ser provisional a convertirse en algo perpetuo. Y no se celebraron las elecciones, de manera que el artículo 233 perdió su razón de ser para justificar el gobierno interino.
  32. ^ Herrera, Isayen; Glatsky, Genevieve (30 December 2022). "Juan Guaidó Is Voted Out as Leader of Venezuela's Opposition". The New York Times. Dicapai pada 30 December 2022.

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.