Menara masjid (Arab: مِنَارَة, rumi: minārah atau مِئْذَنة mi'dzanah "tempat mendengar, tempat azan") ialah salah satu reka bentuk masjid di dunia Islam. Menara masjid biasanya merupakan menara yang tinggi dan selalunya berkemudahan pembesar suara untuk melaungkan seruan azan. Menara masjid boleh jadi merupakan menara berasingan daripada bangunan masjid atau cuma tambahan tinggi. pada bangunan utama.

Menara sebuah masjid di Aswan, Mesir

Kegunaan menara masjid

sunting
 
Menara Qutb Minar

Pada sesetengah masjid lama seperti Masjid Agung Damsyik, menara masjid asalnya digunakan sebagai menara pemerhati yang diterangi (rumah api). Pada masa sekarang, fungsi utamanya ialah tempat untuk melaungkan azan, panggilan untuk solat umat Islam. Namun, pada kebanyakan masjid moden, azan dilaungkan dari dalam masjid namun pembesar suara diletakkan pada menara masjid supaya kedengaran lebih kuat daripada suara yang dilaung.[perlu rujukan]

Menara masjid yang tertinggi dunia (210 meter) terletak di Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi. Terdapat 2 menara masjid yang berketinggian 230 meter sedang dalam pembinaan di Tehran, Iran. Menara masjid batu tertinggi di dunia pula terletak di Qutub Minar di Delhi, India.[perlu rujukan]

Lihat juga

sunting