Shanghai
Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.[4]
Shànghǎi Shì
上海市 شاڠهاي | |
---|---|
Negara | Republik Rakyat China |
Jumlah Bahagian Peringkat Negara | 8 Daerah, 1 Kaunti |
Jumlah Bahagian Pekan | 220 |
Kauti Huating | 751 M. |
Bandar Shanghai | 991 M. |
Kaunti Shanghai | 1292 M. |
Pentadbiran | |
• Jenis | Kawasan perbandaran |
• CPC Shanghai | Setiausaha Jawatankuasa Xi Jinping (习近平) |
• Datuk bandar | Han Zheng (韩正) |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 7,037.50 km2 (2,717.19 batu persegi) |
• Tanah | 6,340.50 km2 (2,448.08 batu persegi) |
• Air | 697 km2 (269 batu persegi) |
• Bandar | 5,299.29 km2 (2,046.07 batu persegi) |
• Chongming | 1,041.21 km2 (402.01 batu persegi) |
Aras | 4 m (13 ft) |
Penduduk (2006) | |
• Bandar Raya | 18,670,000 |
• Kepadatan | 2,945/km2 (7,630/batu persegi) |
• Bandar | 13,447,000 |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai China) |
Postal code | 200000 - 2021000 |
Kod kawasan | +86/21 |
KDNK | (2006) |
- Total | ¥ 1,029.7 bilion |
- Per kapita | ¥ 55,153 |
HDI (2005) | 0.909 |
Loghat | Wu: Loghat Shanghai |
Nombor kenderaan | 沪A, B, D, E 沪C (subbandar luaran) |
Bunga bandar | Yulan magnolia (Magnolia denudata) |
Laman sesawang | http://www.shanghai.gov.cn/ |
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Pada asalnya merupai sebuah kota perikanan yang lengang, Shanghai menjadi bandar raya China yang terpenting menjelang abad ke-20 serta pusat kebudayaan rakyat, maksiat, perbincangan ilmiah, dan komplot-komplot politik semasa Republik China. Pada suatu ketika, Shanghai menjadi pusat kewangan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Bandaraya New York dan London, serta bandar raya perdagangan yang terbesar di Timur Jauh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Selepas ambil alih komunis pada tahun 1949, Shanghai menjadi lembap di bawah pencukaian kerajaan pusat yang begitu berat serta penyingkiran kebanyakan unsur borjuisnya. Menyusuli kebenaran kerajaan pusat terhadap pembangunan semula ekonomi pasaran Shanghai pada tahun 1992, Shanghai dengan pantasnya mengatasi Shenzhen dan Guangzhou yang telah bermula lebih awal dan sejak dari masa itu, bandar raya ini telah mendahului pertumbuhan ekonomi China. Setengah-setengah cabaran masih dihadapai oleh Shanghai pada permulaan abad ke-21, dengan bandar raya ini menghadapi penghijrahan pekerja yang semakin meningkat serta jurang kekayaan yang besar. Bagaimanapun dengan mengetepikan cabaran-cabaran tersebut, pencakar-pencakar langit dan gaya hidup moden Shanghai menandakan mercu pembangunan ekonomi China yang baru-baru ini.
Asal nama
suntingDua aksara Cina dalam nama "Shanghai" (lihat sebelah kiri) secara harfiah membawa pengertian "di atas" dan "laut". Sebutan bahasa Shanghai tempatan ialah /zɑ̃.'he/, manakala sebutan bahasa Mandarin Piawai dalam Hanyu Pinyin ialah Shànghǎi. Nama ini wujud awal sekali sejak dari Dinasti Song (abad ke-11) ketika sudah adanya sebuah kuala sungai serta sebuah kota dengan nama ini di kawasan tersebut. Terdapat perbalahan tentang bagaimana nama ini harus ditafsirkan, tetapi sejarah tempatan rasmi secara tekal telah mengatakan bahawa ia membawa pengertian "hulu laut" (海之上洋). Bagaimanapun, lagi sebuah tafsiran, khususnya dalam bahasa Mandarin, juga mencadangkan pengertian "pergi ke laut", yang selaras dengan status pelabuhan laut bandar raya ini. Nama Shanghai yang lebih indah mengubah urutan kedua-kedua aksara ini, iaitu Haishang (海上), dan sering dipergunakan untuk istilah-istilah yang berkenaan dengan seni dan kebudayaan Shanghai. Di Barat, Shanghai telah juga dieja sebagai Schanghai (bahasa Jerman), Sjanghai (bahasa Belanda), Xangai (bahasa Portugis), dan Changhaï (bahasa Perancis), tetapi sejak dari dekad 1990-an, ejaan Hanyu Pinyin, iaitu "Shanghai", telah menjadi sejagat di Barat. Dalam bahasa Jepun, Shanghai ditulis dengan menggunakan kedua-dua aksara Cina yang sama (上海), dan sebutannya, Shanhai (シャンハイ), adalah lebih kurang sama dengan sebutan bahasa Mandarin.
Singkatan Shanghai dalam bahasa Cina ialah Hù (沪) dan Shēn (申). Aksara pertama berasal daripada nama Hu Du (沪渎), nama kuno sungai yang kini dikenali sebagai Caruk Suzhou. Aksara yang kedua pula berasal daripada nama Chun Shen Jun (春申君), seorang bangsawan abad ke-3 SM daripada Kemaharajaan Chu (楚国) yang wilayahnya termasuk kawasan Shanghai, dan yang dihormati sebagai pahlawan oleh penduduk-penduduk tempatan. Pasukan-pasukan sukan dan akhbar-akhbar di Shanghai sering menggunakan aksara Shēn (申) untuk nama mereka. Shanghai juga biasanya digelar Shēnchéng (申城, "Bandaraya Shēn").
Shanghai mempunyai berbagai-bagai nama samaran dalam bahasa Inggeris, termasuk "Paris di Timur", "Permaisuri Timur", "Mutiara Timur", serta juga "Pelacur Asia" (suatu rujukan kepada kerosakan akhlak yang meluas yang terdiri daripada maksiat, dadah, dan pelacuran di bandar raya ini pada dekad 1920-an dan dekad 1930-an).
Sejarah
suntingSebelum abad ke-19
suntingSebelum pembentukan bandar raya Shanghai, Shanghai merupakan sebahagian kaunti Songjiang (松江縣) yang diperintah oleh wilayah Suzhou (蘇州府). Sejak dari masa Dinasti Song (960-1279), Shanghai beransur-ansur berkembang menjadi sebuah pelabuhan laut yang sibuk dan yang membesar dengan lebih cepat daripada bidang kuasa politik yang asalnya. Umpamanya, Songjiang (淞江) pada hari ini merupakan salah satu daripada 18 buah daerah di dalam Shanghai.
Sebuah tembok kota dibina pada tahun 1553 yang secara amnya diterima sebagai tarikh permulaan bandar raya Shanghai. Walau bagaimanapun sebelum abad ke-19, Shanghai tidak dianggap sebagai sebuah bandar raya yang utama di China. Kerana itu, tidak terdapat banyak mercu tanda Cina kuno di bandar raya ini, berbanding dengan kebanyakan bandar raya Cina utama yang lain pada hari ini. Mercu-mercu tanda kebudayaan yang didapati di Shanghai adalah amat kuno dan biasanya wujud sejak dari zaman Tiga Kemaharajaan dalam sejarah Cina. Ini disebabkan sebahagian besar kerana Shanghai kini adalah di dalam pusat kebudayaan bersejarah Kemaharajaan Wu (222-280).
Semasa era Qianlong dalam Dinasti Qing, Shanghai berkembang untuk menjadi sebuah pelabuhan wilayah yang penting bagi sungai-sungai Yangtze dan Huangpu, walaupun perdagangan di luar negeri masih dilarang ketika itu. Bandar raya ini juga menjadi sebuah pelabuhan laut yang utama untuk provinsi-provinsi Jiangsu dan Zhejiang yang berhampiran. Sebuah kawasan yang penting dari segi sejarah pada era ini ialah Wujiaochang (五角场) (kini di dalam Daerah Yangpu) yang merupakan asas pusat bandar raya Shanghai. Pada sekitar akhir era Qianlong, Shiliupu (十六铺) (kini di dalam Daerah Huangpu) menjadi sebuah pelabuhan yang terbesar di Asia Timur.
Abad ke-19 hingga awal abad ke-20
suntingKepentingan Shanghai bertumbuh secara pesat pada abad ke-19 disebabkan oleh kedudukan strategiknya di muara Sungai Yangtze yang menyebabkannya merupakan lokasi yang ideal untuk berdagang dengan dunia Barat. Semasa Perang Candu Pertama pada awal abad ke-19, angkatan tentera British menguasai Shanghai buat sementara. Perang itu berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Nanjing pada tahun 1842 yang memperlihatkan pelabuhan-pelabuhan persetiaan, termasuk Shanghai, terbuka untuk perdagangan antarabangsa. Perjanjian Bogue yang dimeterai pada tahun 1843, serta Perjanjian Wangsia China-Amerika yang dimeterai pada tahun 1844 bersama-sama memperlihatkan negara-negara asing memperoleh hak wilayah asingan di tanah Cina yang berlangsung secara rasmi sehingga 1943 walaupun pada dasarnya, kedua-dua perjanjian ini tidak wujud lagi menjelang akhir dekad 1930-an. Sejak dari dekad 1920-an sehingga akhir 1930-an, Shanghai merupakan apa yang dipanggil 'Bandaraya Dosa' kerana gengster-gengster semasa itu amat berkuasa dan menjalankan kasino-kasino dan rumah-rumah pelacuran.
Pemberontakan Taiping tercetus pada tahun 1850 dan pada tahun 1853, Shanghai diduduki oleh salah satu cabang kongsi gelap pemberontak yang digelar Persatuan Pedang Kecil. Pertempuran yang menyusul memusnahkan kawasan-kawasan luar bandar tetapi petempatan-petempatan orang asing tidak terjejas. Oleh itu, penduduk-penduduk Cina pergi ke sana untuk mendapatkan perlindungan. Walaupun orang-orang Cina sebelum itu dilarang tinggal di dalam petempatan-petempatan orang asing, tahun 1854 memperlihatkan peraturan-peraturan baru dibuat yang menyebabkan tanah terbuka kepada orang-orang Cina. Harga tanah naik dengan pesat. 1854 juga memperlihatkan mesyuarat tahunan pertama Majlis Perbandaran Shanghai yang ditubuhkan untuk mengurus petempatan-petempatan orang asing. Pada tahun 1863:
- petempatan British yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Huangpu di selatan caruk Suzhou (daerah Huangpu); dan
- petempatan Amerika yang terletak di tebing barat Sungai Huangpu di utara caruk Suzhou (daerah Hankou);
bergabung untuk membentuk Petempatan Antarabangsa. Perancis memilih untuk tidak menyertai Majlis Perbandaran Shanghai dan sebaliknya, mengekalkan Konsesi Perancis tersendiri yang terletak di barat Petempatan Antarabangsa. Zaman ini memperlihatkan pemasukan penghijrah dengan banyaknya dari Eropah dan Amerika Utara yang menggelar diri sebagai "Shanghighlander".
Perang China-Jepun yang ditempur antara tahun-tahun 1894-95 untuk penguasaan Korea tamat dengan pemeteraian Perjanjian Shimonoseki yang memperlihatkan Jepun muncul sebagai sebuah kuasa asing tambahan di Shanghai. Jepun membina kilang-kilang pertama di Shanghai yang kemudian ditiru oleh kuasa-kuasa asing yang lain untuk melahirkan industri Shanghai. Shanghai ketika itu merupakan bandar raya kewangan yang terbesar di Timur Jauh. Di bawah Republik China, Shanghai menjadi sebuah bandar raya khas pada tahun 1927, dan sebuah kawasan perbandaran pada Mei 1930. Angkatan tentera laut Jepun mengebom Shanghai secara nominal pada 28 Januari 1932 dalam sebuah usaha untuk mematahkan bantahan-bantahan pelajar Cina terhadap Peristiwa Manchuria dan pendudukan Jepun yang kemudian. Orang-orang Cina melawan balik dalam apa yang dikenali sebagai Peristiwa 28 Januari. Kedua-dua belah menempur sehingga terhenti dan sebuah gencatan senjata dirundingkan pada Mei. Dalam Perang China-Jepun Kedua, bandar raya ini jatuh selepas Pertempuran Shanghai pada tahun 1937 dan diduduki oleh Jepun sehingga penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945. Petempatan Antarabangsa diduduki oleh tentera Jepun pada 8 Disember 1941 dengan penentangan hanya daripada sebuah kapal pembedil tunggal British di pelabuhan ini dan sebilangan askar persendirian Cina.
Semasa Perang Dunia II
suntingShanghai telah menjadi satu pusat untuk pelarian seawal 1919 lagi ketika banyak orang Rusia Putih melarikan diri daripada revolusi dan perang saudara di Rusia untuk tinggal di sini. Orang-orang Rusia merupakan komuniti orang asing yang kedua terbesar di Shanghai (selepas orang Jepun) dan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dan pengawalan Petempatan Antarabangsa sehingga akhir Perang Dunia II.
Semasa Perang Dunia II, Shanghai menjadi sebuah pusat untuk pelarian daripada Eropah, dan merupakan bandar raya yang tunggal di dunia yang terbuka kepada orang Yahudi tanpa syarat ketika itu. Oleh itu, lebih kurang 32,000 orang Yahudi (serupa dengan komuniti-komuniti orang asing yang lain, mereka menggelar diri sebagai "Shanghailander") menetap di bandar raya Cina ini yang terpesona. Bagaimanapun, di bawah tekanan sekutu-sekutu Nazi, Jepun memindahkan semua pelarian Yahudi ke dalam apa yang kemudian dikenali sebagai "kawasan perumahan sesak Shanghai" pada akhir tahun 1941. Kelaparan dan penyakit berjangkit seperti disenteri ameba merebak. Bagaimanapun, kerajaan Jepun menolak permintaan Nazi untuk mendeportasi penduduk-penduduk Yahudi.
Pemerintahan komunis
suntingPada 27 Mei, 1949, Tentera Pembebasan Rakyat daripada Parti Komunis China menguasai Shanghai. Shanghai merupakan salah satu daripada hanya dua buah bekas kawasan perbandaran Republik China (ROC) yang tidak bergabung dengan provinsi-provinsi yang berjiran pada dekad yang berikut (yang lain itu ialah Beijing). Bagaimanapun, Shanghai mengalami satu siri perubahan sempadan subbahagian, khususnya pada dekad yang berikut.
Selepas pengambilalihan komunis pada tahun 1949, kebanyakan syarikat asing memindahkan pejabat-pejabat mereka dari Shanghai ke Hong Kong. Semasa dekad-dekad 1950-an dan 1960-an, Shanghai menjadi sebuah pusat perindustrian serta pusat untuk sayap kiri revolusi. Walaupun begitu, Shanghai dapat mengekalkan kestabilan sosial serta daya pengeluaran ekonomi yang tinggi (secara perbandingan), termasuk juga pada tempoh-tempoh Revolusi Kebudayaan yang paling huru-hara. Dalam kebanyakan sejarah Republik Rakyat China (PRC), Shanghai telah merupakan penyumbang hasil cukai yang terbesar kepada kerajaan pusat, berbanding dengan provinsi-provinsi dan kawasan-kawasan perbandaran yang lain. Bagaimanapun, ini telah amat menjejaskan infrastruktur dan perkembangan modal Shanghai. Pentingnya kepada kesejahteraan fiskal juga mengakibatkan Shanghai tidak diberikan pelonggaran ekonomi yang diberikan kepada provinsi-provinsi di jauh selatan seperti Guangdong pada pertengahan 1980-an. Ketika itu, provinsi Guangdong hampir tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan pusat dan oleh itu, dianggap sebagai tidak penting dari segi fiskal. Disebabkan ini, ia telah dipilih untuk dijadikan sebuah kawasan reformasi ekonomi uji kaji. Sebaliknya, Shanghai tidak dibenarkan memulakan reformasi ekonomi sehingga tahun 1991.
Kuasa politik di Shanghai telah diperlihatkan secara tradisi sebagai satu batu loncatan untuk jawatan-jawatan yang lebih penting di dalam kerajaan pusat PRC. Pada dekad 1990-an, termuncul apa yang sering diperikan sebagai "klik Shanghai" yang bersifat sayap tengah-kanan. Klik ini termasuk Jiang Zemin, presiden PRC, dan Zhu Rongji, perdana menteri PRC. Mulai daripada tahun 1992, kerajaan pusat di bawah Jiang Zemin, salah seorang bekas Datu Bandar Shanghai, mula mengurangkan beban cukai Shanghai dan menggalakkan kedua-dua pelaburan asing serta pelaburan dalam negeri untuk mempromosikan bandar raya ini sebagai suatu pusat ekonomi Asia Timur serta sebagai pintu masuk pelaburan ke pedalamanan China. Sejak dari masa itu, Shanghai telah mengalami pertumbuhan ekonomi antara 9–15% setahun secara berterusan.
Galeri
sunting-
latar langit Puxi, Shanghai
-
Pudong seperti yang dilihat dair Sungai Huangpu
-
Tren maglev sedang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong
-
Taman Yuyuan, air merupakan aspek yang penting di taman bunga Shanghai
-
Shanghai Skyline 2009
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Land Area". Basic Facts. Shanghai Municipal Government. Dicapai pada 2007-09-12.
- ^ "Water Resources". Basic Facts. Shanghai Municipal Government. Dicapai pada 2007-09-12.
- ^ "Topographic Features". Basic Facts. Shanghai Municipal Government. Dicapai pada 2007-09-12.
- ^ Senarai pelabuhan tersibuk di dunia
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Shanghai |