Gempa bumi Chile 2010
Gempa bumi Chile 2010 dengan kekuatan 8.8 Skala Richter dilaporkan terjadi di kawasan pantai Kawasan Maule, Chile pada 27 Februari 2010.[3][4][5] Kawasan terlibat dengan gempa dilaporkan mengalami gegaran dalam tempoh tiga minit.[6]. Gempa bumi ini merupakan yang terkuat sejak gempa bumi Sumatera pada tahun 2005, dan gempa bumi ke-7 paling kuat yang pernah direkodkan (gempa bumi Ecuador pada tahun 1906 juga mempunyai magnitud yang sama).[7]
Tarikh | 03:34:14, 27 Februari 2010 (UTC-3) |
---|---|
Magnitud | 8.8 Mw |
Kedalaman | 35 kilometer (22 bt) |
Koordinat | 35°54′32″S 72°43′59″W / 35.909°S 72.733°WKoordinat: 35°54′32″S 72°43′59″W / 35.909°S 72.733°W |
Kawasan terjejas | Chile |
Tsunami | Amaran di kebanyakan persisiran Pasifik[1] |
Korban | 432 dikenal pasti maut[2] |
Gempa dilaporkan berlaku pada pukul 3:34 pagi waktu tempatan (jam 2:34 petang waktu Malaysia). Gegaran juga dilaporkan di Santiago,[8] dan beberapa bandar di Argentina seperti Buenos Aires, Córdoba, Mendoza dan La Rioja.[9]
Ahli seismologi menganggarkan yang gempa bumi ini sungguh kuat sehingga ia mungkin memendekkan tempoh panjang hari sebanyak 1.26 mikrosaat dan menggerakkan paksi benda Bumi sebanyak 8 cm atau 2.7 miliarkasaat.[10][11] It juga menggerakkan seluruh bandar Concepción 3.04 meter (10 ka) ke barat. Ibu negara Santiago, bergerak hampir 24 cm ke barat, dan malah Buenos Aires, kira-kira 1350 km daripada Concepción, bergerak 3.9 cm.[12][13]
Ciri-ciri gempa
suntingGempa bumi terjadi di sempadan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan. Ciri-ciri gempa ini adalah mekanisme fokal sesar naik, diakibatkan oleh subduksi plat Nazca di bawah plat Amerika Selatan.
Kemusnahan, kerosakan dan kehilangan nyawa
suntingMenurut seorang jurukamera Berita TV Associated Press, terdapat bangunan yang runtuh Santiago dan juga bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa bahagian di kota raya itu.[14] Lapangan terbang Santiago juga mengalami kerosakan. Ini menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang itu menutup semua operasi penerbangan dalam tempoh 24 jam mulai 12:00 GMT.[15]
Bangunan-bangunan dilaporkan runtuh dan ada yang mengalami kebakaran di Concepción. [16]
Kes kehilangan nyawa mula dilaporkan kira-kira 13 jam selepas gegaran gempa. Angka kematian terus bertambah, tetapi tidak dijangka akan mencecah lebih dua kali ganda daripada 122 kes awal.[3][17][18]
Kementerian Keadaan Darurat Negara Chile (Oficina Nacional de Emergencia) telah meletakkan kekuatan gempa bumi di wilayah Biobío pada IX skala Mercalli. Manakala Santiago diberikan skala tahap VIII. [19][3] USGS menyatakan intensitas gempa di Santiago and Valparaiso berada pada skala MM VII-VIII.[20]
Tsunami
suntingAmaran kejadian tsunami dikeluarkan kepada Chile dan Peru,[21] dan peringatan tsunami juga turut dikeluarkan untuk Ecuador, Colombia, Antartika, Panama, dan Costa Rica.[22]
Peringatan tsunami ini kemudian diperluas hingga seluruh kawasan Lautan Pasifik, kecuali untuk kawasan pantai barat Amerika Syarikat, British Colombia, dan Alaska.[23] Ketinggian tsunami dilaporkan mencecah 2.6 meter (8.6 kaki) di Valparaiso, Chile.[3][24][25] Ketinggian tsunami mencapai 2,34 meter tercatat di Talcahuano, Biobío Region.[25]
Gempa susulan tercatat mencapai kekuatan 6.2 setelah 20 minit gempa pertama.[3][26] Dua gempa susulan dengan kekuatan 5.4 dan 5.6 menyusul kemudian.[26] The USGS said that "a large vigorous aftershock sequence can be expected from this earthquake".[27]
Terdapat laporan yang menyatakan tsunami mencapai ketinggian 40 meter di Kepulauan Juan Fernández yang berada di Lautan Pasifik sekitar 667 km dari luar pantai Chile.[28] Tetapi buat masa ini tiada laporan rasmi mengenai kerosakan yang dialami di pulau itu.
Stesen | Negara atau wilayah | Latitud | Longitud | Waktu (GMT) | Ketinggian (meter) | Ketinggian (kaki) |
---|---|---|---|---|---|---|
La Push, Washington | Amerika Syarikat | 47.5 U | 124.4 B | 22:54 | 0.11 | 0.4 |
Hilo, Hawaii | Amerika Syarikat | 19.7 U | 154.9 B | 21:20 | 0.86 | 2.8 |
San Francisco, California | Amerika Syarikat | 37.8 U | 122.5 B | 21:20 | 0.26 | 0.8 |
Santa Monica, California | Amerika Syarikat | 34.0 U | 118.5 B | 20:24 | 0.64 | 2.1 |
Lottin Point | New Zealand | 37.6 S | 178.2 T | 19:34 | 0.15 | 0.5 |
Rarotonga | Kepulauan Cook | 21.2 S | 159.8 B | 19:18 | 0.32 | 1.0 |
DART Tonga | 23 S | 168.1 B | 18:44 | 0.04 | 0.1 | |
Papeete | Polinesia Perancis | 17.5 U | 149.6 B | 18:10 | 0.16 | 0.5 |
Nuku Hiva | Polinesia Perancis | 8.9 S | 140.1 B | 17:45 | 0.95 | 3.1 |
Cabo San Lucas | Mexico | 22.9 U | 109.9 B | 17:43 | 0.28 | 0.9 |
Hiva Oa | Polinesia Perancis | 9.8 U | 139.0 B | 17:41 | 1.79 | 5.9 |
Manzanillo | Mexico | 19.1 U | 104.3 B | 17:05 | 0.32 | 1 |
DART Manzanillo | 16.0 U | 107 B | 16:11 | 0.07 | 0.2 | |
Rikitea | Polinesia Perancis | 23.1 S | 134.9 B | 15:59 | 0.15 | 0.5 |
Acapulco | Mexico | 16.8 U | 99.9 B | 15:49 | 0.16 | 0.5 |
DART Kepulauan Marquesas | 8.5 S | 125 B | 15:31 | 0.18 | 0.6 | |
Kepualauan Galapagos | Ecuador | 0.4 S | 90.3 B | 14:52 | 0.35 | 1.2 |
Pulau Easter | Chile | 27.2 S | 109.5 B | 12:05 | 0.35 | 1.1 |
Callao | Peru | 12.1 S | 77.2 B | 10:29 | 0.36 | 1.2 |
Arica | Chile | 18.5 S | 70.3 B | 10:08 | 0.94 | 3.1 |
Antofagasta | Chile | 23.2 S | 70.4 B | 09:41 | 0.49 | 1.6 |
DART Lima | 18 S | 86.4 B | 09:41 | 0.24 | 0.8 | |
Iquique | Chile | 20.2 S | 70.1 B | 09:07 | 0.28 | 0.9 |
Coquimbo | Chile | 30 S | 71.3 B | 08:52 | 1.32 | 4.3 |
Ancud | Chile | 41.9 S | 73.8 B | 08:38 | 0.62 | 2 |
Caldera | Chile | 27.1 S | 70.8 B | 08:34 | 0.45 | 1.5 |
San Felix | Chile | 26.3 S | 80.1 B | 08:15 | 0.53 | 1.7 |
Corral | Chile | 39.9 S | 73.4 B | 07:39 | 0.90 | 2.9 |
Valparaiso | Chile | 33 S | 71.6 B | 07:08 | 1.29 | 4.2 |
Talcahuano | Chile | 36.7 S | 73.4 B | 06:53 | 2.34 | 7.7 |
Kesan ekonomi
suntingKeseluruhan gempa bumi ini mengorbankan 700 orang dan menyebabkan kerosakan berjumlah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion).Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Hinzpeter menyatakan 200 orang yang hilang dianggap terbunuh.Kerosakan mencecah AS$30 bilion (RM99.4 bilion) dengan perlindungan hanya AS$5 bilion (RM16.5 bilion) hingga AS$8 bilion (RM26.5 bilion). Menteri Kerja Awam, Hernan de Solminihac menyatakan S$1.46 bilion (RM4.8 bilion) diperlukan untuk membina semula jambatan roboh dan membaik pulih kemudahan awam.[31]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPTWC-index
- ^ A 432 llegaron las víctimas fatales identificadas tras el terremoto y tsunami Cooperativa.cl
- ^ a b c d e "Massive earthquake strikes Chile". BBC News. Dicapai pada 27 Februari 2010. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "bbc 1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Reuters earthquake report". Reuters. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ^ "Japan Meteorological Agency report". Agensi Meteorologi Jepun. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ^ "USGS Earthquake Details". USGS. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ^ "Historic World Earthquakes". Earthquake.usgs.gov. USGS. 23 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ^ "Tsunami After Major Earthquake Hits Chile". Sky News. 27 Februari 2010. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ^ "Confirman que el sismo de Chile se sintió en Buenos Aires" (dalam bahasa Sepanyol). Infobae. 27 Februari 2010. Dicapai pada 27 Februari 2010.
- ^ Chilean Quake May Have Shortened Earth Days NASA
- ^ "Earth days could be shorter after Chilean earthquake". News.com.au. 2009-07-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-03. Dicapai pada 2010-03-02.
- ^ Chile earthquake moved entire city 10 feet to the west
- ^ Researchers Show How Far South American Cities Moved In Quake Diarkibkan 2011-07-20 di Wayback Machine. Dicapai 9 Mac 2010.
- ^ Eva Vergara, Associated Press, "8.8-magnitude earthquake hits central Chile".. Dilihat pada 27 Februari 2010.
- ^ "Reuters earthquake report". Reuters. Dicapai pada February 27, 2010.
- ^ http://www.eluniverso.com/2010/02/27/1/1361/terremoto-85-grados-deja-muertos-chile.html?p=1354&m=1835
- ^ Guardian newspaper: Chile earthquake: Pacific nations brace for tsunami
- ^ ABC News: Chile Earthquake: Tsunami Watch Heightened After 8.8-Magnitude Quake
- ^ (Sepanyol) "Bachellet confirmó que hay cinco muertos por el sismo en Chile", mdz online. Dirujuk pada 27 February 2010.
- ^ "PAGER - M 8.8 - OFFSHORE MAULE, CHILE". Earthquake.usgs.gov. Dicapai pada 2010-02-27.
- ^ "Australia on tsunami watch after quake". News.ninemsn.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-02. Dicapai pada 2010-02-27.
- ^ "Massive earthquake, aftershocks rattle Chile tsunami warning issued". Edition.cnn.com. CNN. 2010-02-27. Dicapai pada 2010-02-27.
- ^ http://www.prh.noaa.gov/ptwc/messages/pacific/2010/pacific.2010.02.27.104329.txt
- ^ "Tsunami message from WCATWC". Wcatwc.arh.noaa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-02. Dicapai pada 2010-02-27.
- ^ a b TSUNAMI BULLETIN NUMBER 004 by the NOAA Pacific Tsunami Warning Center
- ^ a b Latest Earthquakes M5.0+ in the World, by USGS.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUSGS1
- ^ Staff Writer (February 27, 2010). "40 Meter Tsunami Wave Hits Juan Fernández Island". Newsolio. Dicapai pada February 26, 2010.
- ^ TSUNAMI BULLETIN NUMBER 015 issued by the Pacific Tsunami Warning Center.
- ^ "West Coast and Alaska Tsunami Warning Center". NOAA. Dicapai pada 2010-02-27.
- ^ Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion Utusan Malaysia