Empangan Kyzyl-Agash

Empangan Kyzyl-Agash ialah sebuah empangan pengairan milik persendirian terletak di kampung Kyzyl-Agash, selatan Kazakhstan. Empangan ini pecah pada 11 Mac 2010, membanjiri kawasan perkampungan. 43 orang terbunuh dan 300 lagi cedera.[1] Lebih 1000 penduduk terpaksa dipindahkan.[2]

Empangan Kyzyl-Agash
Lokasi Wilayah Almaty, Kazakhstan
Data geografi
Koordinat 45°17′59″N 78°45′17″E / 45.29972°N 78.75472°E / 45.29972; 78.75472

Empangan buatan manusia ini asalnya kawasan takungan air semula jadi, diubah, diempang menjadi empangan yang lebih berfungsi. Perubahan cuaca menyebabkan salji mencair dan air hujan melimpah. Pintu empangan gagal dibuka untuk mengeluarkan air banjir setinggi 2 meter. Sebuah jambatan hanyut iaitu jambatan yang menghubungkan jalan utama Almaty dengan Ust-Kamenogorsk, berhampiran sempadan dengan Rusia.[3]

Banjir biasa berlaku di Kazakhstan iaitu sebuah negara pergunungan dan dataran rata steppe, bersempadan dengan Rusia dan China. Negara ini bekas jajahan Rusia, berjuang untuk menyelenggara prasarana tinggalan lama.[2]

Agensi berita RIA Novosti melaporkan Perdana Menteri Kazakhstan Karim Massimov mengarahkan 600 pekerja perkhidmatan bencana membersihkan pintu empangan dan sekitarnya. Banyak khemah diperlukan untuk 1000 pelarian. Beliau sendiri menyelia bantuan bencana.

Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev mengarahkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca insiden itu. Polis telah menahan beberapa pegawai daerah termasuk ketua Kyzyl-Agash yang didapati lalai dan lemah dalam penyelenggaraan. Banjir seterusnya menyebabkan banyak rumah di sepanjang sungai dihanyutkan. Pemilik empangan (waduk) harus dibicarakan di mahkamah atas tuduhan cuai dan gagal melaksanakan tugas. Empangan / kolam takungan itu adalah milik peribadi.[4]

Pada 12 Mac 2010, empangan lain di daerah Karatalsky turut hanyut. Lebih 820 penduduk sekitar hilir empangan telah dipindahkan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kazakhstan flood death toll rises to 40". Washington Post. 18 Mac 2010. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  2. ^ a b Thousands evacuated after severe floods destroyed two dams in south Kazakhstan The Statesmen
  3. ^ "Kazakhstan flooding death toll rises to 30 as recovery efforts pick up pace". Today Online. 13 Mac 2010.
  4. ^ Kazakh president wants prosecutions over flooding AFP