Rafizi Ramli
Yang Berhormat Tuan Mohd Rafizi bin Ramli (lahir 14 September 1977) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang portfolio sebagai Menteri Ekonomi Malaysia dan Ahli Parlimen Pandan buat Penggal Kedua. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat[1].
Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli | |
---|---|
Menteri Ekonomi Malaysia | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Ibrahim Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dato Hanifah Hajar Taib |
Didahului oleh | Dato Sri Mustapa Mohamed |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pandan, Selangor | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Majoriti | 48,296 (PRU-15) |
Dalam jawatan 10 April 2013 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Ong Tee Keat |
Digantikan oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Majoriti | 26,729 (PRU-13) |
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ke-5 | |
Menyandang jawatan 17 Julai 2022 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Azmin Ali |
Ketua PKR Cabang Pandan | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd. Rafizi bin Ramli 14 September 1977 Besut, Terengganu, Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | KEADILAN (1999-2003) PKR (2003-kini) |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2008) Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Hadapan (2015-kini) |
Pasangan | Afizsa Ashak |
Anak | 2 |
Pendidikan | Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Tempat belajar | University of Leeds (BEng) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Akauntan |
Laman web | rafiziramli.com |
Latar belakang peribadi dan pendidikan
suntingRafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990–1994) sebelum melanjutkan pelajaran di University of Leeds, England (1996–1999).[2][3]
Kerjaya
suntingSelepas belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) pada 2003 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.
Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant.
Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia).
Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).
Pada 2009 beliau bertukar kerja ke Pharmaniaga Berhad sebagai pengurus besar, sebelum menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)[4]
Politik
suntingBeliau bertanding untuk kawasan parlimen Pandan pada pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013 dan menang dengan jumlah undi 48,183.[5]Selepas Tewas Pada Pemilihan PKR 2018 Dengan Bertanding Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR dengan Penyandang Ketika itu iaitu Dato' Seri Azmin Ali Dengan Mendapat undian 68,730 Berbanding Azmin Ali iaitu sebanyak 71,635.Selepas Dari Tewas Pemilihan Tersebut Beliau Mengumumkan Mahu "Bercuti" Daripada Politik.Pada Tahun 2022 Beliau Mengumumkan Mahu Kembali Politik Sekaligus Mengumumkan Mahu Bertanding Jawatan Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR sekali lagi pada Pemilihan PKR 2022 Dan Memenangi Jawatan Tersebut Dengan Undian Sebanyak 59,678 Berbanding Pencabarnya iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Sebanyak 43,010.
Menteri Ekonomi (2022-sekarang)
suntingInisiatif Pendapatan Rakyat
suntingInisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Ekonomi bagi membasmi golongan miskin tegar.
Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.
Sasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.
Kerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima mendapat manfaat daripada IPR.
Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)
suntingMalaysia melancarkan fasa pertama NETR, dengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin utama yang akan membuka peluang pelaburan peralihan tenaga bernilai RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.
Bagi fasa pertama NETR, jumlah pelaburan komited bernilai RM25 bilion yang dijangka mewujudkan kira-kira 23,000 pekerjaan berimpak tinggi dan berkualiti tinggi selain mengurangkan 10,000 gigagram bersamaan karbon dioksida tahunan.
Enam pemacu peralihan tenaga utama adalah kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu (TBB), hidrogen, biotenaga, mobiliti hijau, dan perangkap, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
Fasa kedua NETR dijangka dilancarkan dalam tempoh sebulan dan akan memberi tumpuan untuk mewujudkan laluan rendah karbon, campuran tenaga negara, dan sasaran mengurangkan pelepasan, serta pengupaya yang diperlukan.
Kertas Putih Gaji Progresif
suntingKertas Putih yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengandungi tiga mekanisme utama iaitu dilaksanakan secara sukarela, berteraskan insentif dan peruntukan yang disuntik kerajaan dan tanggungjawab pekerja dalam meningkatkan produktiviti.
Menerusi dasar itu, majikan akan dinilai dan diberi penarafan untuk membolehkan syarikat bersaing antara satu sama lain bagi mewujudkan budaya penetapan gaji yang lebih baik dan menarik bakat yang berkualiti.
Rafizi berkata, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela tanpa undang-undang baharu untuk memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan menerima pakai model gaji progresif.
Debat Sinar : Rafizi vs Khairy 2012
suntingRafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Moderator ialah Dr Maszlee Malik. [perlu rujukan]
Debat Model Ekonomi Baru : Rafizi vs Muhammed Syahir Sulaiman 2023
suntingDebat Model Ekonomi Baharu Malaysia antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI dan RTM pada 9 Ogos 2023 nyata memberi perspektif yang segar kepada rakyat Malaysia.
Rafizi dan Mohd Syahir telah membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu dalam menambah baik keadaan semasa.
Isu dan kontroversi
suntingPendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat
suntingPada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil.[6] Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memburukkan nama beliau. Jika gagal mempertahankan diri dan membuktikan kebenaran tuduhan beliau, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yakin Shahrizat tidak bersalah. [7][8]
Memenjarakan Rosmah dan Najib
suntingRafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Najib dan Rosmah akan terus dipenjarakan.[9].
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Votes | Pct | Lawan | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Rafizi Ramli (PKR) | 48,183 | 66.73% | Lim Chin Yee (MCA) | 21,454 | 29.71% | 73,225 | 26,729 | 87.32% | ||
2022 | Rafizi Ramli (PKR) | 74,002 | 63.98% | Muhammad Rafique Zubir Albakri (PAS) | 25,706 | 22.23% | 115,656 | 48,296 | 77.76% | ||
Leong Kok Wee (MCA) | 11,664 | 10.09% | |||||||||
Ong Tee Keat (WARISAN) | 3,323 | 2.87% | |||||||||
Nadia Hanafiah (PEJUANG) | 961 | 0.83% |
Buku
suntingReformasi 2.0 (harga RM 10.00) - [14]
Rujukan
sunting- ^ https://www.utusan.com.my/berita/2022/05/rafizi-timbalan-presiden-pkr-baharu/#:~:text=PETALING%20JAYA%3A%20Rafizi%20Ramli%20memenangi,dalam%20pemilihan%20parti%20pada%202018.
- ^ Biodata-Rafizi Ramli
- ^ Interview with Rafizi Ramli, PKR Strategic Director: The debate of the year.
- ^ Rafizi Ramli lepas jawatan Ketua Eksekutif.
- ^ Selangorku.com
- ^ "Pendedahan Skandal NFC: Ada Unsur-unsur Penyelewengan Wang Rakyat", Rafiziramli.com, 8 November 2011.
- ^ Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta
- ^ "Shahrizat fail saman RM100j", Utusan Online. 2 Januari 2012.
- ^ Politik."Utusan Malaysia", Utusan Malaysia. 30 April 2013. Retrieved on 30 April 2013.
- ^ "P100: Pandan, Selangor". Utusan. Dicapai pada 19 October 2014. Independent and third party candidates are not included. Percentage figures are based on total turnout.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ Buku Reformasi 2.0
Pautan luar
sunting- Blog Rafizi Ramli - http://rafiziramli.com .