Camellus De'lelli Anam

ChaQ (lahir Maxmillian Camellus De’leili Anam; 26 Julai 1988 – 21 Mac 2023) merupakan penyanyi lelaki Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau menjadi terkenal sebagai penyanyi selepas menyertai rancangan Mentor 3. [1] Beliau ialah abang kepada Stacy yang merupakan bekas juara Akademi Fantasia Musim 6[2] dan juga abang ipar kepada penyanyi Afiq Hakim Ahmad. Beliau telah mengeluarkan single lagu yang baru yang bertajuk "C.I.N.T.A".[2]

ChaQ
Kelahiran
Maxmillian Camellus De'lelli Anam

(1988-07-26)26 Julai 1988
Meninggal dunia21 Mac 2023(2023-03-21) (umur 34)
Sebab kematianKemalangan jalan raya
PekerjaanPenyanyi, penari
Tahun aktif2007–2023
Terkenal keranaNaib Juara Mentor 3
Ibu bapaAnam Bayar (bapa)
Agnes Kaloos (ibu)
SaudaraStacy Anam (adik)
Afiq Hakim Ahmad (adik ipar)

Kematian

sunting

Beliau telah meninggal dunia pada 21 Mac 2023 di Hospital Sibu, Sarawak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bintangor sehingga mengakibatkan beliau mengalami pendarahan dalam kepala.[3] ChaQ ialah peserta Mentor keempat yang meninggal dunia selepas Yanie Julkarim pada 2010, diikuti oleh Alif Johan pada 2019 dan Sandra Dianne pada 2020.

Mentor 3

sunting
Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Pengenalan "My Love"
(Justin Timberlake)
Kump. A
Battle 1 "Terima Kasih Cinta" (Afgan) 1
"Gagap" (Stacy)
Battle 2 "Sayang" (Ajai & Marsha)
  • duet dengan Keena
1
"Bila Rasaku Ini Rasamu" (Kerispatih)
Battle 3 "Mana Satu Idaman Kalbu" / "Malam Ku Bermimpi" (P. Ramlee & Saloma) 2
"Apologize" (Timbaland)
Semifinal 1 "Inilah Nasibku" (Nico) / "Fanatik" (KRU) 2
Semifinal 2 "Mengenangmu" (Kerispatih) 3
"Smooth Criminal" / "Beat It" / "Billie Jeans" / "You Are Not Alone" (Michael Jackson)
Grand Finale "Tapi Bukan Aku" (Kerispatih) / "Revolusi" (Bunkface) Naib Juara
"Penjelasan Satu Persatu" (Chaq)
(Lagu & Lirik: Ajai)
"Aku Cinta Aku Rindu" (Ajai & Nurul) / "Jai Ho" (The Pussycat Dolls) / "Boom Boom Pow" (The Black Eyed Peas)

Mania!

sunting
Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Minggu 2 "Gagap" (Stacy) Empayar Biru
Minggu 4 "Lelaki Seperti Aku" (Alif Satar) Tersingkir

Diskografi

sunting

Single

sunting
  • Penjelasan Satu Persatu (2009)
  • Cinta (2012)

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Acara Peranan Saluran TV Nota
2007 Gangtarz 1 Peserta (bersama Evoke) TV3 Tersingkir Semifinal
2009 Mentor 3 Protege kepada Ajai Naib Juara
2012 Mania! Dibawah Empayar Aubrey Suwito Astro Ria Tersingkir dikonsert minggu 4

Rujukan

sunting
  1. ^ Abd. Aziz Itar (28 Mei 2009). "Chaq nafi klon Ajai". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  2. ^ a b Liling (29 September 2012). "CHAQ ABANG KEPADA STACY KELUAR SINGLE TERBARU !". Dicapai pada 14 November 2017.
  3. ^ https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/9-hari-selepas-kemalangan-abang-stacy-meninggal-dunia/

Pautan luar

sunting