Good Vibes Festival

festival muzik tahunan di Malaysia

Good Vibes Festival (GVF) ialah sebuah festival muzik tahunan anjuran Future Sound Asia yang diadakan di Malaysia sejak 2013. Pada awalnya, ia diadakan selama sehari, tetapi kemudiannya diadakan dalam tempoh dua hari sejak 2016, dan pada edisi 2023, dijadualkan selama tiga hari.

Good Vibes Festival
Pemandangan tapak festival; edisi 2018
GenreFestival muzik
KekerapanTahunan
LokasiLitar Antarabangsa Sepang, Selangor

Genting Highlands, Pahang (2016 - 2019)

Sunway Lagoon, Pahang (2022)
NegaraMalaysia
Tahun aktif
13 Ogos 2013 (2013-08-13) – kini
Dirasmikan13 Ogos 2013; 11 tahun yang lalu (2013-08-13)
Paling terkini
21 Julai 2023
Dianjurkan oleh
Future Sound Asia Sdn. Bhd.
Laman sesawang
www.goodvibesfestival.com
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

2010-an

sunting

GVF mula dianjurkan sebagai konsert aneka artis pada 13 Ogos 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, dengan barisan pemain seperti The Smashing Pumpkins dan Modest Mouse. Pada 2014, GVF dipanjangkan sebagai acara dua hari, dan menampilkan Ellie Goulding dan kugiran Empire of the Sun sebagai pemuzik utama.[1] GVF tidak diadakan pada 2015, dan bermula 2016 dan edisi seterusnya, GVF diadakan di Genting Highlands.

2020-an

sunting

GVF tidak diadakan pada 2020 dan 2021 berikutan perihal pandemik COVID-19. GVF kembali dianjurkan pada September 2022, kali ini dilakukan di Sunway Lagoon dengan nama Good Vibes Weekender, membawa penyanyi rap Korea, CL, dan Jackson Wang selaku barisan pemuzik utama.[2] GVF pada edisi 2023 menandakan ulang tahun sedekad sejak edisi pertama. Edisi 2023 juga diadakan kembali di venue edisi-edisi terawal, Litar Antarabangsa Sepang, edisi pertama dengan (cubaan) tempoh anjuran tiga hari, dan menampilkan barisan utama pemuzik, mengikut hari anjuran: The 1975, The Kid Laroi dan The Strokes, di samping artis lain.[3] Edisi ini juga mendapat perhatian atas kenaikan harga tiket sehingga menjadi harga termahal dalam sejarah penganjuran.[4] Walau bagaimanapun, berikutan skandal melibatkan persembahan The 1975, GVF dibatalkan pada hari kedua dan ketiga (lihat bahagian Kontroversi).

Barisan pemuzik

sunting
Edisi Tahun Tarikh Lokasi Barisan utama
1 2013 13 Ogos 2013 Litar Antarabangsa Sepang, Selangor The Smashing Pumpkins · Modest Mouse
2 2014 23 Ogos 2014 Ellie Goulding · The Smashing Pumpkins · Empire of the Sun
3 2016 12 - 13 Ogos 2016 Genting Highlands, Pahang The 1975 · Disclosure[5]
4 2017 12 - 13 Ogos 2017 Phoenix · G-Eazy · Kodaline · The Kooks
5 2018 21 - 22 Julai 2018 Lorde · SZA · Alt-J · Odesza
6 2019 20 - 21 Julai 2019 Rae Sremmurd · Yuna[6]
7[a] 2022 23 - 24 September 2022 Sunway Lagoon, Kuala Lumpur CL · Jackson Wang
8 2023 21 Julai 2023[b] Litar Antarabangsa Sepang, Selangor The 1975 · The Kid Laroi · The Strokes

Kontroversi

sunting

2023: Adegan homoseksual The 1975

sunting

Edisi 2023 diganggu kontroversi besar yang melibatkan persembahan penutup malam hari pertama oleh The 1975, khususnya vokalisnya, Matty Healy. Dalam persembahan kugiran tersebut, Matty telah dilaporkan meludah di pentas, menyalakan rokok, membimbit botol wain, menghempaskan dron penganjur, serta kelihatan mabuk.[7] Susulan tingkah laku tersebut, beliau menyatakan ketidakpuashatiannya tentang ulasan di Tiktok yang mengandaikannya sebagai pedofil[8] dan kemudian menggunakan kesempatan di atas pentas untuk mengutuk perundangan berkaitan homoseks dan hak LGBTQ+ di Malaysia yang secara kuat menentang golongan LGBTQ+. Matty menyatakan bahawa pihaknya "telah membuat kesilapan. Semasa kami menempah rancangan, saya tidak melihatnya. [...] Jadi, saya menarik persembahan semalam dan kami berbual, kami berkata 'anda tahu, kami tidak boleh mengecewakan anak-anak kerana mereka bukan kerajaan'".[9][10] Beliau mengutuk kerajaan Malaysia dengan hinaan retarded ("terencat" atau "bodoh")[11] sebelum bertindak mencium rakan kugirannya, Ross MacDonald sebagai adegan dukungan LGBTQ+.[12]

Pada keesokan hari, adegan itu menjadi isu senegara, dan The 1975 ditahan dan serta-merta disenarai hitam daripada melakukan persembahan di Malaysia.[13] Pihak kerajaan Malaysia kemudiannya mendesak penganjur untuk membatalkan festival muzik selanjutnya, dengan menyatakan bahawa "kelakuan dan kenyataan kontroversi" oleh Matty adalah "berlawanan dengan tradisi dan nilai budaya tempatan."[14][15] Warga-warga minoriti yang berkaitan LGBTQ+ telah menyatakan bahawa tindakan Matty telah merosakkan usaha mereka dalam memperjuangkan hak mereka dan tindakannya merupakan aktivisme performatif yang dilakukan tanpa memikirkan akibat yang akan dialami oleh minoriti-minoriti yang terlibat.[16][17] Berikutan kontroversi tersebut, The 1975 telah membuat kenyataan bahawa persembahan mereka yang dijadualkan berlangsung di Indonesia dan Taiwan telah dibatalkan.[18]

  1. ^ Sebagai Good Vibes Weekender.
  2. ^ Pada asalnya dijadualkan diadakan pada 21 hingga 23 hari bulan, tetapi dihentikan awal berikutan skandal melibatkan The 1975.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ellie Goulding, Empire Of The Sun to headline Good Vibes Festival". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-22.
  2. ^ Selvakumaran, Thashine. "Best weekend ever!". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-22.
  3. ^ "Daniel Caesar, Ty Dolla $ign and more added to Good Vibes Festival 2023 lineup". Lifestyle Asia Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-23. Dicapai pada 2023-07-22.
  4. ^ Hype Malaysia (2023-02-22). "100% Price Increase? Netizens Compare Good Vibes Festival 2023 Tickets To Previous Years - Hype MY" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-22.
  5. ^ "PHOTO GALLERY: All the good things about Good Vibes Festival 2016". Bandwagon Asia (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-16. Dicapai pada 2023-07-22.
  6. ^ "Good Vibes Festival 2019 announces second wave lineup and additional Boiler Room stage – Yuna, Joji, SonaOne, BAYNK, and more confirmed". Bandwagon Asia (dalam bahasa Inggeris). 2019-06-20. Dicapai pada 2023-07-22.
  7. ^ Solhi, Farah (22 Julai 2023). "Ministry pulls the plug on Good Vibes Festival". New Straits Times.
  8. ^ Dye, Eleanor (2023-07-22). "Malaysia bans The 1975 after Matty Healy kisses bandmate". Mail Online. Dicapai pada 2023-07-24.
  9. ^ Murphy, Matt (22 Julai 2023). "Matty Healy: 1975 show ended in Malaysia after singer attacks anti-LGBT laws". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  10. ^ Kreps, Daniel (21 Julai 2023). "The 1975's Set at Malaysia Festival Cut Short as Matty Healy Slams Anti-LGBTQ Laws". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  11. ^ "The 1975's Healy calls Malaysian govt "retarded" at Good Vibes Festival, removed off stage". Sinar Daily (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-22. Dicapai pada 2023-07-23.
  12. ^ Aniftos, Rania (21 Julai 2023). "Matty Healy Says The 1975 Is Banned From Kuala Lumpur After Onstage Kiss". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  13. ^ "Pengunjung Festival Good Vibes jelik aksi The 1975, setuju tindakan senarai hitam". Harian Metro. 2023-07-22. Dicapai pada 2023-07-23.
  14. ^ "Malaysia Halts Music Festival After Kiss Between Bandmates Onstage". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-22. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2023-07-22.
  15. ^ Thomas, Tobi (2023-07-22). "Malaysian festival halted after Matty Healy criticises anti-LGBTQ+ laws". The Observer (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0029-7712. Dicapai pada 2023-07-22.
  16. ^ Khomami, Nadia (2023-07-23). "The 1975 cancel shows in Indonesia and Taiwan after Malaysia gay kiss uproar". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-07-24.
  17. ^ "Malaysia halts music festival after same-sex kiss by British band The 1975". NBC News (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-22. Dicapai pada 2023-07-24.
  18. ^ "The 1975 cancels Indonesia and Taiwan shows after Malaysia LGBT row". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-23. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

sunting