Mohd Isa Shafie
Yang Berhormat Dato' Mohd Isa bin Shafie (1954 – 14 Jun 2023) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik,[1] Kedah bertanding di atas tiket PAS pada sesi 1999—2004, 2004—2008 dan 2018—2023; beliau meninggal dunia ketika menjawat jawatan.[2]
Yang Berhormat Dato' Mohd Isa Shafie DSDK (Kedah) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Belantek | |
Dalam jawatan 2018 – 14 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Tajuddin Abdullah (BN-UMNO) |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | Hamlan Din (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Mohd Tajuddin Abdullah (BN-UMNO) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1954 Sik, Kedah |
Mati | 14 Jun 2023 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah | (umur 68–69)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Kedah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kehidupan
suntingMohd Isa dilahirkan pada tahun 1954 di Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sik (1961-1966) dan Madrasah Al-Infitah Al-Khairiah (1967-1970).[3]
Politik
suntingKeputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Belantik | Mohd Isa Shafie | PAS | 6,556 | Siti Meriam | BN | 6,031 | 525 |
2004 | Belantik | Mohd Isa Shafie | PAS | 7,310 | Md Salleh Ismail | BN | 7,259 | 51 |
2018 | Belantik | Mohd Isa Shafie | PAS | 9,600 | Tajuddin Abdullah | BN | 7,026 | 2,574 |
Abdul Rashid Abdullah | PKR | 2,376 |
Anugerah dan pengiktirafan
suntingKematian
suntingPada pukul 11:23 malam 14 Jun 2023, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Jenazah beliau telah dibawa pulang pada kira-kira pukul 2:00 pagi untuk dimandikan dan disembahyangi.[5] Jasad beliau lalu disembahyangi pula di surau Kampung Jering sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Badru, Kampung Jering, Chepir pada pukul 11:30 pagi.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Senarai ADUN Kedah". Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2023. Dicapai pada 16 Jun 2023.
- ^ a b Norlia Ramli (15 Jun 2023). "Jenazah ADUN Belantik selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Jun 2023.
- ^ "Mohd Isa Shafie". PRU Sinar Harian. Dicapai pada 16 Jun 2023.
- ^ BERNAMA (Jun 19, 2022). "Raja Muda Kedah ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah". BH. Dicapai pada 20 Jun 2022.
- ^ "Jenazah ADUN Belantek selamat dikebumikan". Astro Awani. 15 Jun 2023. Dicapai pada 16 Jun 2023.