Johari Harun
Dato' Sri Johari Harun (lahir di Janda Baik, Bentong, Pahang, 17 Januari 1970 – meninggal di Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos 2023 pada umur 53 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang di DUN Pelangai mewakili Barisan Nasional[1] pada November 2022, dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang[2].
Dato' Sri Johari Harun | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 2 Disember 2022 [note 1] – 17 Ogos 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
Portfolio | Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau |
Didahului oleh |
|
Kawasan pilihan raya | Pelangai |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Pelangai | |
Dalam jawatan 19 November 2022 – 17 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Adnan Yaakob (BN–UMNO) |
Majoriti | 4,048 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johari bin Harun 17 Januari 1970 Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia |
Mati | 17 Ogos 2023 Elmina, Shah Alam, Selangor, Malaysia | (umur 53)
Cause of death | Kemalangan pesawat |
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | Maziah Samsudin |
Pendidikan | Maktab Tentera Diraja |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan | Ahli politik, ahli perniagaan |
Johari meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 disebabkan kemalangan pesawat ringan yang dinaiki di Elmina, Shah Alam, Selangor.[3]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N36 Pelangai | Johari Harun | BN (UMNO) | 7,308 | Kasim Samat | PN (PAS) | 3,260 | 4,048 |
Ahmed Wafiuddin Shamsuri | PH (Amanah) | 2,031 | ||||||
Isa Ahmad | Pejuang | 65 |
Kematian
suntingBeliau meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 akibat kapal terbang yang dinaiki terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam. Kemalangan tersebut berlaku ketika fasa pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pesawat ringan berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang menuju Selangor. Insiden itu juga turut melibatkan seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.[3]
Nota
sunting- ^ Menjawat jawatan 12 hari selepas dilantik.
Rujukan
sunting- ^ "Keputusan PRU Pahang 2022 (Pilihanraya Umum Ke 15)". Semakan.my. 2018-05-07. Dicapai pada 2023-08-17.
- ^ "Wan Rosdy umum senarai Exco Pahang". Astro Awani. 14 Disember 2022. Dicapai pada 2023-08-17.
- ^ a b "EXCO Pahang, Johari Harun, antara 10 korban jet persendirian di Elmina". BH. 17 Ogos 2023. Dicapai pada 17 Ogos 2023.