Hitz (stesen radio)
Astro Radio Hitz atau Hitz (juga dikenali sebagai Hitz FM dan digayakan sebagai hitz)[1] ialah sebuah stesen radio Malaysia dalam bahasa Inggeris tempatan yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings. Memainkan muzik hit antarabangsa terkini dan terbaik untuk pendengar berumur 10 tahun hingga 40 tahun, Hitz merupakan memainkan pelbagai muzik dari rock dj sebahgian KPOP-berBahasa Inggeris muzik 1990-an 2000-an 2010-an & 2020-an saluran berBahasa Inggeris di Malaysia yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.[2]
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran |
|
Slogan | Malaysia's #1 Hit Music Station (atau Malaysia's No.1 Hit Music Station) (sejak 1 Jun 1996) |
Tarikh siaran pertama |
|
Format | Muzik Kontemporari Hit (Top 40 dan US Top 40) |
Bahasa | Inggeris |
Pengenal terdahulu | Hitz FM (1 Januari 1997 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio (Measat Radio Communications Sdn. Bhd.) |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | hitz |
Sejak Januari 1997, saluran ini dikenali sebagai Hitz FM. Kemudian pada Januari 2001, tanda noktah diletakkan & menjadikan hitz.fm, bukan saja merujuk kepada nama radio malah juga laman webnya www.hitz.fm (kini dikenali sebagai hitz.com.my). Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada 1 Januari 2018 sepertimana stesen Astro Radio yang lain untuk menumpu kepada platform digital.[3]
Radio edisi tempatan
suntingHitz Sarawak
suntingHitz Sarawak ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 25 Oktober 2010 sehingga 30 September 2023. Hitz Sarawak secara rasmi menghentikan atau menutup penghantaran dan siaran pada hari ini dan secara rasmi kembali dihidupkan semula dan dilancarkan semula ke Hitz.[4]
Bandar | Kuching, Sarawak, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Malaysia's #1 Hit Music Station |
Frekuensi | 95.3 FM (Kuching) (Diambil alih oleh HITZ) |
Tarikh siaran pertama | 25 Oktober 2010 |
Format | Muzik Kontemporari Hit (Top 40 dan US Top 40) |
Tarikh siaran terakhir | 1 Oktober 2023 |
Bahasa | Bahasa Inggeris Amerika |
Pengenal terdahulu |
|
Pemilik | Astro Radio (Measat Radio Communications Sdn. Bhd.) |
Saluran kembar |
Hitz Sabah
suntingHitz Sabah ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 1 Disember 2010 sehingga 30 September 2023. Hitz Sabah secara rasmi menghentikan atau menutup penghantaran dan siaran pada hari ini dan secara rasmi kembali dihidupkan semula dan dilancarkan semula ke Hitz.[5]
Bandar | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | Malaysia's #1 Hit Music Station |
Frekuensi | 100.8 FM (Kota Kinabalu) (Diambil alih oleh HITZ) |
Tarikh siaran pertama | 1 Disember 2010 |
Format | Muzik Kontemporari Hit (Top 40 dan US Top 40) |
Tarikh siaran terakhir | 1 Oktober 2023 |
Bahasa | Bahasa Inggeris Amerika |
Pengenal terdahulu |
|
Pemilik | Astro Radio (Measat Radio Communications Sdn. Bhd.) |
Saluran kembar |
Sejarah penubuhan Hitz Sarawak dan Hitz Sabah
suntingPada September 2010, Hitz Sarawak dan Hitz Sabah telah dilancarkan bersama rakan Melayu dan Cina masing-masing Era Sarawak, Era Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]
Pada 2 Januari 2018, Hitz FM Sarawak dan Hitz FM Sabah telah dijenamakan semula kepada Hitz Sarawak dan Hitz Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]
Hitz Sabah dan Hitz Sarawak berhenti siaran dan kembali semula ke Hitz Semenanjung Malaysia dari Bukit Jalil
suntingPada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]
Selepas 13 tahun bersiaran, Hitz Sabah dan Hitz Sarawak akan ditamatkan pada 1 Oktober 2023.[perlu rujukan]
Sejarah
suntingLatar belakang
suntingHITZ, bersama-sama stesen kembar MIX dan LITE, merupakan antara stesen radio bahasa Inggeris yang pertama kali dimiliki swasta untuk disiarkan di Malaysia, setelah melancarkan gelombang udara pada Januari 1997 dan menjadi salah satu saluran audio Astro sejak pelancaran rangkaian satelit pada Oktober 1996. Negara ini hanya mempunyai satu stesen radio bahasa Inggeris sebelum ini, iaitu Radio Malaysia Saluran 4 (kini TraXX FM) milik kerajaan dari RTM.
Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis indie.
Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai Hitz FM (dengan tanda titik) sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke "hitz fm" pada tahun 2014 tanpa tanda titik.
Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm (sebelum dijenamakan semula sebagai Astro hitz). Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.
Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya bahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.
Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (Cruisers secara ringkas). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm.
Kini, Hitz Sabah dan Hitz Sarawak secara rasmi menghentikan atau menutup penghantaran dan siaran pada hari ini dan telah kembali secara rasmi dihidupkan semula dan dilancarkan semula ke senarai main muzik bertanda Hitz sejak itu secara rasmi kembali dihidupkan semula.
Isu dan kontroversi
suntingPada September 2017, sebuah isu berlaku apabila pihak Hitz memaparkan sebuah video yang dikatakan berunsur transfobia di laman Facebook rasmi; video tersebut memaparkan dua orang penyampai, Ryan De Alwis dan Arnold Loh berjalan melepasi seorang "wanita", tetapi muntah apabila mendapat tahu bahawa orang tersebut ialah seorang transgender. Video itu mendapat kecaman daripada sesetengah pihak seperti golongan pendokong transgender, dan pihak Hitz memohon maaf atas video tersebut lalu memadamkan video itu.[6]
Pada Februari 2021, Yusuf Shukri (DJ Yusuf), penyampai Hitz FM bagi kawasan Sarawak mendapat kecaman sejagat apabila memuat naik sebuah video di laman Tik Tok peribadinya yang memperlekehkan intonasi bahasa Inggeris seorang guru Sains, Rafidah Rahmat dalam saluran DidikTV KPM yang baru dilancarkan.[7][8] Susulan itu, DJ Yusuf digantung kerja oleh pihak Hitz, dan pihak pengurusan Astro serta Yusuf sendiri memohon maaf atas tindakan luar batas itu.[7]
Pergantian nombor
suntingPada 1 Oktober 1996, HITZ dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 304.
Pada 1 November 1999, HITZ telah dinomborkan semula dari saluran 304 ke saluran 104.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, HITZ akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 852.
Penyampai
suntingPenyampai Harian
sunting- Arnold Loh
- Prem Shanker
- Anne Jacyntha Stanley
- Calista Leah Liew
- Zher Peen
- Ili Ruzanna Iqbal
Penyampai Hujung Minggu
sunting- Arka
- Dhabita
- Daniel Cheang
Hitz Xcelerate
sunting- Simon Lee And Alvin
Bekas penyampai
suntingBerikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.
- Ryan Matjeraie (2013-2016, berpindah ke Fly FM)
- Juanita Ramayah (2013-2018)
- Adam Izzy (2014-2017)
- Sher Mohamed (2013-2016)
- Ean Nasrun (2005-2016, 2018-2024) (berpindah ke Fly FM)
- Jin Lim (2007-2015)
- Natalie Kniese (berpindah ke Fly FM)
- Hunny Madu (2007–2008)
- Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
- Rudy Sufian (2003–2008)
- Azura Zainal (2006–2007)
- Marion Caunter (2006—2007)
- Brian Vinesh (2005—2007)
- Jason Lo (2003–2007)
- Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
- Serena Choong (2000—2006)
- Phat Fabes (1999–2006) (berpindah ke Lite)
- Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
- Li'l Kev (1997–2003)
- FlyGuy (1997–2003)
- Anushia Kanagasabai (1997–2002)
- John Boy (John Lee) (1997–1999, 2001)
- Mesh Nair (1997–2004)
- Ross Yusof (1997–2004)
- Farouk Khan (1997)
- Diana (Diana Sabapathy)
- Kudsia Kahar (1997-1998) (berpindah ke Lite)
- Jake Abdullah
- Adam Carruthers
- Jay (2016-2018)
- Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Mix)
- Khalif Sultan (2016-2019)
- Sangeeta (2021-2023) (berpindah ke Fly FM)
- Raj Mahal (2022-2024)
- Aelden Sin (Hitz Sabah, 2023)
- Keanu Azman (2018-2024)
- JJ Fernandez (2000-2012)
- Shel
- Teejay
- Ben
- Nazri (Berpindah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio)
- Junior
Segmen
suntingIsnin - Jumaat
suntingSegmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Back to Back Hitz | 00:00 - 06:00 | |
Hitz Morning Crew | Arnold, Prem & Anne | 06:00 - 10:00 |
Hitz Days | Calista Leah Liew | 10:00 - 15:00 |
Hitz Drive | Zher | 15:00 - 20:00 |
Hitz Tonight | Ili | 20:00 - 00:00 |
Sabtu
suntingSegmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Hitz Weekend | 6am - 7am | - |
Hitz Weekend | 10am - 12pm | Daniel Cheang |
Hitz Weekend | 12pm-3pm | Dhabita |
Hitz RIM chart show | 3pm-5pm | Zher |
Hitz Weekend | 5pm-8pm | Arka |
Club Hitz | 9pm - 4am | Jakeman & Skeletor, Simon Lee & Alvin (via segment Hitz Xcelerate from 11pm weekend) |
Hardwell On Air | 12am - 1am | Hardwell |
Bak2bak Hitz | 4am - 6am | - |
Ahad
suntingSegmen | Masa | Penyampai |
---|---|---|
Club Hitz | 12am-3am | - |
Back To Back Hitz | 3am-6am | - |
Hitz Weekend | 10am-12pm | Daniel Cheang |
Hitz Weekend | 12pm-3pm | Dhabita |
Hitz Gayo | 3pm-5pm | Calista |
Hitz Weekend | 5pm-8pm | Arka |
Hitz RIM Chart Show (repeat) | 8pm-10pm | Zher |
Club Hitz | 11pm-3am | Simon Lee & Alvin dalam Slot "Hitz Xcelerate" setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 11 hingga 12 tengah malam. |
Frekuensi
suntingRadio
suntingFrekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
92.9 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali |
92.8 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai |
92.4 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya |
93.6 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
92.7 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
95.0 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
93.0 MHz | Melaka & Johor Utara | Gunung Ledang |
97.6 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
93.2 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
94.8 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung |
95.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
105.1 MHz | Sibu, Sarawak | Bukit Lima |
105.8 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
100.8 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong |
99.8 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Televisyen
suntingPlatform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 852 |
Rujukan
sunting- ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
- ^ "71% of Malaysians Listen to Astro Radio". Astro. 19 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
- ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai pada 13 January 2018.
- ^ Astro Radio Ceases Operation In Sabah & Sarawak, All Staff Given Voluntary Separation Scheme (VSS)
- ^ Astro Radio Ceases Operation In Sabah & Sarawak, All Staff Given Voluntary Separation Scheme (VSS)
- ^ Brown, Victoria (21 September 2017). "Hitz FM apologises for 'transphobic' video" [Hitz FM memohon maaf atas video berunsur 'transfobia']. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (19 Februari 2021). "Sindir guru, deejay Hitz FM Sarawak bakal digantung tugas". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
- ^ Musa, Nur Huda (19 Februari 2021). ""Saya bangga jadi cikgu" – Cikgu Rafidah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.