Sukan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan ini kemudiannya dinamakan semula kepada Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga 1974.

Sukan Komanwel
SingkatanSUKOM
Edisi pertama1930 di Hamilton, Kanada
Diadakan pada setiap4 tahun
Edisi terakhir2022 di Birmingham, England
Edisi seterusnya2026

Seperti jumlah acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik, Sukan Komanwel turut menampilkan beberapa acara sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti boling padang, ragbi dan bola jaring.

Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.

Sejarah

sunting

Pada tahun 1891, seorang penulis iaitu Reverend Astley Cooper telah mencadangkan satu temasya sukan khas bagi ahli-ahli naungan Empayar British. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.

Pada tahun 1911, satu Kejohanan Antara Empayar telah diadakan bersama dengan Perayaan Empayar British di London bagi meraikan pertabalan Raja George V. Kejohanan ini disertai negara Australasia (Australia dan New Zealand), Kanada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.

Pada tahun 1928, Melville Marks Robinson dari Kanada telah mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Kanada pada tahun 1930 buat pertama kalinya. Sebanyak 11 negara dengan 400 atlet menyertai edisi pertama sukan itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .

Sejak itu Sukan Komanwel diadakan sekali dalam setiap empat tahun kecuali pada 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua. Kini, sebanyak 72 negara bekas jajahan British menyertai temasya ini, walaupun hanya 56 negara berdaulat yang merupakan ahli Negara-Negara Komanwel.

Upacara pembukaan

sunting
  • Sejak 1930 hingga 1950, perbarisan dan upacara pembukaan dimulakan dengan menaikkan bendera Union Jack sebagai simbol Britain selaku penjajah dalam Empayar British.
  • Sejak 1958, larian baton yang dikenali sebagai Larian Baton Ratu dimulakan dari Istana Buckingham sebagai tanda upacara pembukaan. Baton ini membawa mesej "Selamat Datang" kepada semua atlet. Larian baton ini berakhir di tempat Sukan Komanwel pada tahun itu diadakan.

Pemulauan

sunting

Beberapa negara pernah memulaukan Sukan Komanwel. Antaranya termasuklah Nigeria memulaukan Sukan Komanwel 1978 kerana New Zealand menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Selain itu, 32 negara dari 59 negara dari benua Afrika, Asia dan kepulauan Caribbean memulaukan Sukan Komanwel 1986 kerana Perdana Menteri Britain , Margaret Thather menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Pemulauan juga terjadi pada tahun 1974, 1982 dan 1990 kerana isu Afrika Selatan.

Senarai edisi Sukan Komanwel
Tahun Edisi Bandar hos Negara Dirasmikan oleh Sukan Acara Negara Tarikh mula Tarikh tamat Peserta Pasukan terbaik Ruj.
1930 I Hamilton   Kanada Viscount Willingdon 6 59 11 16 Ogo 23 Ogo 400   England [1]
1934 II London   England Raja George V 6 68 16 4 Ogo 11 Ogo 500   England [2]
1938 III Sydney   Australia Lord Wakehurst 7 71 15 5 Feb 12 Feb 464   Australia [3]
1942 Montreal   Kanada Dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua[1]
1946 Cardiff   Wales
1950 IV Auckland   New Zealand Sir Bernard Freyberg 9 88 12 4 Feb 11 Feb 590   Australia [4]
1954 V Vancouver   Kanada Earl Alexander of Tunis 9 91 24 30 Jul 7 Ogo 662   England [5]
1958 VI Cardiff   Wales Putera Philip, Duke Edinburgh 9 94 36 18 Jul 26 Jul 1122   England [6]
1962 VII Perth   Australia 9 104 35 22 Nov 1 Dis 863   Australia [7]
1966 VIII Kingston   Jamaica 9 110 34 4 Ogo 13 Ogo 1050   England [8]
1970 IX Edinburgh   Scotland 9 121 42 16 Jul 25 Jul 1383   Australia [9]
1974 X Christchurch   New Zealand 9 121 38 24 Jan 2 Feb 1276   Australia [10]
1978 XI Edmonton   Kanada Ratu Elizabeth II 10 128 46 3 Ogo 12 Ogo 1474   Kanada [11]
1982 XII Brisbane   Australia Putera Philip, Duke Edinburgh 10 142 46 30 Sep 9 Okt 1583   Australia [12]
1986 XIII Edinburgh   Scotland Ratu Elizabeth II 10 163 26 24 Jul 2 Ogo 1662   England [13]
1990 XIV Auckland   New Zealand Putera Edward, Duke Edinburgh 10 204 55 24 Jan 3 Feb 2073   Australia [14]
1994 XV Victoria   Kanada Queen Elizabeth II 10 217 63 18 Ogo 28 Ogo 2557   Australia [15]
1998 XVI Kuala Lumpur   Malaysia Tuanku Ja’afar 15 213 70 11 Sep 21 Sep 3633   Australia [16]
2002 XVII Manchester   England Ratu Elizabeth II 17 281 72 25 Jul 4 Ogo 3679   Australia [17]
2006 XVIII Melbourne   Australia 16 245 71 15 Mac 26 Mac 4049   Australia [18]
2010 XIX Delhi   India Pratibha Patil
Charles, Putera Wales
17 272 71 3 Okt 14 Okt 4352   Australia [19]
2014 XX Glasgow   Scotland Ratu Elizabeth II 17 261 71 23 Jul 3 Ogo 4947   England [20]
2018 XXI Gold Coast   Australia Charles, Putera Wales 19 275 71 4 Apr 15 Apr 4426   Australia [21]
2022 XXII Birmingham   England 20 280 72 28 Jul 8 Ogo 5054   Australia [22]
2026 XXIII TBD[2]
2030 XXIV TBD

Penyertaan negara

sunting
 
Lokasi sukan, dan penyertaan negara.

Nota:

1: Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung sebagai Malaysia pada 1963. Singapura meninggalkan persekutuan pada 1965.
2: Menjadi Sri Lanka pada 1972.
3: Menyertai Kanada pada 1949.
4: Menjadi Ghana pada 1957.
5: Menjadi Guyana pada 1966.
6: Menjadi Belize pada 1973.
7: Meninggalkan Komanwel semasa diserah balik kepada China pada 1997.
8: Ireland diwakili sebagai Negara Bebas Ireland dan Ireland Utara pada 1934. The Irish Free State , subsequently known as Eire (1937 hingga 1948), meninggalkan Komanvel as the Republic of Ireland pada January 1 1949.
9: Bersaing dari 1958–1962 sebagai sebahagian daripada Rhodesia dan Nyasaland.
10: Tanah Jajahan Aden menjadi Arab Selatan yang meninggalkan Komanwel pada 1968.
11: Rhodesia Selatan dan Rhodesia Utara bersekutu dengan Nyasaland dari 1953 sebagai Rhodesia dan Nyasaland yang berakhir pada 1963.
12: Dibahagikan kepada Rhodesia Selatan dan Rhodesia Utara pada 1953.
13: Zanzibar dan Tanganyika bersekutu membentuk Tanzania pada 1964.
14: Menarik diri dari Komanwel pada 2003.

Acara sukan

sunting
Acara yang diberhentikan

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  1. ^ The Complete Book of The Commonwealth Games (Gold Coast Edition) by Graham Groom (2017)
  2. ^ "Victoria axes Commonwealth Games plans due to financial constraints, Daniel Andrews confirms..." Australian Broadcasting Corporation. 18 Julai 2023. Dicapai pada 18 Julai 2023.