Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (Inggeris: Crown Colony of Sarawak) merupakan sebuah Jajahan Mahkota British dari tahun 1946 hingga 1963 sebelum Pembentukan Malaysia .
Tanah Jajahan Mahkota Sarawak Sarawak | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1946-1963 | |||||||||
| |||||||||
Lagu kebangsaan: God Save the King (1946–1952) God Save the Queen (1952–1963) Fair Land Sarawak (1946–1963) | |||||||||
Ibu negara | Kuching | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Inggeris, Iban, Melanau, Dialek-dialek Bidayuh, Melayu Sarawak, Cina dll. | ||||||||
Kerajaan | Jajahan mahkota | ||||||||
Pemimpin | |||||||||
• 1946–1952 | George VI | ||||||||
• 1952–1963 | Elizabeth II | ||||||||
Gabenor | |||||||||
• 1946–1949 | Charles Clarke | ||||||||
• 1960–1963 | Alexander Waddell | ||||||||
Badan perundangan | Council Negri | ||||||||
Era Sejarah | Imperialisme Baru | ||||||||
1 Julai 1946[1][2] | |||||||||
22 Julai 1963 | |||||||||
16 September 1963 | |||||||||
Mata wang | Dolar Sarawak, lalu digantikan Dolar Malaya dan Borneo British | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Malaysia |
Sejarah
suntingPenyerahan
suntingSelepas pendudukan Jepun di Sarawak telah dibawa ke penghujungnya pada 11 September 1945, Pentadbiran Tentera British melantik John Fitzpatrick untuk mentadbir Sarawak sebelum dikembalikan kepada Rajah Charles Vyner Brooke tujuh bulan kemudian pada 15 April 1946.[3] Charles Vyner Brooke mendatang ke Sarawak pada 15 April 1946 untuk menerima serahan wilayah Sarawak, dan semasa kedatangannya dia diberi reaksi hangat oleh rakyat Sarawak. Sewaktu pendudukan Jepun Sarawak mengalami kerugian 23 juta dollar[Mata wang apanya?] (Tidak termasuk kerugian 57 juta dolar oleh syarikat-syarikat minyak Sarawak) akibat perobohan medan-medan minyak, lapangan terbang, dan ladang-ladang getah. Charles Vyner Brooke terperasan ketidakcukupan sumber-sumber bagi membangunkan Sarawak. Bahkan dia tidak mempunyai pewaris jantan untuk menggantikan pendudukannya sebagai raja dan tidak yakin dengan kemampuan saudaranya, Bertram Brooke dan anak lelakinya Anthony Brooke bagi memerintah Sarawak. Vyner Brooke bersangka bahawa penyerahan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota United Kingdom boleh membantu dalam pembangunan infrastruktur Sarawak dan pengembangan ekonominya pasca-perang. Berita mengenai penyerahan Sarawak telah diumumkan pada 8 Februari 1946; terdapat reaksi campur daripada rakyat Sarawak. Masyarakat Iban, Cina dan Melanau menerima berita secara positif. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang Melayu menentang terhadap penyerahan Sarawak kepada kerajaan United Kingdom. Para wakil United Kingdom menjalankan beberapa tinjauan antara kaum-kaum di Sarawak mengenai hal penyerahan. Pada 10 Mei 1946, sebuah laporan telah dihantarkan kepada Colonial Office di London, yang memasukkan berikut:[4]
... Terdapat hati-hati rakyat tempatan secukupnya yang bersetuju atau sesuai dengan hal penyerahan Sarawak yang mewajarkan kebolehan mengenai hal-hal penyerahan dibawa tanpa tindakan 'Council Negri' Sarawak, bahkan mereka mendesak ketidakperluan penangguhan proses penyerahan Sarawak kepada United Kingdom
Menurut Radio ABC Melbourne, Rajah Charles Vyner Brooke akan menerima £1 juta sebagai pengganti kerugian bagi penyerahan Sarawak. Perbuatan ini membawa sangkaan bahawa Vyner berniat menjual Sarawak demi keuntungan peribadi – bercanggahan terhadap perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa Sarawak patut menuju ke pentadbiran sendiri dibawah bimbingan Brooke. Perlembagaan tersebut tidak dilaksanakan kerana pencerobohan Jepun. Penyerahan Sarawak dikritik oleh Utusan Sarawak, oleh kerana si British gagal melindungi Sarawak daripada pencerobohan Jepun pada 1942, namun cuba mendakwa Sarawak selepas perang. Sehubungan dengan itu, si British hanya bersetuju untuk memberi pinjaman wang bagi membangunkan Sarawak selagi ia diserahkan sebagai jajahan mahkota. Oleh itu, pendakwaan United Kingdom pada Sarawak dipandang sebagai keazaman untuk mengeksploitasi sumber-sumber alam Sarawak demi keuntungan si British. Sebagai penambahan, pejabat penjajahan British telah mencuba penggabungan Tanah Melayu British, Negeri-Negeri Selat, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak sebagai satu unit pentadbiran. Daripada 1870 sehingga 1917, si British juga cuba campur tangan dengan hal ehwal penempatan Sarawak, tetapi itu ditentang oleh Rajah Charles Brooke dengan rintangan kuat. United Kingdom juga telah membuat cubaan campur tangan dalam penggantian Anthony Brooke pada 1940, dan 1941 memaksakan Vyner Brooke menandatangani perjanjian dengan United Kingdom untuk menempatkan penasihat British di Sarawak oleh kerana rasa cemas akan pengaruh Jepun di Asia Tenggara. Si British juga menjadi berwaspada akan niat-niat Australia untuk mengambil alih pentadbiran tentera pada Sarawak. Akibatnya, kerajaan British mahu mengambil Sarawak sebelum para Australia.[4] United Kingdom mempunyai masalah kewangan pasca-perang jadi menggunakan sumber-sumber daripada Sarawak untuk membangunkan pasca-ekonominya dan membayar hutang pinjaman wang perang. Pada 6 Februari 1946, keterangan rasmi bagi penaklukan Sarawak diumumkan oleh House of Commons, dinyatakan bahawa si British perlukan kewajipan tambahan untuk melepaskan penunaian dibawah perjanjian perlindungan pada 1888 bagi Sarawak, perjanjian 1941 mengenai kewajipan bagi bertindak atas nasihat wakil British berkaitan perlindungan, hubungan luar dan status warganegara asing.[5]
Pentadbiran
suntingGabenor Tanah Jajahan Mahkota Sarawak adalah kerajaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Pusat British kepada penyerahan Sarawak daripada Pentadbiran Brooke pada tahun 1946. Pelantikan itu dibuat oleh Raja George VI, dan kemudian Ratu Elizabeth II sehingga kerajaan sendiri Sarawak pada 22 Julai 1963 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Selepas pembentukan Malaysia, tajuk itu ditukar kepada 'Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sarawak', yang juga bermakna 'Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak', atau 'Tuan Yang Terutama yang Dipertua Negeri Sarawak dan pelantikan itu kemudian dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia. Kediaman rasmi Gabenor Sarawak pada masa itu adalah di Astana, yang terletak di bank Utara Sungai Sarawak.
Senarai Gabenor Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
suntingNo. | Nama | Tarikh Pelantikan | Tarikh Keluar | Note |
---|---|---|---|---|
1. | Sir Charles Noble Arden-Clarke | 26 Oktober 1946 | 26 Julai 1949 | Gabenor Pertama Tanah Mahkota Sarawak |
2. | Sir Duncan George Stewart | 14 November 1949 | 10 Disember 1949 | Dibunuh oleh Rosli Dhobi sambil melawat Sibu di 3 Disember 1949 |
3. | Sir Anthony Foster Abell | 4 April 1950 | 15 November 1959 | Asalnya dilantik 3 terma 3 tahun sahaja, akan tertapi terma beliau dilanjukan hingga 1959. Beliau kemudian menjadi ahli Suruhanjaya Cobbold. |
4. | Sir Alexander Waddell | 23 Februari 1960 | 21 Julai 1963 | Gabenor terakhir Jajahan Sarawak. |
Rujukan
sunting- ^ "Sarawak as a British Crown Colony (1946–1963)". Sarawak State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2017. Dicapai pada 4 August 2017.
- ^ Walter Yust (1947). Ten eventful years: a record of events of the years preceding, including and following World War II, 1937 through 1946. Encyclopaedia Britannica. m/s. 382.
- ^ Alexander, Gordon Crocker (2002). "The economic history of Sarawak during the colonial period (1946–1963)" (PDF). UNIMAS. Faculty of Economics and Business – Universiti Malaysia Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 February 2018. Dicapai pada 10 February 2018.
- ^ a b Ho, Hui Ling (2001). "Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British, 1946–1951 (Cession of Sarawak to the British, 1946 to 1951)" (PDF). Persatuan Sejarah Malaysia (Malaysian Historical Society). 9 (4): 43–73. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 May 2017. Dicapai pada 14 March 2018.
- ^ Porritt, Vernon L (1994). British colonial rule in Sarawak, 1946–1963 (Tesis). Murdoch University.