Kepulauan Falkland
Kepulauan Falkland (Sepanyol: Islas Malvinas[2]) ialah sebuah kepulauan di selatan Lautan Atlantik, yang terletak 480 km dari persisiran pantai Argentina, 1,080 km di barat Pulau Shag, Georgia Selatan, dan 940 km di utara Wilayah Antartika British (yang bertindih dengan kawasan Antartika yang dituntut oleh Argentina dan Chile). Kepulauan terpencil ini terdiri daripada dua pulau utama, iaitu Pulau Barat dan Pulau Timur, dan 776 pulau kecil yang lain.[3] Stanley, yang terletak di Pulau Timur, ialah ibu negaranya. Kepulauan ini ialah sebuah Wilayah Luar Negeri British yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi dituntut oleh Argentina sejak penubuhan semula pemerintahan British pada tahun 1833.[4]
Kepulauan Falkland کڤولاوان فالکلاند | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Desire the right" (Inginkan kebenaran) | |||||
Lagu kebangsaan: "God Save the Queen (Tuhan Selamatkan Ratu) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Stanley | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Wilayah Seberang Laut British | ||||
• Ketua negara | Ratu Elizabeth II | ||||
• Gabenor | Nigel Haywood | ||||
• Ketua Eksekutif | Keith Padgett[1] | ||||
Wilayah Luar Negeri British | |||||
• Hari Pembebasan | 14 Jun 1982 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 12,200 km2 (4,700 bt2) (ke-162) | ||||
0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2005 | 3,060 (ke-226) | ||||
0.25/km2 (0.6/sq mi) (ke-240) | |||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | AS$75 juta (ke-223) | ||||
AS$25,000 (ang. 2002) (tiada) | |||||
Mata wang | Paun Kepulauan Falkland1 ( FKP ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
• Musim panas (DST) | UTC-3 | ||||
Kod panggilan | 500 | ||||
Kod ISO 3166 | FK | ||||
DPT internet | .fk | ||||
1 Diikat kepada Paun sterling (GBP). |
Dalam usaha memenuhi tuntutan ini pada tahun 1982, kepulauan ini ditakluki Argentina yang mencetuskan Perang Falkland selama dua bulan di antara Argentina dan United Kingdom. Di dalam perang yang tidak diisytiharkan itu, tentera Argentina menerima kekalahan dan terpaksa berundur. Sejak peperangan itu, kegiatan ekonomi seperti perikanan dan pelancongan berkembang pesat. Penduduk kepulauan ini diberikan kewarganegaraan penuh British (sejak Akta Kerakyatan British (Kepulauan Falkland) 1983) dan di bawah undang-undang Argentina pula layak menerima kerakyatannya juga.[perlu rujukan] Namun begitu, penduduk pulau ini menolak kedaulatan Argentina.[5] Ramai penduduknya berasal daripada peneroka-peneroka berketurunan Scotland yang berhijrah ke pulau ini pada awal abad ke-19.
Sejarah
suntingKepulauan yang lenggang ini mula ditemui oleh Kaptan John Davis pada 1592 manakala pendaratan pertama yang dicatat oleh Kaptan John Strong pada 1690.
Kepulauan Falkland atau Islas Malvinas pada asalnya di bawah kekuasaan kerajaan Sepanyol. Tetapi selepas Argentina mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol, kerajaannya mula berminat dengan kepulauan ini dan mengambil semula wilayah ini pada tahun 1820. Pada tahun 1882, suatu skuadron kapal British telah menceroboh serta menawan kepulauan ini dan mengisytiharkannya sebagai jajahan British.
Pada awal November 1914, Angkatan Laut Britain telah menghantar dua kapal tempur penjajap yang mempunyai enjin moden yang terpantas pada ketika itu, Inflexible dan Invincible bagi melindungi Kepulauan Falkland. Sebulan kemudian, Britain juga menghantar lima buah penjajap, Carnarvon, Cornwall, Kent, Bristol dan Glasgow ke Pengkalan Tentera Laut Port Stanley. Akibat tidak berwaspada dengan persediaan tersebut, pada 7 Disember, 1914, lima buah Penjajap Jerman telah cuba menyerang dan juga cuba mengambil alih Port Stanley.
Apabila komander Jerman, Laksamana Maximilian Spee melihat bahawa telah diserang oleh sejumlah yang besar angkatan perang British mula menyerang dari kawasan berkenaan. Kapal-kapal British telah berjaya ditawan oleh angkatan Laksamana Spee. Kapal perang British yang besar telah berjaya menenggelamkan Kapal Perang Scarnhorst dan Gneisenau. Nurnberg dan Leipzig telah mengejar dan memusnahkan Dresden yang sedang berusaha untuk menyelamatkan diri. Laksamana Spee dan dua anaknya adalah diantara 2,200 angkatan laut Jerman sailors yang terbunuh di medan perang berkenaan. Kepulauan Falkland masih berada dibawah kawalan Angkatan Laut British selepas perang berkenaan.
Politik
suntingSebagai jajahan British, pulau ini diketuai oleh Ratu Elizabeth II dan diwakili oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh baginda. Disamping itu terdapat sebuah badan perundangan kecil yang terdiri dari lapan ahli majlis perundangan atau legislative councillors.
Ekonomi
suntingSebelum Perang Falkland, ekonomi utama kepualauan ini ialah penternakan biri-biri. Rakyatnya terpaksa bergantung kepada 24 ladang kambing biri-biri besar yang beroperasi disini.
Tetapi selepas perang tersebut kerajaan British mula sedar tentang kepentingan pulau ini. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada rakyat disini, mereka telah menyalurkan bantuan kewangan kepada jajahan yang miskin ini. Kini negara ini boleh berbangga dengan pendapatan per kapita 25,000 paun, lebih tinggi dari negara Amerika Latin yang lain dan hampir sama sengan Amerika Syarikat. Di samping itu, pengangguran tidak wujud di kepulauan ini.
Antara aktiviti yang penting ialah penternakan ikan yang menyumbang hampir separuh KDNK di sini. Empat tahun selepas peperangan tamat, satu sumber ekonomi lumayan telah diperkenalkan iaitu penangkapan sotong, suatu komoditi yang mempunyai permintaan tinggi di Jepun serta Sepanyol. Selain itu, terdapat ura-ura penemuan petroleum di persisiran pantainya. Sekiranya ia benar, pulau ini yang hanya mempunyai penduduk seramai 3,000 orang akan menjadi sebuah pulau yang kaya.
Sistem pencen bagi penduduk pulau ini sepenuhnya disumbang oleh peruntukan 80 juta paun sterling. Bandar utama di Stanley mempunyai sekolah menengah bercorak baru dan kerajaan telah membayar sejumlah kos dari pelbagai sumber kepada pelajar - pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian tingginya.
Sekiranya penduduk pulau berkenaan memerlukan rawatan perubatan yang terdapat di pusat perubatan tempatan, mereka boleh mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan perubatan swasta yang terbaik di Chile atau Perkhidmatan Kemudahan Kesihatan di Britain yang tertakluk kepada senarai menunggu yang disediakan.
Lihat juga
sunting- (Inggeris) Asal penduduk pulau Falkland
Sumber
sunting- Terjemahan dari "From peat to petroleum, post-war Falklands prosper" (Dari Arang batu ke Petroleum, pasca-perang Falkland mewah) oleh Mary Milliken, Yahoo News, 28 September 2005
15 Februari 2005
Pautan luar
sunting- L.L. Ivanov et al. The Future of the Falkland Islands and Its People. Sofia: Manfred Wörner Foundation, 2003. 96 pp. ISBN 954-91503-1-3 (Capítulo principal en español)
- Carlos Escudé and Andrés Cisneros, eds. Historia de las Relaciones Exteriores Argentinas. Work developed and published under the auspices of the Argentine Council for International Relations (CARI). Buenos Aires: GEL/Nuevohacer, 2000. (in Spanish) ISBN 950-694-546-2
- Graham Pascoe and Peter Pepper. Getting it right: The real history of the Falklands/Malvinas. May 2008.(Versión en español)
- D.W. Greig, Sovereignty and the Falkland Islands Crisis. Austrialian Year Book of International Law. Vol. 8 (1983). pp. 20-70. ISSN: 0084-7658
- ^ "Kerajaan Kepulauan Falkland melantik Ketua Eksekutif baru". Kerajaan Kepulauan Falkland. 30 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-07. Dicapai pada 2008-09-16.
- ^ "Falklands: las (islas) Malvinas". Kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Sepanyol (dalam bahasa Inggeris). WordReference. Dicapai pada 2008-09-16.
- ^ "Kepulauan: Lokasi". Laman web rasmi kerajaan Kepulauan Falkland (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-28. Dicapai pada 2008-09-16.
- ^ "Asal usul pertikaian kedaulatan" (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Hubungan Luar Argentina. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-31. Dicapai pada 2008-09-16.
- ^ "Profil Negara: Kepulauan Falkland - Kedaulatan ke atas Kepulauan ini". Negara dan Wilayah. Pejabat Luar Negara dan Komanwel (FCO) UK. 27 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-09-16.