Maldives
Republik Divehi (Divehi: ދިވެހިރާއްޖެ Dhivehi Raajje, nama rasmi ) atau juga dikenali dengan nama bahasa Inggerisnya Maldives adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia.
Republik Divehi ريڤوبليك ديۏيهي ދިވެހިރާއްޖޭގެ ޖުމްހޫރިއްޔާ (Divehi Rājjēge Jumhuriyyā) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Qaumii salaam Salam Bangsa/Kaum | |||||
Ibu negara | Malé | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Divehi | ||||
Bahasa yang diiktiraf | Bahasa Inggeris | ||||
Kumpulan etnik | ≈100% orang Divehi[1][2][3] | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden | ||||
• Presiden | Mohamed Muizzu | ||||
Hussain Mohamed Latheef | |||||
Mohamed Aslam | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 300[4] km2 (120 bt2) (ke-186) | ||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 557,426 atau 379,270 oranga [5] (ke-178) | ||||
• Bancian Penduduk 2014 | 437,535 atau 339,761 oranga [5] | ||||
1,102.5/km2 (2,855.5/sq mi) (ke-11) | |||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $8.972 billion[6] (ke-163) | ||||
▲ USD23,343 [6] (ke-58) | |||||
KDNK (nominal) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▼ USD4.536 bilion[6] (156th) | ||||
▼ $11,801[6] | |||||
Gini (2005–2013) | 37.4[7] sederhana · ke-76 (CIA) | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.740[8] tinggi · ke-95 | ||||
Mata wang | Rufiyaa ( MVR ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | 960 | ||||
Kod ISO 3166 | MV | ||||
DPT internet | .mv |
Kepulauan ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada jajahan Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuah Republik.
Penamaan
suntingNama negara ini dalam bahasa Divehi iaitu ދިވެހިރާއްޖެ Dhivehi Rajje sempena bangsa Divehi (ދިވެހި Dhivehi) yang menduduki kepulauan ini, nama mereka sendirinya diakar ungakapan Sanskrit द्वीपवासिन् dvīpa-vāsin "penghuni pulau".[9] Cogan kata jata kebangsaannya menggunakan bentuk Arab namanya iaitu المَحَلدِيبِيَة Al-Maḥaldībīyāh yang berkaitan dengan دِيبِيَة Dībīyāh digunakan manuskrip Akhbar al-Sin wa'l-Hind bertarikh 852 Masihi;[10] Ibn Battutah sendiri mencatatkan nama kepulauan tersebut sebagai ذِيبَةُ المَحَل Dzībat ul-Maḥal yakni "kepulauan[a] kota Malé[b]";[11] begitu juga dalam kitab mengenai kepulauan tersebut terawal bertarikh abad ke-18 iaiu Tarīkh Islam Dībat Maḥal ("Sejarah Islam di Kepulauan Maḥal") dikarang seorang kadi bernama Ḥassan Taj ad-Dīn.[10]
Kepulauan ini mempunyai nama tertentu digunakan dalam persuratan Melayu klasik iaitu Baldewa (Jawi: بلدوي ) yang ada dicatatkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa.[12] Sebuah peta Bugis abad ke-19 yang disimpan perpustakaan Universiti Utrecht turut mencatatkan nama suatu kepulauan Maladiwa (Aksara Lontara: ᨆᨛᨒᨉᨗᨓᨗ) waima tidak tepatnya terletak bersebelahan kepulauan Nakkavaram di barat laut yakni belah penjuru kiri mata pembaca.[13]
Sejarah
suntingMaldives dikira sudah memiliki kerajaan yang tertubuh sejak abad ke-6/5 SM.[14] Negara ini memiliki sejarah lebih 2,500 tahun menurut bukti sejarah dan legenda.[15] Pemukim awal kepulauan Maldives kemungkinan ialah orang Gujarat yang tiba dan menetap di Sri Lanka pada sekitar 500 SM. Bukti pengaruh budaya dari India Utara dapat dilihat dari gaya pembuatan kapal dan syiling perak.[16]
Walaupun biasanya disebut ringkas dalam kebanyakan buku sejarah, tempoh pengaruh Buddha selama 1,400 tahun mempunyai kepentingan asas dalam sejarah Maldives. Dalam tempoh inilah, budaya Maldives yang masih ada hingga kini berkembang. Bahasa Maldives, tulisan awal, seni bina, institusi pemerintahan, adat resam dan adab orang Maldives berasal pada tempoh Buddha.[17]
Kepentingan orang Arab selaku pedagang di Lautan Hindi pada abad ke-12 secara sebahagian mungkin dapat menjelaskan penukaran agama raja Buddha terakhir, Dhovemi kepada agama Islam pada tahun 1153 (atau 1193). Dengan gelaran Muslim Sultan Muhammad al-Adil, baginda memulai zaman enam dinasti Islam yang memerintah hingga 1932, ketika kesultanan sebaliknya dilantik melalui pemilihan.
Kepulauan ini merupakan tumpuan banyak pedagang kerana adanya banyak kulit siput biya yang dijadikan barangan mata wang di serata Asia dan timur Afrika, terutamanya Kesultanan Benggala. Kulit-kulit siput ini sering ditukarkan dengan beras untuk kegunaan masyarakat setempat.[18]
Zaman kolonial
suntingPada 1558, pihak Portugis mendirikan pengaruh di Maldives, dengan kawalan dari tanah jajahan utama di Goa. Usaha mereka untuk menyebarkan agama Kristian menerbitkan pemberontakan yang dipimpin oleh Muhammad Thakurufaanu al-Auzam dan dua saudaranya 15 tahun kemudian yang berjaya mengusir pihak Portugis; peristiwa ini sekarang diperingati sebagai Hari Nasional.[19]
Pada pertengahan abad ke-17, Belanda yang menggantikan Portugis sebagai kekuatan dominan di Ceylon, mendirikan hegemoni atas urusan Maldives tanpa melibatkan diri secara langsung dalam urusan tempatan yang diatur menurut adat Islam yang sudah berusia berabad-abad.
British pula mengusir Belanda dari Ceylon pada 1796, dan memasukkan Maldives sebagai tanah naungan British. Status Maldives sebagai tanah naungan dirasmukan tercatat dalam perjanjian 1887, di mana sultan Muhammad Mueenuddeen II yang menerima pengaruh British ke atas hubungan dan pertahanan luar Maldives, sambil tetap mempertahankan pemerintahan dalam negeri yang terus diatur oleh warga Muslim melalui institusi tradisional dengan bayaran ufti tahunan. Status pulau-pulau itu mirip dengan tanah naungan lain di wilayah Lautan Hindi.
Pascakemerdekaan
suntingNegara ini merdeka dari taklukan British tahun 1968 masih memelihara sistem kesultanannya,[20] dengan Muhammad Fareed Didi sebagai ketua negara bergelar "raja" dan Ibrahim Nasir sebagai perdana menteri. Namun, kesultanan Maldives hanya bertahan selama tiga tahun dan kemudian dihapuskan serta diganti menjadi republik berikutan suatu pungutan suara dibuat tahun 1968 di mana 81.23% menyatakan setuju pemansuhan menjadi suatu republik.[20][21]
Pemerintahan Ibrahim Nasir mula dikecam kerana sifat kuku besinya sehinggakan ada warga Atol Addu yang mengisytiharkan diri merdeka membentuk Republik Suvadive Syarikat yang bertujuan menjalinkan hubungan rapat dengan pihak British.[22]
Sektor pelancongan mula dikembangkan pada tahun 1970-an; resort pelancongan pertama di kepulauan tersebut, Kurumba Maldives mula dibuka pada 3 Oktober 1972.
Geografi
suntingKepulauan Madlives terdiri daripada 1,192 buah pulau karang yang tergolong dalam 26 buah atol yang bertaburan dalam kawasan kira-kira 90 ribu kilometer persegi. Negara ini terletak di antara garisan latitud 1°S dengan 8°U dan longitud 72° and 74°T.
Maldives ialah negara terendah di dunia secara geografi dengan ketinggian purata maksimum dan minimum masing-masing hanya 2.4 dan 1.5 meter di atas paras laut. Namun begitu, paras ini boleh bertambah sehingga mencecah beberapa meter di tapak pembinaan.
Geografi negara yang begitu rendah ini menyebabkan Maldives berisiko besar untuk tenggelam sepenuhnya akibat peningkatan paras laut. Pihak PBB memberi amaran bahawa peningkatan paras laut pada kadar terkini boleh menyebabkan Maldives tidak dapat dihuni menjelang tahun 2100.[23][24]
Selain masalah kenaikan paras laut, kecurian pasir pantai serta masalah sistem pembuangan sampah ialah masalah-masalah alam sekitar yang wujud di Maldives. Walaupun perairan Maldives adalah bersih secara keseluruhan, kebanyakan sampah dari Malé dan resort-resort lain hanya dibuang di Thilafushi.[25]
Iklim
suntingMaldives memiliki iklim monsun tropika dengan julat suhu harian yang tidak ketara. Kepulauan ini mengalami monsun barat daya dari bulan Jun hingga Ogos dan monsun timur laut dari November hingga Mac. Taburan hujan purata tahunan negara ialah 2,540 mm di utara dan 3,810 mm di selatan.[26]
Data iklim untuk Malé (1981–2010) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 30.3 (86.5) |
30.7 (87.3) |
31.4 (88.5) |
31.6 (88.9) |
31.2 (88.2) |
30.6 (87.1) |
30.5 (86.9) |
30.4 (86.7) |
30.2 (86.4) |
30.2 (86.4) |
30.1 (86.2) |
30.1 (86.2) |
30.6 (87.1) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 28.0 (82.4) |
28.3 (82.9) |
28.9 (84.0) |
29.2 (84.6) |
28.8 (83.8) |
28.3 (82.9) |
28.2 (82.8) |
28.0 (82.4) |
27.8 (82.0) |
27.8 (82.0) |
27.7 (81.9) |
27.8 (82.0) |
28.2 (82.8) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 25.7 (78.3) |
25.9 (78.6) |
26.4 (79.5) |
26.8 (80.2) |
26.3 (79.3) |
26.0 (78.8) |
25.8 (78.4) |
25.5 (77.9) |
25.3 (77.5) |
25.4 (77.7) |
25.2 (77.4) |
25.4 (77.7) |
25.8 (78.4) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 114.2 (4.50) |
38.1 (1.50) |
73.9 (2.91) |
122.5 (4.82) |
218.9 (8.62) |
167.3 (6.59) |
149.9 (5.90) |
175.5 (6.91) |
199.0 (7.83) |
194.2 (7.65) |
231.1 (9.10) |
216.8 (8.54) |
1,901.4 (74.86) |
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) | 6 | 3 | 5 | 9 | 15 | 13 | 12 | 13 | 15 | 15 | 13 | 12 | 131 |
Purata kelembapan relatif (%) | 78.0 | 77.0 | 76.9 | 78.1 | 80.8 | 80.7 | 79.1 | 80.5 | 81.0 | 81.7 | 82.2 | 80.9 | 79.7 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 248.4 | 257.8 | 279.6 | 246.8 | 223.2 | 202.3 | 226.6 | 211.5 | 200.4 | 234.8 | 226.1 | 220.7 | 2,778.2 |
Sumber 1: World Meteorological Organization[27] | |||||||||||||
Sumber 2: NOAA[28] |
Demografi
suntingJumlah penduduk Maldives dianggarkan ialah 341,356 orang pada 2014.[29]
Agama
suntingKini, Islam ialah agama utama rata-rata semua penduduk Maldives memandangkan pengangan Islam ialah syarat dalam kelayakan kewargananegaraan Maldives.
Pada asalnya, kepulauan Maldives mempunyai pengaruh Buddha,[30] tetapi bertukar kepada kawasan pengaruh Islam apabila agama Islam dibawa oleh para pedagang pada abad ke-12.
Bahasa
suntingBahasa rasmi Maldives ialah Bahasa Divehi, sejenis bahasa Indo-Arya. Bahasa Inggeris juga banyak ditutur dalam kalangan masyarakat Maldives.[31]
Pengangkutan
suntingPintu masuk utama negara ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Velana yang terletak berdekatan Malé. Perjalanan antara pulau-pulau Maldives boleh dilakukan dengan tiga cara, yakni melalui penerbangan domestik, kapal terbang laut atau kapal biasa.[32]
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ Levinson, David (1947). Ethnic groups worldwide: a ready reference handbook. Oryx Publishers. ISBN 978-1-57356-019-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2021. Dicapai pada 22 Ogos 2020.
- ^ Maloney, Clarence. "Maldives People". International Institute for Asian Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2002. Dicapai pada 22 Jun 2008.
- ^ "Maldives Enthnography". Maldives-ethnography.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 30 Jun 2010.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Field Listing: Area". CIA World Factbook. CIA World Factbook. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2012. Dicapai pada 27 Januari 2016.
- ^ a b "Maldives Population Projections 2014-2054". Statistics Maldives. National Bureau of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2021. Dicapai pada 24 May 2020.
- ^ a b c d "Maldives". Tabung Kewangan Sedunia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2021. Dicapai pada 23 April 2018.
- ^ "2015 Human Development Report Statistical Annex" (PDF). United Nations Development Programme. 2015. m/s. 17. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 March 2016. Dicapai pada 14 December 2015.
- ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 January 2021. Dicapai pada 16 December 2020.
- ^ Wilhelm Geiger, trans. Mrs. J. C. Willis, Máldivian Linguistic Studies, Journal of the Ceylon Branch of the Royal Asiatic Society 27 (Colombo: 1911), 149–52. ISBN 8120612019
- ^ a b Lunde, Paul (2005). "The Seas of Sinbad". Saudi Aramco World. 56 (4): 20–29. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2007. Dicapai pada 24 September 2008.
- ^ Rujuk:
- Mahdi Husain, penyunting (1953). The Rehla Of Ibn Battuta (India, Maldive Islands and Ceylon). Baroda: Oriental Institute. m/s. 197-8.
- Ibnu Battutah (2003). Wan Roslili Abd. Majid; Ismail Haji Ibrahim (penyunting). Pengembaraan Ibn Battutah. Diterjemahkan oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah; Adi Setia Mohd. Dom. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. ISBN 9839099574.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "Baldewa". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 110. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ Aditya Bayu Perdana; Muhammad Buana (2023). "Islands, maps, and Lontara'; Bugis counter-mapping on a nineteenth-century map of Nusantara". Wacana. 24 (3): 552–3. doi:10.17510/wacana.v24i3.1653.
- ^ Mohamed, Naseema. "First Settlers". Note on the Early History of the Maldives. doi:10.3406/arch.2005.3970. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2021. Dicapai pada 28 November 2019.
- ^ ދިވެހީންގެ އަސްލު (dalam bahasa Divehi). Maldives: ދިވެހިތާރީޚަށް ޚިދުމަތްކުރާ ޤައުމީ މަރުކަޒު. 1998. m/s. 3.
- ^ "Where Did the Maldives People Come From?".
- ^ Maloney, Clarence. People of the Maldive Islands. Orient Longman.
- ^ Boomgaard, P. (1 January 2008). Linking Destinies: Trade, Towns and Kin in Asian History. BRILL. ISBN 9789004253995 – melalui Google Books.
- ^ Division, American University (Washington, D. C. ) Foreign Areas Studies; Stoddard, Theodore Lothrop (1971). Area Handbook for the Indian Ocean Territories: Co-authors: Theodore L. Stoddard [and Others] Prepared for the American University by the Institute for Cross-Cultural Research (dalam bahasa Inggeris). U.S. Government Printing Office. m/s. 27.
- ^ a b "Background Note: Maldives". Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. 7 April 2011. Dicapai pada 30 Disember 2011.
- ^ Malediven, 15. März 1968 : Staatsform Direct Democracy
- ^ "Former President Nasir Dies". Minivan News. 22 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2009. Dicapai pada 22 November 2008.
- ^ Megan Angelo (1 May 2009). "Honey, I Sunk the Maldives: Environmental changes could wipe out some of the world's most well-known travel destinations". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2012.
- ^ Kristina Stefanova (19 April 2009). "Climate refugees in Pacific flee rising sea". Washington Times.
- ^ Evans, Judith (24 April 2015). "Maldives island swamped by rising tide of waste". Financial Times. Dicapai pada 14 February 2017.
- ^ "Maldives – Atlapedia Online".
- ^ "World Weather Information Service – Malé". WMO. Dicapai pada 17 March 2016.
- ^ "Malé Climate 1961–90". NOAA. Dicapai pada 17 Mac 2016.
- ^ "GeoHive – Maldives Population". GeoHive. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2015.
- ^ "Conversion of the Maldives to Islam". maldivesstory.com.mv. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2003.
- ^ "Maldives Languages – Languages of Maldives – Language Spoken In Maldives". maldives.tourism-srilanka.com.
- ^ Maldives – Élite Diving Agency.
Pautan luar
suntingKetahui lebih lanjut tentang Maldives di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber |