Sukan Komanwel 1978
Sukan Komanwel 1978 telah diadakan di Edmonton, Alberta, Kanada, dari 3 hingga 12 Ogos 1978, dua tahun selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1976 yang diadakan di Montreal, Quebec. Temasya ini telah diboikot oleh Nigeria, sebagai protes terhadap hubungan sukan New Zealand dengan Afrika Selatan era apartheid, dan juga oleh Uganda, sebagai protes terhadap dakwaan permusuhan Kanada terhadap kerajaan Idi Amin.[1] Undian bidaan telah diadakan pada Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di Munich.
Bandar tuan rumah | Edmonton, Kanada |
---|---|
Penyertaan negara | 47 |
Penyertaan atlet | 1,475 |
Acara | 128 acara dalam 11 sukan |
Upacara pembukaan | 3 Ogos 1978 |
Upacara penutupan | 12 Ogos 1978 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Elizabeth II |
Stadium utama | Stadium Komanwel |
Temasya ini adalah Sukan Komanwel pertama di mana sistem berkomputer digunakan untuk mengendalikan penjualan tiket. Temasya ini juga adalah Sukan Komanwel pertama yang dinamakan sebagai Sukan Komanwel, setelah membuang perkataan British dari nama lamanya. Temasya ini dibuka oleh Ratu Elizabeth II buat kali pertama sejak baginda menjadi Ratu pada tahun 1952.
Pemilihan tuan rumah
suntingBandar | Pusingan 1 |
---|---|
Edmonton | 36 |
Leeds | 10 |
Penyertaan negara
sunting46 pasukan telah menyertai temasya sukan ini.</br>(Pasukan yang bertanding buat kali pertama ditunjukkan dalam huruf tebal ).
Pingat mengikut negara
sunting
* Tuan rumah (Kanada)
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Kanada (CAN)* | 45 | 31 | 33 | 109 |
2 | England (ENG) | 27 | 27 | 33 | 87 |
3 | Australia (AUS) | 24 | 33 | 27 | 84 |
4 | Kenya (KEN) | 7 | 6 | 5 | 18 |
5 | New Zealand (NZL) | 5 | 6 | 9 | 20 |
6 | India (IND) | 5 | 4 | 6 | 15 |
7 | Scotland (SCO) | 3 | 6 | 5 | 14 |
8 | Jamaica (JAM) | 2 | 2 | 3 | 7 |
9 | Wales (WAL) | 2 | 1 | 5 | 8 |
10 | Ireland Utara (NIR) | 2 | 1 | 2 | 5 |
11 | Hong Kong (HKG) | 2 | 0 | 0 | 2 |
12 | Malaysia (MAS) | 1 | 2 | 1 | 4 |
13 | Ghana (GHA) | 1 | 1 | 1 | 3 |
Guyana (GUY) | 1 | 1 | 1 | 3 | |
15 | Tanzania (TAN) | 1 | 1 | 0 | 2 |
16 | Trinidad dan Tobago (TTO) | 0 | 2 | 2 | 4 |
Zambia (ZAM) | 0 | 2 | 2 | 4 | |
18 | Bahamas (BAH) | 0 | 1 | 0 | 1 |
Papua New Guinea (PNG) | 0 | 1 | 0 | 1 | |
20 | Samoa (WSM) | 0 | 0 | 3 | 3 |
21 | Pulau Man (IOM) | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (21 negara) | 128 | 128 | 139 | 395 |
Tempat utama
sunting- Stadium Komanwel : Olahraga, Perasmian pembukaan dan penutupan (dibina baharu untuk temasya)
- Arena Universiti Alberta : Badminton
- Commonwealth Bowls: Boling padang (dibina baharu untuk temasya)
- Edmonton Gardens : Tinju
- Velodrom Argyll : Lumba basikal (dibina baharu untuk temasya)
- Northlands Coliseum : Gimnastik
- Padang Sasar Menembak Strathcona: Menembak (dibina baharu untuk permainan)
- Pusat Akuatik Kinsmen : Renang dan terjun (dibina baharu untuk temasya)
- Auditorium Jubli Alberta Utara : Angkat berat
- Gimnasium Universiti Alberta : Gusti
Rujukan
sunting- ^ Donald Macintosh; Michael Hawes; Donna Ruth Greenhorn; David Ross Black (5 April 1994). Sport and Canadian Diplomacy. McGill-Queen's Press - MQUP. m/s. 81. ISBN 978-0-7735-1161-3.
Pautan luar
sunting- "Edmonton 1978" . Commonwealthsport.com . Sukan Komanwel.
- Going the Distance, sebuah dokumentari NFB
Didahului oleh: Christchurch |
Sukan Komanwel Edmonton Sukan Komanwel XI |
Diikuti oleh: Brisbane |