Sukan Komanwel
Sukan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Games , disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan ini kemudiannya dinamakan semula kepada Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga 1974.
Singkatan | SUKOM |
---|---|
Edisi pertama | 1930 di Hamilton, Kanada |
Diadakan pada setiap | 4 tahun |
Edisi terakhir | 2022 di Birmingham, England |
Edisi seterusnya | 2026 |
Seperti jumlah acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik, Sukan Komanwel turut menampilkan beberapa acara sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti boling padang, ragbi dan bola jaring.
Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.
Sejarah
suntingPada tahun 1891, seorang penulis iaitu Reverend Astley Cooper telah mencadangkan satu temasya sukan khas bagi ahli-ahli naungan Empayar British. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.
Pada tahun 1911, satu Kejohanan Antara Empayar telah diadakan bersama dengan Perayaan Empayar British di London bagi meraikan pertabalan Raja George V. Kejohanan ini disertai negara Australasia (Australia dan New Zealand), Kanada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.
Pada tahun 1928, Melville Marks Robinson dari Kanada telah mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Kanada pada tahun 1930 buat pertama kalinya. Sebanyak 11 negara dengan 400 atlet menyertai edisi pertama sukan itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .
Sejak itu Sukan Komanwel diadakan sekali dalam setiap empat tahun kecuali pada 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua. Kini, sebanyak 72 negara bekas jajahan British menyertai temasya ini, walaupun hanya 56 negara berdaulat yang merupakan ahli Negara-Negara Komanwel.
Upacara pembukaan
sunting- Sejak 1930 hingga 1950, perbarisan dan upacara pembukaan dimulakan dengan menaikkan bendera Union Jack sebagai simbol Britain selaku penjajah dalam Empayar British.
- Sejak 1958, larian baton yang dikenali sebagai Larian Baton Ratu dimulakan dari Istana Buckingham sebagai tanda upacara pembukaan. Baton ini membawa mesej "Selamat Datang" kepada semua atlet. Larian baton ini berakhir di tempat Sukan Komanwel pada tahun itu diadakan.
Pemulauan
suntingBeberapa negara pernah memulaukan Sukan Komanwel. Antaranya termasuklah Nigeria memulaukan Sukan Komanwel 1978 kerana New Zealand menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Selain itu, 32 negara dari 59 negara dari benua Afrika, Asia dan kepulauan Caribbean memulaukan Sukan Komanwel 1986 kerana Perdana Menteri Britain , Margaret Thather menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Pemulauan juga terjadi pada tahun 1974, 1982 dan 1990 kerana isu Afrika Selatan.
Edisi
suntingTahun | Edisi | Bandar hos | Negara | Dirasmikan oleh | Sukan | Acara | Negara | Tarikh mula | Tarikh tamat | Peserta | Pasukan terbaik | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1930 | I | Hamilton | Kanada | Viscount Willingdon | 6 | 59 | 11 | 16 Ogo | 23 Ogo | 400 | England | [1] |
1934 | II | London | England | Raja George V | 6 | 68 | 16 | 4 Ogo | 11 Ogo | 500 | England | [2] |
1938 | III | Sydney | Australia | Lord Wakehurst | 7 | 71 | 15 | 5 Feb | 12 Feb | 464 | Australia | [3] |
1942 | – | Montreal | Kanada | Dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua[1] | ||||||||
1946 | – | Cardiff | Wales | |||||||||
1950 | IV | Auckland | New Zealand | Sir Bernard Freyberg | 9 | 88 | 12 | 4 Feb | 11 Feb | 590 | Australia | [4] |
1954 | V | Vancouver | Kanada | Earl Alexander of Tunis | 9 | 91 | 24 | 30 Jul | 7 Ogo | 662 | England | [5] |
1958 | VI | Cardiff | Wales | Putera Philip, Duke Edinburgh | 9 | 94 | 36 | 18 Jul | 26 Jul | 1122 | England | [6] |
1962 | VII | Perth | Australia | 9 | 104 | 35 | 22 Nov | 1 Dis | 863 | Australia | [7] | |
1966 | VIII | Kingston | Jamaica | 9 | 110 | 34 | 4 Ogo | 13 Ogo | 1050 | England | [8] | |
1970 | IX | Edinburgh | Scotland | 9 | 121 | 42 | 16 Jul | 25 Jul | 1383 | Australia | [9] | |
1974 | X | Christchurch | New Zealand | 9 | 121 | 38 | 24 Jan | 2 Feb | 1276 | Australia | [10] | |
1978 | XI | Edmonton | Kanada | Ratu Elizabeth II | 10 | 128 | 46 | 3 Ogo | 12 Ogo | 1474 | Kanada | [11] |
1982 | XII | Brisbane | Australia | Putera Philip, Duke Edinburgh | 10 | 142 | 46 | 30 Sep | 9 Okt | 1583 | Australia | [12] |
1986 | XIII | Edinburgh | Scotland | Ratu Elizabeth II | 10 | 163 | 26 | 24 Jul | 2 Ogo | 1662 | England | [13] |
1990 | XIV | Auckland | New Zealand | Putera Edward, Duke Edinburgh | 10 | 204 | 55 | 24 Jan | 3 Feb | 2073 | Australia | [14] |
1994 | XV | Victoria | Kanada | Queen Elizabeth II | 10 | 217 | 63 | 18 Ogo | 28 Ogo | 2557 | Australia | [15] |
1998 | XVI | Kuala Lumpur | Malaysia | Tuanku Ja’afar | 15 | 213 | 70 | 11 Sep | 21 Sep | 3633 | Australia | [16] |
2002 | XVII | Manchester | England | Ratu Elizabeth II | 17 | 281 | 72 | 25 Jul | 4 Ogo | 3679 | Australia | [17] |
2006 | XVIII | Melbourne | Australia | 16 | 245 | 71 | 15 Mac | 26 Mac | 4049 | Australia | [18] | |
2010 | XIX | Delhi | India | Pratibha Patil Charles, Putera Wales |
17 | 272 | 71 | 3 Okt | 14 Okt | 4352 | Australia | [19] |
2014 | XX | Glasgow | Scotland | Ratu Elizabeth II | 17 | 261 | 71 | 23 Jul | 3 Ogo | 4947 | England | [20] |
2018 | XXI | Gold Coast | Australia | Charles, Putera Wales | 19 | 275 | 71 | 4 Apr | 15 Apr | 4426 | Australia | [21] |
2022 | XXII | Birmingham | England | 20 | 280 | 72 | 28 Jul | 8 Ogo | 5054 | Australia | [22] | |
2026 | XXIII | TBD[2] | ||||||||||
2030 | XXIV | TBD |
Penyertaan negara
sunting
|
|
Nota:
1: Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung sebagai Malaysia pada 1963. Singapura meninggalkan persekutuan pada 1965.
2: Menjadi Sri Lanka pada 1972.
3: Menyertai Kanada pada 1949.
4: Menjadi Ghana pada 1957.
5: Menjadi Guyana pada 1966.
6: Menjadi Belize pada 1973.
7: Meninggalkan Komanwel semasa diserah balik kepada China pada 1997.
8: Ireland diwakili sebagai Negara Bebas Ireland dan Ireland Utara pada 1934. The Irish Free State , subsequently known as Eire (1937 hingga 1948), meninggalkan Komanvel as the Republic of Ireland pada January 1 1949.
9: Bersaing dari 1958–1962 sebagai sebahagian daripada Rhodesia dan Nyasaland.
10: Tanah Jajahan Aden menjadi Arab Selatan yang meninggalkan Komanwel pada 1968.
11: Rhodesia Selatan dan Rhodesia Utara bersekutu dengan Nyasaland dari 1953 sebagai Rhodesia dan Nyasaland yang berakhir pada 1963.
12: Dibahagikan kepada Rhodesia Selatan dan Rhodesia Utara pada 1953.
13: Zanzibar dan Tanganyika bersekutu membentuk Tanzania pada 1964.
14: Menarik diri dari Komanwel pada 2003.
Acara sukan
sunting- Angkat berat (1950–)
- Aquatik (1930–)
- Badminton (1966–)
- Berbasikal (1934–)
- Bola jaring (1998–)
- Bola keranjang (2006–)
- Boling padang (1930–, tiada 1966)
- Gimnastik (1978, 1990–)
- Gimnastik berirama (1994–1998, 2006–)
- Hoki (1998–)
- Menembak (1966, 1974–)
- Olahraga (lelaki: 1930–, wanita: 1934–)
- Ping pong (2002–)
- Ragbi (1998–)
- Skuasy (1998–)
- Tinju (1930–)
- Triatlon (2002–)
- Acara yang diberhentikan
- Boling sepuluh pin (1998)
- Gusti (1930–1986, 1994, 2002)
- Judo (1990, 2002)
- Kriket (1998)
- Lawan pedang (1950–1970)
- Memanah (1982 mungkin 2010)
- Mendayung (1930, 1938–1962, 1986) mungkin diadakan pada 2014
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sukan Komanwel |
- Commonwealth Games Official website
- Statistics by game from 1911 to 2006
- Commonwealth Games Blog Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
- Flags and emblems of the Commonwealth Games Diarkibkan 2006-04-27 di Wayback Machine - evolution of the emblems of the Games
- The Empire Strikes Back - 2002 Australian radio programme (with transcript) on the history and future of the "friendly games".
- Track and Field Results Almanac
- ^ The Complete Book of The Commonwealth Games (Gold Coast Edition) by Graham Groom (2017)
- ^ "Victoria axes Commonwealth Games plans due to financial constraints, Daniel Andrews confirms..." Australian Broadcasting Corporation. 18 Julai 2023. Dicapai pada 18 Julai 2023.