Surabaya
Bandaraya Surabaya ialah ibu negeri wilayah Jawa Timur, Indonesia yang merupakan Bandaraya kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Dengan jumlah penduduknya yang melebihi empat juta orang, Surabaya ialah pusat perniagaan, industri, serta pendidikan di kawasan timur Pulau Jawa dan sekitarnya.
Kota Surabaya
كوتا سورابايا | |
---|---|
Bandaraya | |
Nama panggilan: Kota Pahlawan | |
Cogan kata: Sparkling Surabaya | |
Koordinat: 7°15′55″S 112°44′33″E / 7.26528°S 112.74250°EKoordinat: 7°15′55″S 112°44′33″E / 7.26528°S 112.74250°E | |
Negara | Indonesia |
Negeri | Jawa Timur |
Diasaskan pada | 31 Mei 1293 |
Ditubuhkan | 24 Disember 1949, sebagai Ibu Negeri Jawa Timur |
Pentadbiran | |
• Jenis | Majlis Bandaraya |
• Datuk Bandar | Eri Cahyadi |
• Timbalan Datuk Bandar | Armuji |
Keluasan | |
• Bandaraya | 350.5 km2 (135.3 batu persegi) |
• Metro | 2,787 km2 (1,076 batu persegi) |
Aras | 5 m (16 ft) |
Penduduk (2016 census [1]) | |
• Bandaraya | 3,457,404 |
• Kepadatan | 9,900/km2 (26,000/batu persegi) |
• Metro | 6,484,206 |
• Kepadatan metro | 2,300/km2 (6,000/batu persegi) |
Demonim | Suroboyoan |
Demografi | |
• Kaum etnik | Jawa Cina India Madur Sunda Minangkabau Etnik Batak Batak Banjar Orang Bali Bugis |
• Agama[2] | Islam 85.5% Kristian 12.8% - Protestan 8.89% - Katolik 3.91% Buddha 1.42% Hindu 0.25% Konfusianisme 0.02% Lainnya 0.01%[3] |
Zon waktu | UTC+07:00 (Bahagian Barat Indonesia) |
Poskod | 60xxx |
Kod Panggilan | +62 31 |
Geocode | ID-JI |
Kod ISO 3166 | ID-SBY |
Plat Kenderaan | L |
Lapangan Terbang | Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda |
Pelabuhan | Pelabuhan Tanjung Perak |
Laman sesawang | surabaya |
Sejarah
suntingSebelum ketibaan Belanda
suntingSurabaya yang terletak di muara Sungai Kali Mas dahulunya merupakan pintu masuk ke Kerajaan Majapahit. Hari jadi Kota Surabaya ditetapkan pada 31 Mei 1293.
Pada abad ke-15, Islam mulai tersebar dengan pesat di daerah Surabaya. Sunan Ampel, salah satu anggota walisongo (penyebar agama Islam di tanah Jawa), mendirikan sebuah masjid dan sebuah sekolah agama berasrama di daerah Ampel. Kemudian pada tahun 1530, Surabaya menjadi sebahagian Kesultanan Demak.
Selepas kejatuhan Kesultanan Demak, Surabaya menjadi sasaran penaklukan Kesultanan Mataram. Ia diserang oleh Panembahan Senopati pada tahun 1598, oleh Panembahan Seda ing Krapyak secara besar-besaran pada tahun 1610, dan oleh Sultan Agung pada tahun 1614. Penyekatan aliran Sungai Brantas oleh Sultan Agung akhirnya memaksa Surabaya menyerah. Pada tahun 1675, Trunojoyo dari Madura menyerang Surabaya, namun akhirnya ia ditaklukkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) pada tahun 1677.
Dalam perjanjian antara Paku Buwono II dan SHTB pada 11 November 1743, Surabaya diserahkan penguasaannya kepada SHTB.
Zaman Hindia-Belanda
suntingPada zaman Hindia-Belanda, status Surabaya ialah ibu kota Keresidenan Surabaya yang wilayahnya juga mencakupi daerah yang kini merupakan wilayah Kabupaten Gresik, Sidoarjo, Mojokerto, dan Jombang. Pada tahun 1905, Surabaya mencapai status kotamadya (Gemeente), dan pada tahun 1926, ia ditetapkan sebagai ibu kota provinsi Jawa Timur. Sejak itu, Surabaya berkembang menjadi kota moden yang kedua terbesar di Hindia-Belanda selepas Batavia.
Sebelum tahun 1900, pusat kota Surabaya hanya berkisar di sekitar Jambatan Merah sahaja. Bagaimanapun menjelang dekad 1920-an, tertumbuhlah kawasan-kawasan pemukiman baru seperti daerah Darmo, Gubeng, Sawahan, dan Ketabang. Pada tahun 1917, sebuah pelabuhan moden dibina di Surabaya.
Jepun gugur bom di Surabaya pada 3 Februari 1942 dan pada bulan Mac 1942, berjaya menawan Surabaya. Surabaya kemudian menjadi sasaran serangan udara Pihak Berikat pada 17 Mei 1944.
Pertempuran mempertahankan Surabaya
suntingSelepas Perang Dunia II tamat pada 25 Oktober 1945, 6,000 orang askar Inggeris-India daripada Briged 49, Divisi 23 yang dipimpin oleh Brigadier Jeneral Aulbertin Walter Sothern Mallaby, mendarat di Surabaya dengan perintah utama untuk melucuti senjata tentera Jepun, serta tentera dan tentera awam militia Indonesia. Mereka juga mengurus bekas tawanan perang dan memulangkan tentera Jepun. Angkatan tentera Jepun menyerahkan semua senjata mereka, akan tetapi tentera awam militia serta melebihi 20,000 orang askar Indonesia enggan berbuat demikian.
Pada 26 Oktober 1945, suatu persetujuan antara Bapak Suryo, gabenor Jawa Timur, dengan Brigadier Jeneral Mallaby tercapai bahawa angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia tidak perlu menyerahkan senjata mereka. Malangnya terjadi salah faham antara angkatan tentera Inggeris di Surabaya dengan markas tentera Inggeris di Jakarta yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Sir Philip Christison.
Pada pukul 11.00 pagi 27 Oktober 1945, pesawat Dakota AU Inggeris dari Jakarta menggugurkan risalah-risalah di Surabaya yang memerintahi semua tentera Indonesia dan tentera awam militia supaya menyerahkan senjata mereka. Para pimpinan tentera dan tentera awam militia Indonesia marah ketika membaca risalah ini dan menganggap bahawa Mallaby tidak menepati perjanjian mereka.
Pada 28 Oktober 1945, angkatan-angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia menggempur angkatan tentera Inggeris di Surabaya. Untuk menghindari kekalahan, Mallaby meminta agar Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia, dan Mejar Jeneral Douglas Cyril Hawthorn, panglima angkatan tentera Inggeris Divisi 23, ke Surabaya untuk mengusahakan perdamaian. Oleh itu, pada 29 Oktober 1945, Presiden Sukarno, Naib Presiden Mohammad Hatta, dan Menteri Penerangan Amir Syarifuddin Harahap bersama-sama Mejar Jeneral Hawthorn pergi ke Surabaya untuk berunding.
Pada 30 Oktober 1945, suatu persetujuan tercapai dan ditandatangani oleh Presiden Sukarno dan Mejar Jeneral Hawthorn. Intipati perjanjian tersebut adalah bahawa gencatan senjata diadakan dan angkatan tentera Inggeris akan berundur dari Surabaya dengan secepat mungkin. Kesemua penandatangan kemudian bertolak dari Surabaya dan kembali ke Jakarta.
Pada petang hari tersebut, Brigadier Jeneral Mallaby melawat kubu-kubu angkatan tentera Inggeris di Surabaya untuk memberitahu mereka tentang persetujuan tersebut. Ketika mendekati kubu angkatan tentera Inggeris di Bangunan Antarabangsa yang terletak berhampiran dengan Jambatan Merah, kereta Mallaby dikepung oleh angkatan tentera awam militia yang sebelumnya telah mengepung Bangunan Antarabangsa.
Kerana menganggap komandannya akan diserang oleh angkatan tentera awam militia, angkatan tentera Inggeris Kompeni D yang dipimpin oleh Mejar Venu K. Gopal melepaskan sedas tembakan ke atas untuk memencarkan para askar awam miltia. Malangnya para askar awam militia menganggap bahawa mereka telah diserang oleh askar-askar Inggeris yang berada di dalam Bangunan Antarabangsa dan menembak balas. Kapten R.C. Smith, pegawai askar Inggeris, melemparkan grenad ke arah askar-askar awam militia Indonesia, akan tetapi grenad tersebut meleset malahan jatuh tepat pada kereta Mallaby yang kemudian terbakar. Akibatnya, Mallaby dan pemandu keretanya maut. Laporan awal yang diberikan oleh angkatan tentera Inggeris di Surabaya kepada markas besar angkatan tentera Inggeris di Jakarta mengatakan bahawa Mallaby maut ditembak oleh angkatan tentera awam militia Indonesia.
Leftenan Jeneral Sir Philip Christison amat marah ketika mendengar khabar kematian Mallaby dan mengerahkan 24,000 orang askar tambahan untuk menguasai Surabaya. Pada 9 November 1945, pihak Inggeris mengumumkan kata dua agar semua senjata tentera Indonesia dan tentera awam militia diserahkan dengan segera kepada tentera Inggeris, akan tetapi kata dua itu tidak diendahkan.
Pada 10 November 1945, tentera Inggeris mulai mengebom Surabaya dan perang sengit berlangsung terus menerus selama 10 hari. Dua buah pesawat Inggeris ditembak jatuh oleh angkatan tentera Republik Indonesia dan salah seorang penumpang Brigadier Jeneral Robert Guy Loder-Symonds mengalami kecederaan parah dan maut pada hari keesokannya.
Pada 20 November 1945, tentera Inggeris berjaya menguasai Surabaya dengan kematian ribuan orang askar Inggeris. Melebihi 20,000 orang askar Indonesia, askar awam milita, serta penduduk Surabaya maut dalam pertempuran ini, dengan seluruh kota Surabaya hancur lebur.
Pertempuran ini merupakan salah satu pertempuran yang paling berdarah yang dialami oleh angkatan tentera Inggeris pada dekad 1940-an, dan menunjukkan kesungguhan bangsa Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan mereka serta mengusir para penjajah. Disebabkan oleh pertempuran ini yang sengit dan besar pengorbanannya, jumlah askar Inggeris di Indonesia mulai dikurangkan secara berperingkat dan digantikan oleh angkatan tentera Belanda. Pertempuran tersebut pada 10 November 1945 kini dikenangi sebagai Hari Pahlawan.
Geografi
suntingSurabaya yang luasnya 326.36 kilometer persegi terletak di tepi pantai utara provinsi Jawa Timur. Wilayahnya menyempadani Selat Madura di utara dan timur, Kabupaten Sidoarjo di selatan, dan Kabupaten Gresik di barat.
Surabaya terdiri daripada dataran rendah yang tingginya antara 3 - 6 meter di atas aras laut, kecuali di bahagian selatan yang mempunyai dua buah bukit landai, iaitu di daerah Lidah dan Gayungan, dengan tingginya antara 25 - 50 meter di atas aras laut. Kawasan baratnya beralun sedikit. Muara Sungai Kali Mas terletak di Surabaya dan merupakan salah satu daripada dua cabang Sungai Brantas.
Iklim
suntingData iklim untuk Kota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 38 (100) |
38 (100) |
38 (100) |
37 (99) |
37 (99) |
37 (99) |
38 (100) |
37 (99) |
37 (99) |
39 (102) |
38 (100) |
42 (108) |
42 (108) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 32.3 (90.1) |
32.4 (90.3) |
32.1 (89.8) |
32.6 (90.7) |
32.9 (91.2) |
32.1 (89.8) |
31.4 (88.5) |
31.4 (88.5) |
32.9 (91.2) |
34 (93) |
34.6 (94.3) |
34.2 (93.6) |
32.7 (90.9) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 27.8 (82.0) |
28 (82) |
27.7 (81.9) |
28.4 (83.1) |
28.4 (83.1) |
27.1 (80.8) |
26.5 (79.7) |
26.6 (79.9) |
27.3 (81.1) |
28.9 (84.0) |
30.2 (86.4) |
29.6 (85.3) |
28.0 (82.4) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 24.8 (76.6) |
24.7 (76.5) |
24.8 (76.6) |
25.5 (77.9) |
24.9 (76.8) |
23.3 (73.9) |
22.3 (72.1) |
22.4 (72.3) |
22.9 (73.2) |
24.1 (75.4) |
25.8 (78.4) |
25.6 (78.1) |
24.3 (75.7) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | 22 (72) |
22 (72) |
22 (72) |
22 (72) |
21 (70) |
20 (68) |
20 (68) |
20 (68) |
21 (70) |
20 (68) |
20 (68) |
22 (72) |
20 (68) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 330 (13.0) |
310 (12.2) |
293 (11.5) |
198 (7.8) |
95 (3.7) |
53 (2.1) |
22 (0.9) |
6 (0.2) |
11 (0.4) |
48 (1.9) |
139 (5.5) |
269 (10.6) |
1,774 (69.8) |
Purata bilangan hari hujan | 21 | 19 | 18 | 15 | 9 | 6 | 3 | 1 | 2 | 4 | 10 | 17 | 125 |
Purata kelembapan relatif (%) | 84 | 84 | 83 | 80 | 79 | 73 | 69 | 64 | 67 | 72 | 77 | 79 | 76 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 183 | 202 | 241 | 250 | 262 | 275 | 281 | 293 | 298 | 285 | 235 | 193 | 2,998 |
Purata harian jangka masa sinaran matahari | 4.0 | 4.8 | 5.3 | 6.1 | 7.2 | 7.7 | 8.5 | 9.1 | 8.8 | 8.1 | 6.6 | 4.8 | 6.7 |
Sumber 1: WeatherOnline[4] & BMKG[5] | |||||||||||||
Sumber 2: Weatherbase dan WeatherAtlas[6][7] |
Pembahagian pentadbiran
suntingKota Surabaya terdiri daripada 31 buah kecamatan. Yang berikut adalah senarai kecamatan di Surabaya yang dibahagikan kepada lima buah wilayah:
Surabaya PusatsuntingSurabaya TimursuntingSurabaya Baratsunting |
Surabaya UtarasuntingSurabaya Selatansunting |
Demografi
suntingSuku Jawa ialah suku bangsa majoriti di Surabaya, dan merupakan 53% daripada jumlah penduduknya. Berbanding dengan masyarakat Jawa pada umumnya, suku Jawa di Surabaya memiliki pembawaan yang lebih keras dan egalitarian. Salah satu sebabnya adalah jauhnya Surabaya dari Kraton yang dianggap sebagai pusat kebudayaan Jawa.
Surabaya juga merupakan tempat tinggal untuk berbagai-bagai suku bangsa di Indonesia, termasuk suku Tionghoa (25.5%), Madura (7.5%), dan Arab (7%). Sebagai pusat komersil wilayah, banyak ekspatriat juga tinggal di daerah Surabaya, terutamanya di daerah Surabaya Barat, dengan kaum-kaum Tionghoa, Korea, dan Jepun merupakan kaum-kaum ekspatriat yang terbesar.
Sebagai pusat pendidikan, Surabaya juga merupakan tempat tinggal untuk para mahasiswa dari berbagai-bagai daerah di seluruh Indonesia, bahkan antara mereka juga terbentuk komuniti-komuniti tersendiri.
Agama
suntingAgama Islam ialah agama yang terutama di Surabaya. Surabaya merupakan salah satu pusat penyebaran agama Islam yang paling awal di tanah Jawa. Masjid Ampel dibina di sini pada abad ke-15 oleh Sunan Ampel, salah satu perintis walisongo. Di Surabaya terdapat juga penganut Islam Syiah pada jumlah yang cukup ketara.
Agama-agama lain yang dianuti di Surabaya termasuk agama Kristian, Katolik, Hinduisme, Buddhisme, dan Konfusianisme.
Bahasa
suntingSurabaya memiliki loghat bahasa Jawa yang khas yang dipanggil "Boso Suroboyoan". Loghat ini yang dipengaruhi oleh bahagian timur provinsi Jawa Timur dituturkan di daerah Surabaya dan sekitarnya. Boso Suroboyoan terkenal kerana sifat egalitarian, terus-terang, dan tidak membezakan ragam tingkat bahasa seperti bahasa Jawa baku pada umumnya. Masyarakat Surabaya juga dikenali kerana sifat fanatik dan bangga terhadap bahasa mereka.
Ekonomi
suntingSebagai kota metropolitan, Surabaya merupakan pusat kegiatan ekonomi di daerah Jawa Timur dan sekitarnya. Sebahagian besar penduduknya bergiat dalam sektor-sektor perdagangan, perindustrian, dan perkhidmatan. Banyak perusahaan besar yang berpusat di Surabaya, umpamanya PT Sampoerna Tbk, Maspion, Kumpulan Wing, Unilever, dan PT PAL. Kawasan perindustrian di Surabaya termasuk SIER (Rungkut) dan Margomulyo.
Surabaya mempunyai banyak kawasan membeli-belah serta puluhan pasar raya yang besar. Pusat membeli-belah moden yang ternama termasuk: Plaza Tunjungan, Pusat Perdagangan Pakuwon dan Supermal Pakuwon Indah (dalam satu bangunan), Medan Persiaran Golden City (Carrefour), ITC, Persimpangan Bubutan, Plaza Royal, Mal Galaxy, Plaza Marina (dahulu Sinar Montana), serta Plaza Surabaya (lebih dikenali sebagai Delta Plaza oleh masyarakat Surabaya).
Pusat membeli-belah tradisional yang ternama termasuk Pasar Turi, Pasar Atom, dan Pusat Perdagangan Darmo (DTC) yang dahulunya dipanggil Pasar Wono Kromo.
Kebudayaan
suntingSurabaya dikenali kerana keseniannya yang khas, termasuk:
- Ludruk yang merupakan seni persembahan drama yang menceritakan kehidupan rakyat sehari-hari;
- Tarian Remo yang merupakan tarian selamat datang yang umumnya dipersembahkan untuk tetamu khas;
- Kidungan yang merupakan pantun yang dinyanyikan, dan mengandungi unsur-unsur kelucuan.
Selain daripada seni khas di atas, terdapat juga budaya panggilan arek (sebutan khas Surabaya) yang diterjemahkan sebagai "Cak" untuk lelaki dan Ning untuk wanita. Sebagai suatu usaha untuk memeliharakan kebudayaan Surabaya, pemilihan Cak & Ning Surabaya diadakan sekali setiap tahun. Cak dan Ning Surabaya serta para peserta akhir merupakan duta-duta pelancongan serta ikon generasi muda kota Surabaya.
Surabaya juga mengadakan Pesta Cak Durasim Tahunan (FCD), sebuah pesta seni yang juga bertujuan untuk memeliharakan kebudayaan Surabaya dan Jawa Timur pada umumnya, biasanya di Bangunan Cak Durasim, Surabaya.
Selain itu, adanya juga Pesta Seni Surabaya (FSS) yang menerima semua bentuk seni, misalnya teater, tarian, muzik, seminar kesusasteraan serta juga pameran lukisan dan kemeja-T, baik daripada bentuk-bentuk seni di Surabaya mahupun daripada bentuk-bentuk seni luar. Pesta Seni Surabaya biasanya diadakan setahun sekali pada bulan Jun di Balai Pemuda.
Makanan khas
suntingSurabaya mempunyai sejumlah makanan khas, antaranya:
|
Muzik dan Hiburan
suntingSurabaya banyak melahirkan penyanyi dan kumpulan muzik yang besar di Indonesia. Sebilangan kumpulan muzik utama yang dibentuk di Surabaya termasuk Dewa 19, Padi, Pancaragam Tic, dan Boomerang. Penyanyi kelahiran Surabaya antara lain termasuk Maia "Ratu", Ita Purnamasari, dan Joshua. Kumpulan lawak Srimulat yang diasaskan di Surabaya amat popular di Jawa Timur selama puluhan tahun sebelum akhirnya berpindah ke Jakarta.
Adanya juga pelacuran di Kota Surabaya yang terhad kepada daerah yang dikenali sebagai Gang Dolly.
Pendidikan
suntingInstitusi pendidikan tinggi awam
sunting- Universiti Airlangga (Unair) yang merupakan institusi pendidikan tinggi yang tertua, dan yang terletak di pusat kota.
- Institut Teknologi Sepuluh November (ITS) yang merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi teknik yang terkemuka di Indonesia. Ia terkenal kerana keunggulan teknologi robotik dan perkapalan/kelautannya.
- Universiti Negeri Surabaya (Unesa, dahulu dipanggil IKIP Surabaya)
- IAIN Sunan Ampel
- Akademi Angkatan Laut yang mengeluarkan calon-calon untuk Angkatan Laut Republik Indonesia.
Institusi pendidikan tinggi swasta
sunting- Universiti Surabaya (Ubaya)
- Universiti Kristian Petra
- Unika Widya Mandala
- Universiti 17 Ogos 1945 (UNTAG) Surabaya
- STIKOM
- Sekolah Tinggi Teknik Surabaya (STTS)
- UPN "Veteran"
- Universiti Dr. Sutomo (Unitomo).
Pengangkutan
suntingSurabaya merupakan pusat pengangkutan darat di bahagian timur Pulau Jawa kerana lokasinya pada persimpangan sejumlah jalan raya yang menghubungkan Surabaya dengan kota-kota yang lain. Jalan tol termasuk jalan-jalan raya Surabaya-Gresik, Surabaya-Waru-Gempol, dan Waru-Lapangan Terbang Juanda.
Jambatan Suramadu kini sedang dibina untuk menghubungkan Surabaya dengan Pulau Madura dan apabila disiapkan, ia akan merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia. Pada saat ini, rancangan pembinaan jalan tol di kota Lintas Tengah dan Lintas Timur telah dikaji untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dengan jalan tol Surabaya-Mojokerto-Kertosono akan dibina dengan segera.
Pengangkutan dalam kota dilayani oleh teksi, bas kota (baik berhawa angin mahupun tidak), kenderaan kota (lebih dikenali sebagai Bemo ), angguna (seperti teksi namun tanpa hawa dingin, dan memiliki bentuk yang khas), dan beca (meskipun penggunaannya kini semakin terhad). Surabaya memiliki sejumlah perhentian di dalam kota, antaranya Joyoboyo, Bratang, dan Jambatan Merah.
Untuk pengangkutan wilayah, terdapat sistem alihan rel yang menghubungkan Surabaya-Sidoarjo-Porong, Surabaya-Gresik-Lamongan dan pada saat ini, juga dikembangkan laluan Surabaya-Mojokerto-Jombang. Monorel juga akan dirancang, seperti yang sedang dikembangkan di Jakarta. Monorel Surabaya yang dirancang akan mengikut laluan Ujung (Perak)-Bundaran Waru.
Bas
suntingPerhentian Bas Purabaya, lebih dikenali sebagai "Bungurasih", merupakan perhentian bas yang tersibuk di Indonesia serta juga perhentian bas yang terbesar di Asia Tenggara, dengan jumlah penumpang sehingga 120,000 orang setiap hari. Perhentian ini melayani laluan-laluan jarak dekat dan sederhana, antaranya Surabaya-Malang-Blitar, Surabaya-Kediri-Trenggalek, Surabaya-Madiun-Yogyakarta, Surabaya-Semarang, dan Surabaya-Jember-Banyuwangi, serta juga laluan jarak jauh yang termasuk perjalanan ke Bali/Lombok, Jakarta, dan Sumatera.
Perhentian Bas Tambak Osowilangun melayani perjalanan jarak dekat dan sederhana ke utara seperti laluan-laluan Surabaya-Bojonegoro-Cepu dan Surabaya-Tuban.
Kereta api
suntingKota Surabaya dihubungkan dengan sejumlah kota di Pulau Jawa melalui landasan kereta api. Empat buah stesen kereta apinya yang besar ialah:
Landasan kereta api yang merentasi Kota Surabaya termasuk landasan-landasan Surabaya-Malang-Blitar, Surabaya-Kertosono-Blitar, Surabaya-Bojonegoro-Cepu, Surabaya-Jember-Banyuwangi, Surabaya-Yogyakarta-Purwokerto, Surabaya-Bandung, Surabaya-Yogyakarta-Jakarta, dan Surabaya-Semarang-Jakarta.
Kapal terbang
suntingSurabaya tidak memiliki lapangan terbang sendiri. Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda yang terletak di sebelah selatan kota Surabaya (wilayah Kabupaten Sidoarjo) melayani keperluan pengangkutan udaranya.
Tarikan pelancongan
suntingSebilangan tarikan pelancongan di Surabaya termasuk:
- Kawasan minat khusus: Ampel (tapak agama), Golden City Mall (Carrefour), Pusat Membeli-belah Tunjungan, Taman Budaya Cak Durasim, Kya-kya Kembang Jepun
- Tugu peringatan dan muzium: Tugu Pahlawan, Monumen Kapal Selam, Muzium Mpu Tantular
- Bangunan bersejarah dan kebudayaan: Grahadi, Balai Kota, Balai Pemuda, Bangunan Antarabangsa, Jambatan Merah, Jabatan Gabenor Timur, Hotel Majapahit Oriental, Pelabuhan Kalimas, Bangunan Pelni, Bangunan PTPN XXII, Bangunan Bank Niaga
- Tarikan pelancongan: Zoo Surabaya
- Pusat membeli-belah:
- Moden: Golden City Mall (GoCi Mall), Plaza Jambatan Merah (JMP), Plaza Tunjungan (TP), Plaza Marina, Galaxy Mall, Pusat Perdagangan Pakuwon (PTC)/Supermall Pakuwon Indah (SPI), Plaza Royal, Carrefour Golden City, Simpang BG Carrefour, Makro Tandes, Makro Waru, Giant, Hi-Tech Mall (pusat komputer), Pusat Tunjungan (pusat elektronik), WTC (pusat telefon bimbit - hape hape shop +6231 72705678 Lt. 3 #338
)
- Tradisional: Pasar Atom, Pasar Turi, Pusat Perdagangan Darmo (DTC)
Media
suntingTelevisyen
sunting- TVRI Jawa Timur: Stesen televisyen daerah yang pertama di Indonesia.
- RCTI Jawa Timur: Juga menyiarkan berita tempatan Jawa Timur, di samping menyampaikan siaran RCTI Nasional.
- SCTV Jawa Timur: Diasaskan pada tahun 1990 sebelum akhirnya menjadi sebuah stesen televisyen negara, SCTV juga menyiarkan berita tempatan Jawa Timur, di samping menyampaikan siaran SCTV Nasional.
- JTV: Televisyen swasta tempatan yang pertama di Indonesia.
- Spacetoon Surabaya: TV kanak-kanak.
Radio
suntingSurabaya memiliki puluhan radio swasta, antaranya: [[Suara Surabaya FM 100 Mhz, jl wonokitri besar 40 C, Surabaya, Prambors 89,3 FM, Radio Giga FM 99,6 Mhz, Hard Rock FM, Istara, Radio Suzana, myRadio 94.4 FM, dan sebagainya.
Media cetak
sunting- Akhbar: Jawa Pos, Radar Surabaya, Memorandum, Indonesia Daily News, Surabaya Post
- Majalah: Mentari (majalah kanak-kanak), Jayabaya (majalah bahasa Jawa), Panyebar Semangat (majalah bahasa Jawa), Eastjava Traveler (Majalah Wisata Jawa Timur) Liberty, Darmo Insight (majalah percuma), Surabaya City Guide (Free Magazine)
- Tabloid: Tabloid Nyata (gaya hidup), Tabloid Bunda (keluarga), Tabloid Ototrend (automobil), Tabloid Ultima (permainan), Tabloid Agrobis (pertanian), Tabloid Komputek (komputer), Tabloid Gugat (politik), Tabloid Posmo (mistik), Tabloid Nurani (agama Islam), Tabloid Gloria (agama Kristian).
Tokoh-tokoh
suntingTokoh-tokoh negara Indonesia yang dilahirkan di Surabaya termasuk:
- HOS Tjokroaminoto, tokoh pergerakan negara dan ketua pertubuhan Sarekat Islam
- KH Mas Mansur, bekas ketua Muhammadiyah
- Roeslan Abdulgani, ahli sejarah negara, bekas wartawan, dan bekas Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
- Rudy Hartono, bekas pemain badminton negara, juara Kejohanan All England sebanyak 8 kali, dengan 7 kali antaranya berturut-turut
- Alan Budikusuma, bekas pemain badminton negara, serta pemenang pingat emas Olimpiade Barcelona 1992
Kelab Olahraga
sunting- Persebaya Surabaya (bola sepak)
- Pasukan Lumba Basikal Wismilak (lumba basikal)
- Cahaya Lestari Surabaya (CLS) (bola keranjang)
Rujukan
sunting- JGA Parrot; "Who Killed Brigadier Mallaby" ; 1976; Majalah Indonesia, Julai 1976, m.s. 91; Universiti Cornell.
Pautan luar
sunting- (Indonesia) Laman web rasmi Pemerintah Kota Surabaya
- (Indonesia) Laman web Berita]
- (Indonesia) Laman web Pendidikan Diarkibkan 2007-05-25 di Wayback Machine
- (Indonesia) Laman web Komuniti Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
- (Indonesia) Laman web Komuniti Automobil
- (Indonesia) Laman web Komuniti Reka Bentuk Diarkibkan 2007-04-22 di Wayback Machine
- (Indonesia) Laman web Komuniti Wisata Surabaya
- (Indonesia) Laman mailing list Wisata Surabaya Diarkibkan 2013-09-29 di Wayback Machine
Kecamatan: Asemrowo | Benowo | Bubutan | Bulak | Dukuh Pakis | Gayungan | Genteng | Gubeng | Gununganyar | Jambangan | Karangpilang | Kenjeran | Krembangan | Lakarsantri | Mulyorejo | Pabean Cantikan | Pakal | Rungkut | Sambikerep | Sawahan | Semampir | Simokerto | Sukolilo | Sukomanunggal | Tambaksari | Tandes | Tegalsari | Tenggilis Mejoyo | Wiyung | Wonocolo | Wonokromo |
Kabupaten: Banyuwangi | Bangkalan | Blitar | Bojonegoro | Bondowoso | Gresik | Jember | Jombang | Kediri | Lamongan | Lumajang | Madiun | Magetan | Malang | Mojokerto | Nganjuk | Ngawi | Pacitan | Pamekasan | Pasuruan | Ponorogo | Probolinggo | Sampang | Sidoarjo | Situbondo | Sumenep | Trenggalek | Tuban | Tulungagung | |
Lihat juga: Daftar kabupaten dan kota di Indonesia |
- ^ http://www.citypopulation.de/php/indonesia-jawa-admin.php
- ^ Data Sensus Penduduk 2010 - Badan Pusat Statistik Republik Indonesia <http://sp2010.bps.go.id/index.php/site/tabel?tid=321&wid=3500000000&lang=id>
- ^ "Surabaya City in Figures 2016"
- ^ "Climate of Surabaya (1996–2020)". WeatherOnline.co.uk. Dicapai pada 17 September 2020.
- ^ "Buku Prakiraan Musim Hujan 2022/2023 di Indonesia – Normal Curah Hujan Kota Surabaya Zona Musim 302 & 303 periode 1991-2020". BMKG. m/s. 93–94. Dicapai pada 17 September 2022.
- ^ "Surabaya, Indonesia". Weatherbase. Dicapai pada 17 September 2020.
- ^ "Climate of Surabaya, Indonesia". Dicapai pada 17 September 2020.