10 November
tarikh
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
10 November merupakan hari ke-314 (hari ke-315 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 51 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pahlawan di Indonesia (1945).
Peristiwa
sunting- 1444 - Empayar Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan John Hunyadi dalam Pertempuran Varna.
- 1520 - Selepas berjaya menakluk Sweden, tentera Denmark di bawah Raja Christian II membunuh ramai pemimpin Sweden dalam Mandian Darah Stockholm.
- 1775 – Kor Marin Amerika Syarikat diasaskan sebagai "Marin Kontinental" oleh Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika.
- 1865 - Pengawas Penjara Andersonville Henry Wirz digantung, menjadikan satu-satunya askar Perang Saudara Amerika dibunuh kerana jenayah perang.
- 1871 - "Dr. Livingstone, rasanya, kan?" – Henry Morton Stanley mengesan mubaligh dan pengembara yang hilang, David Livingstone (gambar) di Ujiji berhampiran Tasik Tanganyika, kini di Tanzania.
- 1893 - Dato' Bentara Luar Johor, telah menerima perintah daripada Sultan Abu Bakar untuk membuka bandar Batu Pahat.
- 1928 - Hirohito ditabalkan menjadi Maharaja Jepun yang ke-124.
- 1958 - Saudagar Harry Winston mendermakan Berlian Hope (gambar), "berlian paling terkenal di dunia", kepada Institusi Smithsonian.
- 1964 - Bandaraya Pulau Pinang telah dilanda banjir besar yang paling buruk pernah berlaku dalam masa 23 tahun selepas banjir tahun 1941 disebabkan hujan lebat yang turun tanpa henti selama dua hari.
- 1969 - Episod pertama siri televisyen kanak-kanak Sesame Street disiarkan di stesen penyiaran awam, di rangkaian National Educational Television di Amerika Syarikat.
- 1975 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379, yang menyamakan Zionisme dengan rasisme.
- 1975 - SS Edmund Fitzgerald karam di Tasik Superior dan mengorbankan 29 nyawa.
- 1995 - Penulis drama dan penindak alam sekitar Ken Saro-Wiwa dan lapan yang lain dari Pergerakan Kemandirian Orang Ogoni dibunuh oleh kerajaan tentera Nigeria.
- 2007 - Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.
- 2010 - Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
- 2022 - Pasukan hoki kebangsaan Malaysia menjadi juara buat pertama kali Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan Korea Selatan 3-2.
Kelahiran
sunting- 1845 - John Sparrow David Thompson, Perdana Menteri Kanada ke-4
- 1944 - Askar Akayev, Presiden Kyrgyzstan yang pertama
- 1951 - Danilo Medina, Presiden Republik Dominica ke-53
- 1969 - Jens Lehmann, penjaga gol VfB Stuttgart
Kematian
sunting- 1938 - Mustafa Kemal Atatürk, marsyal Turki dan pengasas Republik Turki.