Tauhu Tek
Tauhu Tek ialah salah satu makanan istimewa Kota Surabaya yang terdiri daripada tauhu goreng yang dipotong kecil-kecil dengan gunting, kentang goreng setengah masak, tauge dan keropok udang. Kesemua ini kemudian disiram dengan campuran yang diperbuat daripada petis, kacang tanah, cili dan bawang putih.
Dalam beberapa kelainan yang ada di Jakarta, penjual Tauhu Tek juga menyediakan Tauhu Telur, yakni dengan menggoreng tauhunya dengan adunan telur.