Soto Ayam Ambengan

Soto Ayam Ambengan ialah salah satu makanan istimewa Kota Surabaya. Berbeza dengan soto ayam yang lain di Indonesia, warna kuahnya lebih pekat dan lebih kuning kerana mempergunakan kunyit.

Soto Ayam Ambengan

Nama "Soto Ayam Ambengan" berasal daripada kedai Soto Ayam Pak Sadi yang terletak di Jalan Ambengan, Surabaya. Kerana soto ayamnya amat masyhur, maka para pelanggan menyebut semua soto ayam yang istimewa di Surabaya sebagai "Soto Ayam Ambengan".

Soto Ayam Ambengan terdiri daripada daging ayam, kubis, nasi putih, bihun, dan kuah ayam. Biasanya para penggemar makanan ini akan mencampurkan makanannya dengan koya (pes hasil tumbukan keropok udang dan bawang putih), sambal, dan jeruk nipis. Ada juga yang kemudian masih menambahkan kicap manis atau kicap masin sesuai dengan selera.