Semanggi (makanan)
- Rencana ini adalah mengenai makanan. Untuk kegunaan yang lain, silah lihat Semanggi.
Semanggi ialah sejenis makanan khas Jawa Timur yang diperbuat daripada daun semanggi yang dikukus dan dinikmati dengan sambal pedas yang nikmat. Semanggi juga dapat dihidangkan dengan kecambah, kangkung, keropok uli yang diperbuat daripada beras, serta ramuan yang diperbuat daripada ketela rambat.
Adanya berbagai-bagai sambal yang dihidangkan bersama-sama semanggi. Kalau di Banyuwangi, sambal semanggi diperbuat daripada cili, serai, belimbing dan sedikit gula jawa. Di tempat-tempat yang lain berbeza lagi, misalnya di Surabaya yang menggunakan sambal yang diperbuat daripada gula jawa (lebih banyak), belacan, dan cili.