Aiskrim Zangrandi
Aiskrim Zangrandi ialah aiskrim Kota Surabaya yang istimewa yang dihidangkan oleh Restoran Zangrandi di Jalan Yos Sudarso (tepat di lingkungan Hotel Garden Palace dan di seberang Pawagam Mitra Surabaya), Surabaya. Restoran itu diasaskan pada tahun 1930 oleh Roberto Zangrandi, seorang anak Itali, sebelum diambil alih oleh Adi Tanumulia, bapa kepada Willy Tanumulia, pengelola kini.
Aiskrim Zangrandi kini dijual di Jakarta, Malang, Jember, Banyuwangi, dan Balikpapan. Tidak kurang daripada 200-300 liter susu lembu segar datang setiap hari sebagai bahan asli aiskrim Zangrandi. Susu segar tersebut merupakan bahan piawai dan dipergunakan untuk menjaga mutu.
Restoran Zangrandi kini memiliki empat buah pengadun untuk memproses ais krim, dengan keupayaan sebanyak 20 liter sejam seunit. Bilangan pekerjanya telah bertambah dari hanya 20 orang menjadi 35 orang. Restoran ini ditutup pada setiap hari Selasa sejak pengasasannya atas alasan realistik kerana pada hari minggu, terdapat banyak pelanggan yang datang.