Portal : Hal semasa di Asia/2010
Perasmian Sukan Asia ke-16
Siklon Jal di atas India
Bendera Myanmar
Taufan Megi
31 Disember - Lima laluan baru Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka, menambah 108 km kepada sistem alihan laju tersebut.
29 Disember - Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Indonesia untuk kejuaraan pertamanya.
10 Disember - Aktivis hak asasi manusia China Liu Xiaobo dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2010 in absentia , kali pertama sejak 1936 tiada seorang pun dapat mewakili penerima.
2 Disember - FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022 .
23 November - Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong , meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea .
13 November - Ahli politik pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan rumah .
12 November - Sukan Asia ke-16 dirasmikan (gambar) di Guangzhou , Republik Rakyat China .
10 November - Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India , Thailand , Malaysia dan Sri Lanka .
9 November - Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada USDP , selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
5 November - Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah , Indonesia , mengakibatkan lebih 150 korban dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
28 Oktober - Tianhe-I di Tianjin , China , menjadi superkomputer terpantas di dunia.
26 Oktober - Satu gempa bumi dan tsunami yang terhasil di persisiran Sumatera , Indonesia, mengorbankan lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.
21 Oktober - Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru (gambar) .
19 Oktober - Kerajaan India mengeluarkan satu laporan berkenaan serangan Mumbai 2008 , merumuskan bahawa Lashkar-e-Taiba mendapat sokongan agensi risikan Pakistan .
18 Oktober - Taufan Megi (gambar) , antara ribut terkuat pernah direkodkan , bertemu daratan di Filipina .
14 Oktober - Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi , India .
10 Oktober - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur , Malaysia.
8 Oktober - Aktivis hak asasi manusia China yang dipenjarakan Liu Xiaobo diisytiharkan penerima Hadiah Keamanan Nobel .
3 Oktober - Sukan Komanwel XIX bermula di Stadium Jawaharlal Nehru (gambar) di Delhi , India .
2 Oktober - Dua kereta api bertembung di Jawa Tengah , Indonesia , mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
17 September - Pembunuhan ahli politik Pakistan Imran Farooq di London mencetuskan keganasan di kampung halamannya Karachi .
13 September - Sultan Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru.
9 September - Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa. Gunung Sinabung
30 Ogos - Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera , Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
14 Ogos - Sukan Olimpik Belia pertama, Olimpik Belia Singapura 2010 bermula di Singapura .
7 Ogos - Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.
5 Ogos - Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan .
3 Ogos - 63 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam rusuhan di Karachi , Pakistan .
Kang Kek Iew
31 Julai - Ahmadiah Indonesia dinyatakan haram dan sesat oleh Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali .
30 Julai - Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan muncul juara pertama rancangan realiti Malaysia Imam Muda .
28 Julai - Penerbangan 202 Airblue terhempas berhampiran Islamabad , membunuh semua 152 di atas pesawat dalam bencana udara terdahsyat dalam sejarah Pakistan .
26 Julai - Kang Kek Iew (gambar) dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
25 Julai - Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks , dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
19 Julai - Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat , India , mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.
19 Julai - Persidangan FBI NAA bahagian Asia Pasifik ke-13 diadakan di Kuala Lumpur , Malaysia.
17 Julai - Taufan Conson bertemu daratan berhampiran Hai Phong , Vietnam , selepas membinasakan Filipina , meninggalkan 74 orang maut.
15 Julai - Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya , Kurdistan , Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
15 Julai - Ahli sains Iran Shahram Amiri yang hilang pada 2009, dipercayai ditahan oleh CIA Amerika Syarikat, kembali ke Teheran .
13 Julai - Hujan lebat di Hanoi menyebabkan banjir yang mengorbankan orang orang.
9 Julai - Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand , Pakistan , membunuh 104 orang dan mencederakan 120 lagi.
6 Julai - Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 bermula.
4 Julai - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
Gambaran artis Hayabusa di asteroid
Benigno Aquino III
Kapal utama Mavi Marmara
Keganasan di Bangkok
31 Mei - Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa , membunuh lebih 10 orang.
28 Mei - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore , Pakistan .
27 Mei - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat , India , mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak Naxal .
25 Mei - Kapal tangki MISC MT Bunga Kelana 3 berlanggar dengan sebuah kapal di Selat Singapura , menumpahkan 2,000 tan metrik minyak mentah ke laut.
24 Mei - Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan .
23 Mei - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou , Jiangxi , China , menyebabkan 19 orang maut.
22 Mei - Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore , India .
20 Mei - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan .
19 Mei - Selepas dua bulan bercanggah , tentera Thai menyerang kem Baju Merah (gambar) di Bangkok , memaksa mereka menyerah.
19 Mei - Forum Ekonomi Islam Dunia diadakan di Putrajaya , Malaysia.
17 Mei - Brazil , Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
15 Mei - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 266 cedera selepas tentera kerajaan Thai bertempur dengan pembantah Baju Merah .
13 Mei - Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur , Malaysia.
10 Mei - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia , Israel dan Slovenia menjadi ahli.
1 Mei - Bancian Penduduk Indonesia 2010 diadakan.
Expo Axis Expo 2010
30 April - Pesta Sedunia terbesar dalam sejarah Expo 2010 (gambar) dibuka di Shanghai , China.
26 April - Latihan pertahanan serantau Bersama Shield 2010 diadakan di Semenanjung Malaysia dan Laut China Selatan .
21 April - Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu pimpinan Presiden Mahinda Rajapaksa , memenangi pilihan raya umum Sri Lanka 2010, mendapat 144 daripada 225 kerusi parlimen.
17 April - Larian Sempadan Antarabangsa 2010 diadakan di titik sempadan Padang Besar , Perlis, Malaysia dengan Thailand .
14 April - Ribut kuat melanda Bangladesh dan timur India , mengorbankan lebih 140 orang.
14 April - Lebih 2,100 orang terbunuh dalam gempa bumi di Yushu , Qinghai , China .
10 April - Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
9 April - Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi , Vietnam .
7 April - Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina .
26 Mac - Korvet Tentera Laut Republik Korea Cheonan tenggelam selepas satu letupan, menyebabkan 46 anak kapal hilang.
24 Mac - Inisiatif Chiang Mai mula berkuat kuasa dengan dana rizab pertukaran asing bernilai AS$120 bilion.
22 Mac - Google melencongkan trafik google.cn ke pelayan Hong Kong dan berhenti menapis cariannya dalam Republik Rakyat China .
14 Mac - Fernando Alonso dan Ferrari memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2010 Grand Prix Bahrain 2010 .
13 Mac - Ribuan penyokong Thaksin Shinawatra mula berarak di Bangkok menuntut pembubaran Parlimen Thailand .
12 Mac - Satu siri serangan bom membunuh lebih 70 orang di Lahore , Pakistan .
11 Mac - Di Kazakhstan , 40 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi dipindahkan selepas Empangan Kyzyl-Agash pecah.
10 Mac - Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh , Arab Saudi .
9 Mac - Ahli Jemaah Islamiyah Dulmatin ditembak mati di Pamulang, Tangerang, Banten , Indonesia .
9 Mac - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono melawat Melbourne , kali pertama seorang presiden Indonesia berucap di Parlimen Australia .
8 Mac - Gempa bumi di Wilayah Elâzığ Turki mengorbankan lebih 50 orang dan mencederakan lebih 70 lagi.
1 Mac - Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V menyambung tugas menjaga keamanan di Mindanao , Filipina .
27 Februari - Dua siri letupan bom terjadi di Bangkok , Thailand .
22 Februari - Kem latihan Jemaah Islamiah Aceh ditemui di hutan pegunungan Jalin, Aceh , Indonesia .
22 Februari - Tanah runtuh di ladang teh Bandung , Indonesia membunuh 5 pekerja, manakala 72 lagi masih hilang.
20 Februari - Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
18 Februari - Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan , menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
18 Februari - Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
16 Februari - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi , Pakistan .
13 Februari - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha , Qatar .
13 Februari - Pengeboman sebuah kedai roti Pune , India , membunuh 11 orang dan mencederakan 60 yang lain.
13 Februari - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak , serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
12 Februari - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus .
3 Februari - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
29 Januari - Toyota mengumumkan penarikan balik 8.5 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah pecutan tidak disengajakan dan pepijat perisian.
26 Januari - Persidangan Majlis SEAMEO ke-45 diadakan di Cebu , Filipina.
25 Januari - Anugerah Hotel Hijau Asean diberikan kepada 155 hotel dari seluruh ASEAN.
25 Januari - Ali Hassan al-Majid , digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati .
25 Januari - Penipuan Bank Pusat Emiriyah Arab Bersatu berjaya mengeluarkan wang 38 bilion dirham (RM 35 bilion) dari bank pusat tersebut.
24 Januari - Persidangan Menteri Pelancongan Asean Ke-13 diadakan Bandar Seri Begawan , Brunei .
22 Januari - Sultan Johor dan bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada umur 77 tahun.
19 Januari - Komander tentera Hamas Mahmoud al-Mabhouh ditemui mati di Hotel Al Bustan Rotana di Dubai , Emiriah Arab Bersatu.
15 Januari - Gerhana matahari anulus paling lama bagi alaf ke-3 terjadi di sebahagian Afrika , Lautan Hindi dan Asia .
13 Januari - Parti Demokratik Liberal mendapat kemajmukan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perundangan Uzbekistan .
12 Januari - Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika , disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli , dipamerkan kepada awam.
8 Januari - Beberapa gereja di Malaysia diserang dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian .
4 Januari - Burj Khalifa , struktur tertinggi pernah dibina , dibuka kepada awam di Dubai , Emiriah Arab Bersatu .
1 Januari - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat , Wilayah Sempadan Barat Laut , Pakistan .
1 Januari - Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk , Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.