21 Oktober
tarikh
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
21 Oktober merupakan hari ke-294 (hari ke-295 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 71 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 1096 – Angkatan Seljuk Kilij Arslan memusnahkan tentera Perang Salib Rakyat yang sedang mara ke Nicaea.
- 1520 – Kepulauan Saint Pierre dan Miquelon ditemui penjelajah Portugis João Álvares Fagundes, yang menamakannya "Kepulauan 11,000 Anak Dara".
- 1600 – Tokugawa Ieyasu menewaskan pemimpin suku Jepun pesaing di Pertempuran Sekigahara di Sekigahara, Gifu kini, membuka jalan bagi beliau menubuhkan Keshogunan Tokugawa.
- 1805 – Perang Napoleon: Lord Nelson memimpin armada British menewaskan Pierre-Charles Villeneuve dan gabungan tentera laut Perancis dan Sepanyol dalam Pertempuran Trafalgar.
- 1824 – Tukang batu, penurap bata dan pereka Inggeris Joseph Aspdin mematen simen Portland.
- 1854 – Florence Nightingale (gambar) dan 38 kakitangan jururawat dihantar ke Perang Krimea di Turki bagi merawat askar British.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: HMAS Australia menjadi sasaran dalam serangan kamikaze yang pertama; menyebabkan 30 anak kapal, termasuk pegawai pemerintahnya terbunuh.
- 1969 – Siad Barre menjadi presiden selepas satu rampasan kuasa tentera di Somalia.
- 1983 – Di Persidangan Am Timbang dan Ukur ke-17, panjang meter ditakrifkan semula sebagai jarak yang dilalui cahaya dalam hampagas selama 1/299,792,458 saat.
- 2007 – Kimi Räikkönen memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu 2007.
- 2007 – Angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor selamat kembali ke Bumi dari ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10.
- 2010 – Kerajaan Myanmar mengumumkan penggunaan bendera kebangsaan baru (gambar).
Kelahiran
sunting- 1940 - Pele, bekas pemain bola sepak Brazil
- 1949 - Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel ke-10
- 1980 - Anggy Umbara, pengarah filem lelaki Indonesia
- 1981 - Nemanja Vidic, pemain bola sepak Manchester United F.C.
- 1982 - Lee Chong Wei, pemain badminton Malaysia.
- 2006 - Shaateswaran dilahirkan,seorang Malaysia don
Kematian
sunting- 1794 - Kapten Francis Light, pengasas Pulau Pinang, mati akibat penyakit malaria.