Kereta Api Bawah Tanah Beijing

(Dilencongkan daripada Laluan Bawah Tanah Beijing)

Laluan Bawah Tanah Beijing (Cina Ringkas: 北京地铁; Cina Tradisional: 北京地鐵; pinyin: Běijīng Dìtiě) merupakan rangkaian landasan alihan laju yang beroperasi di daerah perbandaran dan sub-perbandaran di Majlis Perbandaran Beijing. Mula dibuka pada 1971, ia kini mempunyai 13 laluan, meliputi 336 km bagi laluan trek dan 172 stesen[1] kini dalam pengoperasian dan dapat menampung sekurang-kurangnya 3.4 juta sehari,[2] Laluan Bawah Tanah Beijing ialah yang tersibuk di tanah besar China, dan kedua terpanjang selepas Laluan Bawah Tanah Shanghai. Seramai 6.4 juta penumpang direkodkan pada 30 April 2010.[3] Walaupun berkembang pesat, rangkaian ini tidak memadai bagi memenuhi keperluan transit massa di bandar raya dan sedang berada dalam projek penambahan landasan bagi masa depan. Pelan yang dirancang membuka peluang kepada lebih 7 lagi lorong dan sehingga 700 km laluan trek dalam pengoperasiannya pada 2015.[4]

Laluan Bawah Tanah Beijing
Umum
LokasiBeijing
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
14
Jumlah stesen
172 (stesen dihubungkan dengan persimpangan secara selari)
Bil. penumpang harian
sekitar 6.4 juta (puncak pada 2010)
Laman sesawang
www.bjsubway.com
Operasi
Mula beroperasi
Oktober 1969
PengendaliBeijing Mass Transit Railway Operation Corp. Ltd
Beijing MTR Corp. Ltd.
Teknikal
Panjang sistem
336 km (209 batu)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) (tolok piawai)
Peta sistem

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Peta Laluan Bawah Tanah Beijing di China mengikut skala

Terbaru pada 30 Disember 2010, Laluan 15, Laluan Changping, Laluan Fangshan, Laluan Yizhuang dan Laluan Daxing dibuka untuk operasi.[5] Penambahan 108 km (67 bt) landasan, peningkatan hampir 50%, menjadikan Laluan Bawah Tanah Beijing metro keempat terpanjang di dunia, di belakang Shanghai, London dan New York City.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting