10 Jun
tarikh
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
10 Jun merupakan hari ke-161 (hari ke-162 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 204 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Portugal yang merupakan hari ulang tahun kematian Luís de Camões (gambar), pengarang mahakarya negara, Lusiad, yang meninggal dunia pada 1580.
Peristiwa
sunting- 1190 - Perang Salib Ketiga: Frederick I Barbarossa mati lemas dalam Sungai Saleph di Anatolia ketika mengetuai tenteranya ke Baitulmaqdis.
- 1719 - Pemberontakan Jacobite: Angkatan tentera British menewaskan perikatan Jacobite dan Sepanyol dalam Pertempuran Glen Shiel (gambar) di Tanah Tinggi Scotland.
- 1829 - Di Thames, Universiti Oxford menewaskan Universiti Cambridge dalam Perlumbaan Perahu yang pertama.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Gabungan menewaskan angkatan Kesatuan yang lebih besar dalam Pertempuran Persimpangan Brice (Battle of Brice's Crossroads) berhampiran Baldwyn, Mississippi.
- 1916 – Pemberontakan orang Arab menentang kuasa Empayar Uthmaniyah dimulakan Syarif Mekah Husain bin Ali.
- 1934 - Itali menewaskan Republik Czech dengan keputusan 2 - 1 pada final Piala Dunia FIFA 1934 di Rom.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Negara Beraja Itali mengisytiharkan perang ke atas Perancis dan United Kingdom.
- 1967 - Perang Enam Hari berakhir apabila Israel dan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata.
- 1980 – Kongres Kebangsaan Afrika mengkhabarkan kenyataan seruan perjuangan daripada ketua mereka, Nelson Mandela, yang sedang dipenjarakan.
- 2007 - Banjir kilat di Kuala Lumpur terjadi lagi selama 4 jam apabila Sungai Gombak dan Sungai Klang gagal menampung air hujan luar biasa.
- 2017 - Theresa May dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom buat penggal kedua berturut-turut pada pilihan raya umum United Kingdom.
Kelahiran
sunting- 866 - Maharaja Uda, seorang Maharaja Jepun ke-59.
- 1921 - Putera Philip, Duke Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II.
Kematian
sunting- 323 SM - Alexander Agung, seorang pemerintah Empayar Macedonia.
- 1580 - Luís de Camões (gambar), pengarang Portugal
- 1937 - Robert Borden, Perdana Menteri Kanada ke-8
- 2017 - Julia Perez, seorang penyanyi dangdut dari Indonesia.