Padang Besar (Perlis)

(Dilencongkan dari Padang Besar)

Padang Besar adalah sebuah bandar kecil yang terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan pelancongan, Padang Besar menawarkan pelbagai pengalaman menarik bagi pelancong dan penduduk tempatan kerana lokasinya yang terletak bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar (ปาดังเบซาร์), yang mana ia sering dirujuk sebagai "Pekan Siam" oleh masyarakat tempatan..[2][3]

Padang Besar
ڤدڠ بسر
(Mukim Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis)
Nama panggilan: Padang, PB, Pekan Sempadan,Syurga Beli Belah
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
Pentadbiran
 • DUNYB TUAN IZIZAM BIN IBRAHIM [1]
Penduduk
 (2008)
 • JumlahSekitar 10,000 orang
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
02100
Kod kawasan04
Kuil Sri Kamatchi Amman di Padang Besar

Bandar ini juga terkenal kerana terletaknya Stesen keretapi paling terakhir dan paling utara di Malaysia. Kereta api KTM ETS dan Laluan Komuter Utara berakhir di Padang Besar.[4]

Persimpangan Sempadan

sunting

Padang Besar dihubungkan ke Laluan Persekutuan 7 dan kereta api yang menuju ke persimpangan sempadan ke Thailand. Jalan raya dan kereta api masing-masing disambungkan terus ke Lebuhraya Padang Besar – Sadao (Laluan 4054 Thailand) dan Keretapi Negeri Thailand untuk membentuk sebahagian daripada Keretapi Trans-Asia.

Pusat pemeriksaan Malaysia terletak di timur laut bandar, kira-kira 300m dari sempadan sebenar di mana pusat pemeriksaan Thailand terletak. Kedua-dua pusat pemeriksaan Malaysia dan Thailand mempunyai lorong pandu lalu.

Ekspres Antarabangsa berhenti di pusat pemeriksaan kastam di Stesen kereta api Padang Besar. Ia mempunyai kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin yang terletak bersama atau bersebelahan untuk kedua-dua Malaysia dan Thailand, dan penumpang kereta api diproses untuk keluar dari Malaysia dan memasuki Thailand (atau sebaliknya jika perjalanan ke arah lain) di stesen tersebut. Stesen Padang Besar di Thailand hanya berfungsi sebagai stesen domestik.

Tarikan

sunting

Galeri

sunting

Demografi

sunting

Demografi Padang Besar[5]

  Melayu (86.67%)
  Cina (8.38%)
  Lain-Lain (2.97%)
  India (1.99%)

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.perlis.gov.my/index.php/kerajaan-negeri/info-kerajaan/ahli-dewan-undangan-negeri
  2. ^ "Padang Besar | Tourism Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-23.
  3. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/641917/edisi/utara/padang-besar-jadi-lokasi-tumpuan-ramai-sepanjang-cuti-sekolah
  4. ^ https://www.thaitrainguide.com/2022/12/29/catching-the-train-between-padang-besar-and-kulala-lumpur/
  5. ^ "Sin Chew Daily". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-11-17.