Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2013
Disember

- Dalam penerbangan sulungnya, roket Soyuz-2-1v Rusia melancarkan mikrosatelit Aist 1 dan dua satelit penentukuran radar.
- Thailand mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia Tenggara ke-27.
- Michelle Bachelet terpilih kembali sebagai Presiden Chile buat kali kedua.
- Pasukan hoki kebangsaan bawah-21 Jerman menjuarai Hoki Piala Dunia Remaja 2013.
- Chang'e 3, membawa perayau Yutu, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di Bulan sejak 1976.
- Uruguay menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan di sisi undang-undang penanaman, penjualan dan penggunaan ganja.
- Bekas Presiden Afrika Selatan dan aktivis anti-aparteid Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- Misi perayau bulan pertama China, Chang'e 3 berjaya dilancarkan dari Xichang.
November



- Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines terhempas di Namibia, mengorbankan kesemua 33 anak kapal dan penumpangnya.
- Juan Orlando Hernández disahkan terpilih sebagai Presiden Honduras yang baharu.
- Tokong agama Buddha yang tertua diketahui didedahkan di Kuil Maya Dewi (gambar) di Lumbini, Nepal.
- Iran menyetujui perjanjian sementara dengan negara P5+1, mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan pelonggaran sekatan.
- Bumbung sebuah pasar raya di Riga, Latvia runtuh, mengorbankan lebih 50 orang.
- Ahli biokimia British dan penerima Hadiah Nobel dalam Kimia dua kali Frederick Sanger meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- NASA melancarkan kuar angkasa lepas MAVEN ke Marikh.
- 50 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737 Tatarstan Airlines (gambar) terhempas di Lapangan Terbang Kazan, Rusia.
- Abdulla Yameen terpilih sebagai Presiden Maldives.
- China mengumumkan akan melonggarkan dasar satu anaknya.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa tanjung tinggi di Kuil Preah Vihear milik Kemboja dan angkatan Thai perlu berundur.
- Taufan Haiyan (imej satelit), siklon tropika 2013 terkuat, menyebabkan kerosakan besar dan ribuan orang maut di Filipina.
- India melancarkan Mars Orbiter Mission, kuar antara planet pertamanya.
- Kelab bola sepak Al-Kuwait menjuarai Piala AFC 2013.
- Pemimpin Taliban Pakistan Hakimullah Mehsud disahkan terbunuh dalam satu serangan dron A.S.
Oktober


- Terowong kereta api Marmaray (gambar) di bawah Bosporus dibuka, menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki.
- Lima orang maut dalam satu serangan kereta di Dataran Tiananmen, Beijing.
- Giorgi Margvelashvili terpilih sebagai Presiden Georgia yang baharu.
- Arab Saudi, Chad, Chile, Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB, namun Arab Saudi menolaknya.
- Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse, Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.
- Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (gambar ibu pejabat) dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.
- Mulatu Teshome terpilih sebagai Presiden Habsyah yang baharu.
- Gambia (gambar bendera) menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.
- Sukan Perpaduan Islam ke-3 tamat dengan tuan rumah Indonesia muncul juara.
- Kerajaan persekutuan A.S. menutup perkhidmatan tidak-kritikal setelah tidak dapat meluluskan belanjawan.
September




- Maghribi menjuarai bolasepak di Sukan Perpaduan Islam 2013.
- Sebuah gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda selatan Pakistan, menyebabkan lebih 500 kematian.
- Dalam plihan raya persekutuan Jerman, parti CDU pimpinan Angela Merkel memenangi kemajmukan kerusi Bundestag.
- Sekumpulan lelaki bertopeng menyerang sebuah pusat beli-belah (gambar) di Nairobi, Kenya, membunuh lebih 60 orang.
- Permainan video Grand Theft Auto V mencapai jualan AS$1 bilion dalam masa tiga hari, lebih pantas daripada mana-mana produk hiburan lain.
- Syria menyerahkan data berkenaan senjata kimianya kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia.
- Operasi penyelamatan marin termahal di dunia menegakkan bangkai kapal Costa Concordia (gambar).
- Taufan Ingrid dan Taufan Manuel mengorbankan lebih 50 orang di Mexico.
- Seorang lelaki menembak mati 12 orang di pangkalan Tentera Laut A.S. di Washington, D.C.
- Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka 2013.
- Empat defendan dewasa dalam kes rogol Delhi 2012 dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
- NASA mengesahkan Voyager 1 menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke ruang antara bintang pada Ogos 2012.
- Lukisan Zonsondergang bij Montmajour (gambar) dipamerkan sebagai kerja hilang Vincent van Gogh.
- Gabungan pertengahan kanan yang diketuai Parti Konservatif mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Norway.
- Parti Campuran Liberal–National pimpinan Tony Abbott memenangi pilihan raya persekutuan Australia.
- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2020.
- NASA melancarkan Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer dengan roket Minotaur V pertama (gambar).
- Massif Tamu di dasar Lautan Pasifik, dilaporkan ialah sebuah gunung berapi tunggal, menjadikannya yang terbesar di Bumi.
- Korea Selatan menjuarai Hoki Piala Asia 2013.
Ogos


- Sebuah ngarai yang baru ditemui di bawah lembar ais Greenland didapati merupakan yang terpanjang di dunia.
- Pegawai Tentera Darat A.S. Nidal Malik Hasan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.
- NASA mentauliahkan semula teleskop Wide-field Infrared Survey Explorer (gambar) bagi mencari asteroid.
- Ecuador mengumumkan akan membuka semula Taman Negara Yasuni kepada penggerudian minyak, menamatkan inisiatif enam tahun melindungi hutan hujan di situ.
- NASA menyatakan teleskop angkasa Kepler tidak dapat dibaiki, secara rasmi mengakhiri misi utamanya.
- Institusi Smithsonian mengumumkan penemuan olinguito (gambar), spesies carnivora baharu pertama di Amerika sejak 35 tahun.
- Ibrahim Boubacar Keïta terpilih sebagai Presiden Mali selepas lawannya mengaku kalah.
- Pengasas dan CEO Amazon.com Jeff Bezos mengumumkan pembelian The Washington Post dengan harga AS$250 juta.
- Enele Sopoaga mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Tuvalu baharu.
- Robert Mugabe terpilih kembali sebagai Presiden Zimbabwe.
- Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa, ditemui di Madagaskar.
Julai



- Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan baharu.
- Parti Rakyat Kemboja memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
- Kemalangan kereta api (gambar) di Santiago de Compostela, Sepanyol, mengorbankan 78 orang.
- Satu siri gempa bumi di Dingxi, Gansu, China, mengorbankan lebih 95 orang dan mencederakan lebih 1,000 lagi.
- Selepas ayahandanya Albert II makzul, Philippe (gambar) menjadi Raja Belgium.
- Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
- Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.
- Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.
- Presiden Mesir Mohammed Mursi (gambar) digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.
- Raja Albert II dari Belgium mengisytiharkan bakal turun takhta.
- Croatia menjadi anggota ke-28 Kesatuan Eropah.
Jun


- Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
- Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.
- Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.
- Amir Qatar Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani menyerahkan kuasa kepada puteranya Tamim bin Hamad Al Thani.
- Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu paling teruk di Singapura (gambar).
- Perdana Menteri Czech Petr Nečas meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan korupsi.
- Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.
- Pesawat Airbus A350 XWB menjalankan penerbangan sulungnya (gambar).
- China melancarkan Shenzhou 10, misi bermanusia kelima dan terlama program angkasa lepasnya.
- Kewujudan program pengawasan elektronik Agensi Keselamatan Negara A.S. PRISM (gambar logo) dibocorkan.
- Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.
Mei
- Asteroid (285263) 1998 QE2 dan bulannya membuat hampiran terdekatnya ke Bumi bagi dua abad akan datang.
- Dalam perlumbaan auto Formula Satu, Nico Rosberg memenangi Grand Prix Monaco.
- Dalam bola sepak, Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund dan memenangi Liga Juara-Juara UEFA kelima mereka.
- Puting beliung (gambar) membadai Moore, Oklahoma, A.S., mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang.
- Liga Muslim Pakistan (N) memenangi kemajmukan dalam pilihan raya umum Pakistan.
- Wigan Athletic menewaskan Manchester City untuk memenangi Piala FA Akhir 2013.
- Barisan Nasional mengekalkan majoriti mudahnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
April


- Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander menjadi Raja Belanda.
- Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin helium cecair .
- Lebih 1,000 orang maut dan 2,500 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh dekat Dhaka, Bangladesh.
- Menara masjid abad ke-11 Masjid Agung Aleppo di Aleppo, musnah dalam perang saudara Syria.
- Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris.
- Horacio Cartes terpilih sebagai Presiden Paraguay, manakala partinya mendapat kemajmukan dalam Kongres.
- Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda berhampiran Ya'an, wilayah Sichuan, China, membunuh lebih 190 orang dan mencederakan ribuan lagi.
- Giorgio Napolitano menjadi Presiden Itali pertama yang terpilih semula.
- Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf ditahan berkaitan pemecatan hakim pada 2007.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan, yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
- Dua letupan berhampiran garisan penamat Maraton Boston membunuh 3 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain.
- Dalam pilihan raya selepas kematian Hugo Chávez, Nicolás Maduro (gambar) terpilih sebagai Presiden Venezuela.
- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam tembakan rawak di kampung Velika Ivanča, Serbia.
- Bekas Perdana Menteri British Margaret Thatcher meninggal dunia pada umur 87 tahun.
- Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.
Mac


- Soyuz TMA-08M (gambar lambang) membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui jalan baharu, mengurangkan tempoh perjalanan dari dua hari kepada enam jam.
- Pemberontak menawan Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah, memaksa Presiden François Bozizé melarikan diri.
- Presiden Bangladesh Zillur Rahman meninggal dunia di Singapura, berumur 84 tahun.
- Formula Satu musim 2013 bermula dengan Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Australia.
- Kongres Rakyat Kebangsaan China menamakan Xi Jinping sebagai Presiden dan Li Keqiang (gambar) sebagai Perdana Menteri baharu.
- Jorge Mario Bergoglio dari Argentina (gambar) terpilih sebagai Paus Francis, menjadi paus Amerika Latin pertama Gereja Roman Katolik.
- Sistem kerdil perang dedua WISE 1049-5319 dicerap 6.5 tahun cahaya dari Bumi, menjadikannya sistem bintang terdekat ditemui sejak 1916.
- Uhuru Kenyatta terpilih sebagai Presiden Kenya.
- Satu haplokumpulan kromosom-Y yang baru ditemui difikirkan mengundurkan zaman Adam Kromosom Y ke 338,000 tahun dahulu.
- Presiden Venezuela Hugo Chávez (gambar) meninggal dunia pada umur 58 tahun.
- Lebih 60 orang terbunuh dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu dan serangan di Semporna, Sabah.
- 14 orang terbunuh selepas "askar Kesultanan Sulu" dan Polis Diraja Malaysia berbalas tembak di Lahad Datu, Sabah.
Februari

- Nicos Anastasiades terpilih sebagai Presiden Cyprus.
- NASA mengumumkan penemuan Kepler-37b, planet luar suria terkecil yang diketahui.
- Serzh Sargsyan terpilih semula sebagai Presiden Armenia.
- Rafael Correa terpilih semula sebagai Presiden Ecuador.
- Di tengah Rusia, gelombang kejutan dari sebutir meteor (gambar)—terbesar sejak 1908—mencederakan 1,200 orang manakala 3,000 buah bangunan rosak.
- Benedict XVI mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan sebagai paus Gereja Roman Katolik pada akhir Februari.
- Dalam bola sepak, Nigeria muncul juara Piala Negara-Negara Afrika.
- Ahli arkeologi mengecam jasad manusia yang ditemui di Leicester sebagai milik Richard III dari England.
Januari



- Satu letupan di Menara Eksekutif Pemex di Bandar Mexico membunuh sekurang-kurangnya 37 orang.
- Ratu Beatrix (gambar) mengumumkan akan turun daripada takhta Belanda pada akhir April.
- Miloš Zeman terpilih sebagai Presiden Republik Czech.
- Tentera Algeria menyerbu sebuah kilang gas di In Aménas selepas ratusan pekerja dijadikan tebusan, menyebabkan puluhan orang mati.
- Pesawat Boeing 787 (gambar) dilarang terbang di seluruh dunia kerana kebimbangan terhadap keselamatan baterinya.
- Himpunan Kebangkitan Rakyat (gambar) berlangsung dengan aman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
- Argentina, Australia, Luxembourg, Rwanda dan Korea Selatan menyertai Majlis Keselamatan PBB.