Pandoravirus
Pandoravirus ialah satu genus virus besar, dengan genom jauh lebih besar daripada sebarang jenis virus yang diketahui. Seperti virus besar lain Mimivirus dan Megavirus, Pandoravirus menjangkiti ameba. Namun genom Pandoravirus memiliki 1.9-2.5 megabes DNA, bertertib dua kali ganda lebih besar daripada Megavirus dan Mimivirus, dan amat berbeza daripada dua virus itu daripada segi rupa dan struktur genom.[1]
Pandoravirus | |
---|---|
Pengelasan virus | |
Group: | Kumpulan I (dsDNA)
|
(tanpa pangkat): | |
Genus: | Pandoravirus
|
Spesies | |
Penemuan
suntingPenemuan pandoravirus, oleh sepasukan ahli sains Perancis yang diketuai Jean-Michel Claverie dan isterinya Chantal Abergel, diumumkan dalam satu rencana dalam jurnal Science, pada Julai 2013.[2]
Mimivirus, virus besar dengan saiz genom kira-kira 1.1 megabes, telah ditemui pada 1992 namun tidak dikenali sebagai virus sehingga 2003.[3] Megavirus, ditemui pada 2011, memiliki saiz genom kira-kira 1.3 megabes.[4]
Dua spesies ditemui; Pandoravirus salinus, dalam air laut di persisiran pantai Chile, dengan saiz genom 2.5 megabes; dan Pandoravirus dulcis, dalam tasik air tawar di Australia, dengan saiz genom 1.9 megabes.[2]
Gambaran
suntingSaiz pandoravirus ialah sekitar 1 mikron dan berupa tompok hampir seperti beberapa jenis bakteria.[5]
Rujukan
sunting- ^ Brumfiel, Geoff (18 Julai 2013). "World's Biggest Virus May Have Ancient Roots". National Public Radio. Dicapai pada 19 July 2013.
- ^ a b Nadège Philippe, Matthieu Legendre, Gabriel Doutre; dll. (2013). "Pandoraviruses: Amoeba Viruses with Genomes Up to 2.5 Mb Reaching That of Parasitic Eukaryotes". Science. 341 (6143): 281–286. doi:10.1126/science.1239181. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Explicit use of et al. in:|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ La Scola B, Audic S, Robert C, Jungang L, de Lamballerie X, Drancourt M, Birtles R, Claverie JM, Raoult D. (2003). "A giant virus in amoebae". Science. 299 (5615): 2033. doi:10.1126/science.1081867. PMID 12663918.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Arslan, D.; Legendre, M.; Seltzer, V.; Abergel, C.; Claverie, J.-M. (2011). "Distant Mimivirus relative with a larger genome highlights the fundamental features of Megaviridae". Proceedings of the National Academy of Sciences. 108 (42): 17486. doi:10.1073/pnas.1110889108. PMC 3198346. PMID 21987820.
- ^ Pennisi, Elizabeth (2013). "Ever-Bigger Viruses Shake Tree of Life". Science. 341 (6143): 226–227. doi:10.1126/science.341.6143.226. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)